Bil
|
Topik /sub topik
|
Penerangan
|
1.1
|
Bidang kajian Ekonomi
|
1.1.1
|
Takrif dan konsep asas ekonomi
|
Takrif Ekonomi
- Satu bidang kajian sains sosial bagaimana
manusia menguruskan sumber ekonomi yang terhad bagi memenuhi kehendak yang
tidak terhad.
Bidang kajian ekonomi
1. Mikroekonomi
- Pengajian ekonomi yang menganalisis unit-unit
ekonomi secara individu daripada keseluruhan kegiatan ekonomi
- Cth: Kesan perubahan harga ke atas permintaan
kereta.
2. Makroekonomi
- Pengajian ekonomi secara menyeluruh (agregat) yang melibatkan pembolehubah ekonomi seperti pendapatan Negara, guna tenaga, inflasi dan imbangan pembayaran
- Cth: kesan inflasi dan pengangguran terhadap Keluaran Negara.
|
1.1.2
|
Unit-unit ekonomi
|
1. Isi rumah
- Merujuk kepada individu atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dan membuat keputusan ekonomi.
- Matlamat memaksimumkan kepuasan
2. Firma
- Merujuk kepada unit ekonomi yang menjalankan aktiviti pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Matlamat meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan
3. Kerajaan
- Merujuk kepada badan yang mengurus dan mengawal kegiatan ekonomi sesebuah negara
- Matlamat memaksimumkan kebajikan
4. Sektor luar negara
- Merujuk kepada negara asing yang melakukan kegiatan import dan eksport
- Matlamat memaksimumkan keuntungan
|
|
Faktor-faktor pengeluaran /sumber ekonomi
|
1. Tanah
- Anugerah alam semulajadi terdiri daripada sumber di daratan, lautan dan di dalam bumi seperti tanah, hasil galian digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan
- Ganjaran bagi tanah ialah sewa
2. Buruh
- Faktor pengeluaran yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.
- Ganjaran bagi buruh ialah upah / gaji
3. Modal
- Faktor pengeluaran seperti alat atau mesin yang dicipta oleh manusia dan digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan
- Ganjaran bagi modal ialah faedah / bunga
4. Usahawan
- Faktor pengeluaran yang sanggup menangung risiko mengabungkan faktor-faktor pengeluaran lain untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
- Ganjaran bagi usahawan ialah untung
|
1.1.3
|
Masalah ekonomi
|
1. Kekurangan
- Berlaku disebabkan oleh sumber ekonomi yang terhad manakala kehendak tidak terhad.
- Kekurangan menyebabkan pertambahan pengeluaran sesuatu barang mengakibatkan pengeluaran barang lain akan dikurangkan.
2. Pilihan
- Pilihan berlaku disebabkan oleh masalah kekurangan
- Masyarakat membuat pilihan berdasarkan matlamat masing-masing.
- Isi rumah memaksimumkan kepuasan,
- Firma memaksimumkan keuntungan
- Kerajaan memaksimumkan kebajikan.
3. Kos lepas
- Kos lepas ialah pilihan kedua terbaik kerana memilih pilihan pertama terbaik
- Berlaku disebabkan oleh masalah pilihan
|
|
Masalah asas ekonomi
|
1. Apa yang dikeluarkan
- Merujuk kepada jenis barang yang ingin dikeluarkan
- Bergantung kepada keperluan dan kehendak masyarakat (permintaan)
2. Berapa banyak dikeluarkan
- Merujuk kepada kuantiti barang yang ingin dikeluarkan
- Bergantung kepada faktor pengeluaran yang dimiliki (penawaran)
- Pengeluar tidak dapat mengeluarkan sepenuhnya permintaan masyarakat
3. Bagaimana cara dikeluarkan
- Merujuk kepada kaedah pengeluaran yang cekap digunakan sama ada intensif buruh atau intensif modal
- Pemilihan bergantung kepada matlamat pengeluar iaitu meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan.
4. Untuk siapa dikeluarkan
- Merujuk kepada masyarakat yang akan memiliki barang tersebut sama ada golongan berpendapatan tinggi atau rendah.
- Bergantung kepada agihan pendapatan,
- Golongan yang berpendapatan tinggi akan memiliki lebih banyak barang berbanding golongan berpendapatan rendah.
|
1.1.4
|
Pengkelasan barang
|
i) Barang percuma
- Barangan yang ditawarkan oleh alam semulajadi secara percuma
- Penawaran tidak terhad
- Tidak melibatkan kos pengeluaran
- Kos lepas sifar
- Cth : cahaya matahari, air laut
ii) Barang ekonomi
- Barangan yang ditawarkan oleh firma
- Penawaran terhad
- Melibatkan kos pengeluaran
- Wujud kos lepas
- Cth : kereta, rumah, jentera (semua barang yang ada dalam pasaran)
-
|
|
|
i) Barang modal/ pengeluar
- Barang ciptaan manusia yang digunakan oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
- Cth: jentera, mesin, teksi
ii) Barang perantaraan/ separuh siap
- Barang yang perlu diproses semula untuk menghasilkan barang akhir
- Cth: bahan mentah, kelapa sawit, besi
iii) Barang pengguna/ akhir
- Barang yang siap diperoses dan boleh digunakan terus oleh pengguna akhir
- Cth baju, buku, makanan
|
|
|
i) Barang awam
- Barang yang tidak mempunyai sifat pengecualian, semua orang boleh menggunakannya sama ada membayar atau tidak
- Disediakan oleh kerajaan
- Cth: hospital kerajaan, jalan raya persekutuan
ii) Barang persendirian
- Dikenali juga sebagai barang swasta atau milik individu
- Pemilik sahaja boleh menggunakannya, individu lain tidak boleh menggunakannya tanpa kebenaran pemilik
- Cth: kereta persendirian
|
1.2
|
Keluk kemungkinan pengeluaran (KKP)
|
a) Takrif KKP
- Satu keluk yang menunjukkan had maksimum pelbagai kombinasi dua barang yang dapat dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan sumber ekonomi yang cekap pada tingkat teknologi tertentu.
|
|
|
b) Andaian KKP
- Ekonomi hanya mengeluarkan dua barang sahaja
- Tingkat teknologi adalah tetap dan tidak berubah
- Faktor pengeluaran adalah tetap
- Faktor pengeluaran digunakan dengan cekap
|
|
|
c) Melakar dan mentafsir KKP berbentuk garis lurus dan cembung
|
|
Rajah B
|
Bentuk |
Garis lurus
|
Cembung
|
Kos lepas |
Malar
|
Meningkat
|
Kombinasi paling cekap |
D, E, F
(semua kombinasi yang berada di KKP)
|
J, K, L
|
Kombinasi tidak cekap |
G
(semua kombinasi yang berada di dalam KKP)
|
M
|
Kombinasi tidak dapat dikeluarkan |
H
(semua kombinasi yang berada di luar KKP)
|
N
|
|
|
|
d)
KKP dan konsep kekurangan, pilihan dan kos
lepas
i. Kekurangan
- Berlaku di sebabkan oleh sumber ekonomi yang terhad manakala kehendak tidak terhad.
- Berlaku disepanjang KKP yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
- Kombinasi pengeluaran J,K,L adalah merupakan pengeluaran yang cekap.
- Jika firma ingin menambahkan pengeluaran sesuatu barang maka pengeluaran barang lain terpaksa dikurangkan.
ii. Pilihan
- Berlaku disebabkan oleh masalah kekurangan
- Firma akan memilih kombinasi pengeluaran yang cekap di sepanjang KKP sama ada kombinasi J, K atau L.
- Jika memilih kombinasi K maka firma dapat mengeluarkan 1 unit barang X dan 3 unit barang Y.
iii. Kos lepas
- Berlaku disebabkan oleh masalah pilihan
- Kos lepas merujuk kepada pilihan kedua terbaik kerana memilih pilihan pertama terbaik.
- Cth: firma memilih kombinasi dari J ke K.
- Firma dapat menambahkan pengeluaran barang Y sebanyak 3 unit tetapi perlu melepaskan pengeluaran barang X sebanyak 1 unit.
|
|
|
e)
Kesan perubahan faktor pengeluaran dan
teknologi ke atas KKP
Faktor pengeluaran/ teknologi barang X dan Y meningkat
- KKP beralih ke kanan dr AB ke DF
- Pengeluaran brg X dan Y meningkat.
- berlaku pertumbuhan ekonomi
|
Faktor
pengeluaran/ teknologi barang X dan Y merosot
- KKP beralih ke kiri dr DF ke AB
- Pengeluaran brg X dan Y menurun
- berlaku kemerosotan ekonomi
|
Faktor pengeluaran/ teknologi barang X sahaja meningkat
- KKP beralih ke kanan dr AB ke DB
- Pengeluaran brg X shj meningkat
|
Faktor pengeluaran/ teknologi barang Y sahaja merosot
- KKP beralih ke kiri dr DF ke DB
- Pengeluaran brg Y shj menurun
|
|
1.3
|
Sistem Ekonomi
|
Merujuk kpd bagaimana sesebuah ekonomi menyelesaikan
masalah asas ekonomi.
|
1.3.1
|
Sistem ekonomi konvensional.
|
1. SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS (KAPITALIS)
Ciri- ciri
|
Penerangan
|
Objektif pengeluaran |
Memaksimumkan keuntungan
|
Pemilikan sumber |
Isi rumah dan firma bebas memiliki sumber ekonomi |
Pilihan |
Isi rumah dan firma bebas memilih barang yg digunakan atau dikeluarkan utk memenuhi keperluan dan kehendak |
Persaingan |
Bebas bersaing untuk memaksimumkan keuntungan |
Agihan pendapatan |
Tidak seimbang antara pemilikan faktor pengeluaran |
Kaedah membuat keputusan |
Bebas membuat keputusan ekonomi melalui mekanisme harga. |
Penyelesaian masalah asas ekonomi
Masalah asas ekonomi
|
Penerangan
|
Apa dan berapa dikeluarkan |
Masalah apa dan berapa dikeluarkan diselasaikan menggunakan mekanisme harga.
Sumber ekonomi digunakan dengan cekap |
Bagaimana dikeluarkan |
Bergantung kepada kaedah pengeluaran yang paling cekap sama ada intensif buruh atau intensif modal
dapat meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan. |
Untuk siapa dikeluarkan |
Bergantung kepada corak agihan pendapatan.
Golongan berpendapatan tinggi memiliki lebih banyak barang berbanding berpendapatan rendah
|
|
|
2. SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
(SOSIALIS)
Ciri- ciri
|
Penerangan
|
Objektif pengeluaran |
Memaksimumkan kebajikan
|
Pemilikan sumber |
Sumber ekonomi dimiliki oleh
kerajaan
|
Pilihan |
Isi rumah dan firma tidak bebas
memilih barang yang digunakan atau dikeluarkan untuk memenuhi keperluan dan
kehendak
|
Persaingan |
Tidak wujud persaingan
|
Agihan pendapatan |
seimbang
|
Kaedah membuat keputusan |
Tiada kebebasan membuat keputusan
ekonomi.
Ditentukan oleh badan perancang ekonomi.
|
Penyelesaian masalah asas ekonomi
Masalah asas ekonomi
|
Penerangan
|
Apa dan berapa dikeluarkan |
Masalah apa dan berapa dikeluarkan ditentukan oleh kerajaan melalui badan perancang ekonomi. |
Bagaimana dikeluarkan |
Ditentukan oleh kerajaan berdasarkan matlamat ekonomi
Jika matlamat untuk mengatasi pengangguran maka kerajaan akan menggunakan intensif buruh. |
Untuk siapa dikeluarkan |
Ditentukan oleh kerajaan
Kerajaan mengagihkan barang mengikut keperluan isi rumah dengan menggunakan sistem kupon dan catuan. |
|
|
3. SISTEM EKONOMI CAMPURAN
Ciri- ciri
|
Penerangan
|
Objektif pengeluaran |
Pihak swasta memaksimumkan keuntungan
Kerajaan memaksimumkan kebajikan. |
Pemilikan sumber |
Pihak swasta bebas memiliki sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
Kerajaan juga memiliki sumber ekonomi untuk mengeluarkn barang awam |
Pilihan |
Pihak swasta bebas memilih barang yang ingin dikeluarkan.
Kerajaan memantau kegiatan pengeluaran bagi memastikan barang yang dikeluarkan selamat dan tidak menyalahi undang-undang. |
Persaingan |
Bebas bersaing tetapi dikawal oleh kerajaan melalui penguatkuasaan undang-undang. |
Agihan pendapatan |
Seimbang
Kerajaan mengenakan cukai dan memberi subsidi
|
Kaedah membuat keputusan |
Bebas membuat keputusan ekonomi melalui mekanisme harga.
Kerajaan mengeluarkan barang awam
|
Penyelesaian masalah asas ekonomi
Masalah asas ekonomi
|
Penerangan
|
Apa dan berapa dikeluarkan |
Masalah apa dan berapa dikeluarkan diselasaikan menggunakan mekanisme harga.
Kerajaan mengeluarkan barang awam yang tidak dikeluarkan oleh pihak swasta |
Bagaimana dikeluarkan |
Bergantung kepada kaedah pengeluaran yang paling cekap yang dapat meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan.
Intensif buruh atau intensif modal
|
Untuk siapa dikeluarkan |
Bergantung kepada corak agihan pendapatan.
Golongan berpendapatan tinggi memiliki lebih banyak barang mewah kerana memiliki kuasa beli yang tinggi.
Golongan berpendapatan rendah menikmati barang awam. |
|
1.3.2
|
Campur tangan kerajaan dalam ekonomi
|
Tujuan campur tangan
1. Menyediakan barang awam
- Seperti pendidikan dan perkhidmatan kesihatan kerajaan
- Meningkatkan kebajikan rakyat
2. Membaiki agihan pendapatan
- antara golongan berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah
- Mengenakan cukai pendapatan dan memberi bantuan subsidi
3. Mengawal/ mengatasi kesan eksternaliti
negetif
- Seperti pencemaran udara dan sungai menyebabkan kos sosial meningkat.
- taraf kebajikan rakyat merosot
- Melalui pengkuatkuasaan undang-undang dan peraturan seperi denda dan saman
4. Mengawal kuasa monopoli
- Mengelakkan sumber ekonomi dikuasai oleh firma tertentu sahaja
- Mewujudkan persaingan yang sihat
5. Menstabilkan harga
- Tidak menentu di pasaran kesan daripada perubahan permintaan dan penawaran.
- bagi mengatasi masalah inflasi dan pengangguran
|
1.3.3
|
SISTEM EKONOMI ISLAM
|
1.
Prinsip sistem ekonomi Islam berasaskan tauhid
i. Hubungan manusia dengan pencipta
ii. Hubungan manusia dengan manusia
iii. Hubungan manusia dengan alam sekitar
iv. Tanggungjawab manusia sebagai pemegang amanah terhadap sumber ekonomi
|
|
|
2.
Objektif sistem ekonomi Islam
i. Mendapat keredhaan Allah SWT
ii. Keadilan
iii. Kecekapan
iv. Kesejahteraan dan kebajikan
|
|
|
3.
Ciri-ciri sistem ekonomi Islam
Ciri- ciri
|
Penerangan
|
Objektif pengeluaran |
Mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat dan bukan memaksimumkan keuntungan semata-mata. |
Pemilikan sumber |
bebas memiliki sumber ekonomi tetapi manusia hanya pemegang amanah sahaja. |
Pilihan |
Bebas membuat pilihan tetapi barang yang digunakan atau dikeluarkan mestilah halal dari segi hukum islam |
Persaingan |
Bebas bersaing tetapi tidak boleh menindas orang lain |
Agihan pendapatan |
Seimbang.
Melaksanakan sistem zakat |
Kaedah membuat keputusan |
Bebas membuat keputusan ekonomi melalui mekanisme harga.
Tidak ada amalan riba |
4.
Penyelesaian masalah asas ekonomi
Masalah asas ekonomi
|
Penerangan
|
Apa dan berapa dikeluarkan |
Masalah apa dan berapa dikeluarkan diselasaikan menggunakan mekanisme harga.
Sumber yang digunakan mestilah halal dan tidak memudaratkan. |
Bagaimana dikeluarkan |
Bergantung kepada kaedah pengeluaran yang paling cekap, perlu mengelak daripada pembaziran sumber
Intensif buruh atau intensif modal |
Untuk siapa dikeluarkan |
Bergantung kepada corak agihan pendapatan.
Melaksanakan sistem zakat bagi membolehkan golongan miskin turut menikmati barang yang dikeluarkan
|
|
Macam mane nak kira kkp tu?
ReplyDeleteKos lepas yg boleh dihitung. Kkp itu keluk kemungkinan pengeluaran yg menunjukkan had maksimum kombinasi pengeluaran dua barang.
DeleteYg penting awak perlu faham disebabkan kekurangan sumber eko, masyarakat blh tambahkan pengeluaran sstu brg ttp perlu kurangkan pengeluaran brg lain.. Brg yg dikurangkan itu adalah kos lepas.
Sir kalau soalan dia bincangkn implikasi kualiti dan kuantiti isi rumah ke atas pasaran faktor pengeluaran,pasaran barang dan perkhidmatan dan keberlangsungan firma berasaskan keuntungan di Malaysia? Apa kehendak soalan ini Sir
Deletetak payah kiralah... Kene fahamkan je grafnya... Kene fahamkan hubungan antara product X dan Y.
ReplyDeleteAs Salam...k.mila tumpang study Dr book en. Nik ya. Jazakallah...
ReplyDeleteassalam knp institusi kewangan merupakan institusi ekonomi yg terlibat dlm liputan analisis ilmu akonomi bagi model dua sektor?
ReplyDeleteKesan keluk pengeluaran masa hadapan jika kerajaan mementing barang modal drpda barang pengguna
ReplyDeleteboleh terangkan tentang harga mekanisma?
ReplyDeletejutaaan terimakasih banyak bermanfat
ReplyDelete