KUALA LUMPUR 31 Mei - Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding
dolar US hari ni ketika permintaan global yang bertambah baik meningkatkan
permintaan terhadap mata wang baru muncul, termasuk ringgit, kata peniaga.
Pada jam 6 petang, unit tempatan itu berada pada 3.9780/
09820 berbanding 3.9870/9900 pada Rabu.
Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran FXTM
Global, Jameel Ahmad berkata, ringgit telah mendapat manfaat daripada peningkatan
selera risiko, terutama disebabkan redanya kebimbangan terhadap krisis politik
di Itali.
"Ini telah meningkatkan tarikan pelabur ke arah
mengambil risiko dengan pasaran sekarang semakin optimis bahawa prospek pilihan
raya kecil di Itali akan dapat dielakkan.
"Bagaimanapun,
pelabur masih perlu memantau perkembangan di Itali kerana ia akan terus menjadi
risiko untuk pasaran global," katanya kepada Bernama.
Jameel juga berkata, terdapat juga kelemahan untuk dolar
semalam yang juga menawarkan ringgit dengan momentum untuk bergerak lebih
tinggi.
Sementara itu, unit tempatan tersebut lebih rendah berbanding
sekumpulan mata wang asing lain, kecuali yen.
Ringgit merosot berbanding pound Britain kepada 5.3059/3116
daripada 5.2904/2963 pada Rabu dan jatuh berbanding euro kepada 4.6551/6605
daripada 4.6301/6344 sebelumnya.
Ia jatuh
berbanding dolar Singapura kepada 2.9749/9785 daripada 2.9714/9741 semalam
tetapi lebih tinggi berbanding yen kepada 3.6542/6589 daripada 3.6645/6680. -
BERNAMA
No comments:
Post a Comment