Bab 1 : Pengenalan Makroekonomi




1.

MAKSUD MAKROEKONOMI

·       Satu bidang kajian ekonomi terhadap kegiatan dan interaksi antara pelaku-pelaku ekonomi secara agregat yang melibatkan pembolehubah ekonomi seperti guna tenaga, inflasi, imbangan pembayaran dan pendapatan negara.


2.

PEMBOLEHUBAH MAKROEKONOMI

·         Data-data statistik mengenai kegiatan ekonomi yg diguna sbg alat pengukur prestasi ekonomi dan kecekapan ekonomi sesebuah negara.

1.      Guna tenaga dan pengangguran
2.      Tingkat harga umum dan Inflasi
3.      Imbangan pembayaran
4.      Pendapatan Negara dan pertumbuhan ekonomi




1.      Guna tenaga dan pengangguran


·         Tenaga buruh ialah jumlah penduduk yg berumur antara 15 hingga 64 tahun yang bekerja atau sedang mencari pekerjaan tetapi tidak termasuk suri rumah, pelajar,pesara serta penganggur sukarela.

·         Guna Tenaga ialah jumlah tenaga buruh yg digunakan oleh pelbagai sektor ekonomi utk menghasilkan barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara.

·         Pengangguran ialah jumlah tenaga buruh yg tidak digunakan oleh pelbagai sektor ekonomi utk menghasilkan barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara.

·         Kadar pengangguran ialah nisbah antara jum pengangguran dengan jum tenaga buruh pada satu masa tertentu.

        Kadar pengangguran = Jum Pengangguran  x 100%
                                                   Jum.Tenaga Buruh

        Kadar guna tenaga   = Jum guna tenaga   x 100%
                                                Jum tenaga buruh



2.    Tingkat harga umum dan Inflasi


·         Kenaikkan tingkat harga umum secara berterusan dan tidak terbatas.

·         Kadar inflasi mengukur peratus kenaikkan tingkat harga umum sesuatu tahun berbanding tahun sebelumnya

         Kadar inflasi = IHP thn sms – IHP thn sblm x 100%
                                               IHP thn sblm



3.      Imbangan pembayaran

·         Satu penyata kewangan yg menunjukkan nilai urus niaga dan aliran wang yg dilakukan antara sebuah negara dgn negara lain dlm tempoh satu tahun.

·         Imbangan pembayaran lebihan , aliran wang masuk dr luar negara melebihi aliran wang keluar ke luar negara.

·         Imbangan pembayaran terimbang, aliran wang masuk dr luar negara sama dengan aliran wang keluar ke luar Negara

·         Imbangan pembayaran kurangan (defisit) , aliran wang masuk dr luar negara kurang drp aliran wang keluar ke luar negara.




4.      Pendapatan Negara dan pertumbuhan ekonomi


·         Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh masa setahun.

·         Perkembangan aktiviti ekonomi yang menyebabkan peningkatan pengeluaran barang dan perkhidmatan serta kebajikan masyarakat.

·         Kadar pertumbuhan ekonomi (KPE) mengukur peratus pertumbuhan ekonomi sesuatu tahun berbanding tahun sebelumnya

KPE =  KNK sms – KNK sblm x 100%
                             KNK sblm





Pendapatan negara / keluaran negara (KNK)
  
   1. KNK harga semasa/ harga pasaran/ norminal
   2. KNK harga tetap / benar
   3. KNK potensi
   4. KNK sebenar




i. KNK harga semasa/ harga pasaran/ norminal




ii.    KNK harga tetap / benar

·        Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihitung mengikut harga pasaran/semasa pada tahun berkenaan.

KNK semasa = IHP thn semasa  x KNK benar
                           IHP thn asas     


·         Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihitung mengikut harga tetap pd tahun asas.

KNK benar = IHP thn asas  x  KNK norminal
                       IHP thn semasa



iii. KNK potensi



iv. KNK sebenar


·        Jumlah barang akhir dan perkhidmatan  yang sepatutnya dikeluarkan oleh sesebuah negara apabila menggunakan sepenuhnya faktor-faktor pengeluaran.

·         Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang sebenar dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh masa satu tahun.

·         Perbezaan antara KNK potensi dengan KNK sebenar dikenali sebagai Jurang KNK

·         Jurang KNK = KNK potensi – KNK sebenar

            I.            KNK potensi > KNK sebenar menyebabkan masalah deflasi (pengangguran)

          II.            KNK potensi < KNK sebenar menyebabkan masalah inflasi

        III.            KNK potensi = KNK sebenar , Ekonomi mencapai GTP



3.

MATLAMAT MAKROEKONOMI

1.      Mencapai guna tenaga penuh(GTP)
2.      Mencapai kestabilan tingkat harga umum
3.      Memperbaiki imbangan pembayaran
4.      Meningkatkan pertumbuhan ekonomi




1.      Mencapai guna tenaga penuh (GTP)

·         GTP merujuk kpd kadar pengangguran kurang atau sama dgn 4%.

·         Semua faktor2 pengeluaran digunakan sepenuh.(tidak berlaku pembaziran sumber)

·         Kepentingan:

1.      Mengelak berlaku pembaziran sumber ekonomi
2.      Meningkatkan Keluaran negara dan kebajikan masyarakat
3.      Pengangguran yg serius mybbkn ketidakstabilan politik dan sosial.




2.      Mencapai kestabila tingkat harga umum.

·         Kestabilan tingkat harga umum bermakna tingkat harga umum dlm eko secara purata mengalami perubahan yg minimum.

·         Kepentingan:

1.      Kenaikkan harga umum yg tidak terkawal menyebabkan masalah inflasi
2.      Kejatuhan harga berterusan menyebabkan masalah deflasi
3.      Tingkat kebajikan masyarakat merosot
4.      Menyebabkan eksport negara merosot (harga brg negara reletif lebih mahal)




3.      Memperbaiki imbangan pembayaran

·         Membaiki imbangan pembayaran defisit atau menambah baik imbangan pembayaran lebihan bg mengukuhkan kewangan negara dan mengalakkan pertumbuhan negara.

·         Kepentingan :

1.      Meningkatkan rizab antarabangsa
2.      Mengelakkan kemerosotan nilai ringgit berbanding matawang asing
3.      Mengurangkan aliran wang keluar
4.      Mengurangkan beban hutang luar negara




4.      Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

·        Merujuk kpd perkembangan kegiatan ekonomi menyebabkan berlaku pertambahan dalam keluaran negara.

·         Kepentingan :

1.      Meningkatkan pendapatan dan pendapatan perkapita negara
2.      Meningkatkan kebajikan masyarakat
3. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerja bg menampung peningkatan Tenaga buruh.
4.      Mengurangkan kadar kemiskinan





4

DASAR MAKROEKONOMI

        1.      Dasar sebelah permintaan
        2.      Dasar sebelah penawaran



1.      Dasar sebelah permintaan


·         Merujuk kpd dasar kerajaan dan bank pusat utk mempengaruhi permintaan agregat (AD) dlm ekonomi.

·         Terdiri drp :
1.      Dasar Fiskal (Dasar Belanjawan)
2.      Dasar Kewangan
3.      Kawalan Langsung




i.          Dasar fiskal

·         Langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan (∆G) dan cukai (∆T) untuk mempengaruhi perbelanjaan agregat (AE) dalam ekonomi.

·         Dasar fiskal mengembang iaitu menambahkan G dan mengurangkan cukai T untuk mengatasi masalah deflasi

·         Dasar fiskal menguncup iaitu mengurangkan G dan menambahkan untuk mengatasi masalah inflasi.




ii.        Dasar kewangan

·         Langkah-langkah kerajaan melalui bank pusat mengubah bekalan wang (∆Ms) dan kadar bunga (∆r) untuk mempengaruhi perbelanjaan agregat (AE) dalam ekonomi.

·         Dasar kewangan mengembang iaitu menambahkan Ms dan mengurangkan  r untuk mengatasi masalah deflasi 

·         Dasar kewangan menguncup iaitu mengurangkan Ms dan menaikkan r untuk mengatasi masalah inflasi.



iii.      Dasar kawalan langsung

·         Kawalan kerajaan terhadap kegiatan ekonomi melalui undang-undang dan peraturan seperti penetapan dasar harga minimum, harga maksimum, dasar pendapatan, dasar upah dan tarif import.




2.      Dasar sebelah penawaran

·         Merujuk kpd dasar kerajaan utk mempengaruhi penawaran agregat (AS) dlm ekonomi.

·         Terdiri drp :
1.      Mengubah cukai pendapatan firma
2.      Mengubah cukai faktor yg diimport
3.      Galakan fiskal @ intensif pelaburan
4.      Galakkan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan




16 comments:

  1. apakah kepentingan pembolehubah makroekonomi kepada ekonomi?

    ReplyDelete
  2. Pembolehubah makroekonomi (cth pendapatan negara) adalah petunjuk kpd prestasi ekonomi. Dgn petunjuk ni blh membantu kerajaan dlm melaksanakan dasar ekonomi (cth dasar fiskal) bagi mencapai matlamat ekonomi (cth pertumbuhan ekonomi)

    ReplyDelete
  3. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

    ReplyDelete
  4. apakah maksud dasar makroekonomi ?

    ReplyDelete
  5. salam alaik..izikan saya menggunakan nota Sir

    ReplyDelete
  6. Kaedah pengiraan KDNK bagaimna ia ?

    ReplyDelete
  7. izinkan hamba guna nota Tuan untuk student saya.

    ReplyDelete
  8. Bagaimana perubahan perbelanjaan kerajaan dapat mengatasi masalah lompang deflasi dan jurang KNK?

    ReplyDelete
  9. Sangat membantu untuk pecutan terakhir... Izinkan saya guna nota ini... Terima kasih

    ReplyDelete
  10. sir , apakah empat objektif makroekonomi

    ReplyDelete
  11. mohon halalkan..saya ambik untuk study

    ReplyDelete
  12. sir, mcm mana dengan analisis makroekonomi??? mohon penjelasan ye sir..

    ReplyDelete
  13. Nak tanya adakah dasar sebelah penawaran mempunyai jenis,faktor,kesan dan langkah?

    ReplyDelete
  14. mohon halalkan..saya ambik untuk study ☺️

    ReplyDelete