Sunday 28 July 2019

Hasil pembelajaran bab 5 Teori Pengeluaran dan Kos



5.1 Teori Pengeluaran


Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Menerangkan maksud loji, firma, industri dan jangka masa pengeluaran.
  2. Menjelaskan fungsi pengeluaran menggunakan satu input berubah.
  3. Menerangkan konsep input tetap dan input berubah menggunakan konsep jangka pendek dan jangka panjang.
  4. Mentakrif dan menghitung jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut.
  5. Melakar dan menerangkan hubung kait jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut.
  6. Menerangkan hukum pulangan sut berkurang dan kaitkan dengan jumlah keluaran dan keluaran sut.



5.2 Kos Pengeluaran 


Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mentakrif kos pengeluaran
  2. Menjelas dan membezakan kos implisit dan kos eksplisit.
  3. Mentakrif, menghitung, melakar dan menjelaskan kos pengeluaran jangka pendek.
  4. Menerangkan hubungan antara kos sut dengan kos purata dan kos sut dengan kos berubah purata.
  5. Menerangkan sebab keluk kos purata jangka pendek berbentuk U.
  6. Mentakrif, melakar dan menjelaskan kos pengeluaran jangka panjang.
  7. Menerangkan hubung kait kos purata jangka panjang dengan kos purata jangka pendek.



5.3 Ekonomi Bidangan 


Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mentakrif ekonomi bidangan dalaman dan tak ekonomi bidangan dalaman.
  2. Menerangkan penentu ekonomi bidangan dalaman.
  3. Menerangkan penentu tak ekonomi bidangan dalaman.
  4. Mentakrif ekonomi bidangan luaran dan tak ekonomi bidangan luaran.
  5. Menerangkan penentu ekonomi bidangan luaran.
  6. Menerangkan penentu tak ekonomi bidangan luaran.
  7. Menerangkan hubung kait ekonomi bidangan dengan keluk kos purata jangka panjang.





Teori Pelakuan Pengguna



Pendekatan Utiliti Kardinal
1. Diperkenalkan oleh Alfred Marsahll
2. Utiliti atau kepuasan yang diperolehi dari penggunaan sejumlah barangan dapat diukur secara kuantitatif.
3. Unit yang diguna untuk mengukur kepuasan atau utiliti dikenali sebagai util.



Jumlah Utiliti
Jumlah kepuasan yang dinikmati oleh pengguna daripada penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan.



Utiliti sut
Perubahan jumlah utiliti/kepuasan daripada tambahan penggunaan satu unit barang dan perkhidmatan.

MU = ∆TU
            ∆Q 

MU =
TU1 – TU0
             Q1 – Q0



Hukum utiliti sut berkurang
menyatakan pertambahan penggunaan sesuatu barang secara berterusan menyebabkan tambahan utiliti/kepuasan semakin berkurangan dan akhirnya menjadi negatif.


Hubungan antara TU dengan MU

  1. Sebelum Q, TU sedang meningkat, MU berkurang tetapi bernilai positif.
  2. Pada Q, TU mencapai maksimun, MU bernilai sifar.
  3. Selepas Q, TU sedang menurun, MU berkurang tetapi bernilai negatif.


Syarat Memaksimumkan Kepuasan

Bagi situasi:


1. Penggunaan 1 barang
  1. Syarat asas keseimbangan ialah MUx = Px

2. Penggunaan 2 barang harga sama
  1. Syarat asas keseimbangan ialah MUx = MUy
  2. Syarat pencukup/ pendapatan ialah I = (Px.Qx) + (Py.Qy) +....


3. Penggunaan 2 barang harga berbeza
  1. Syarat asas keseimbangan ialah MUx/Px = MUy/Py
  2. Syarat pencukup/ pendapatan ialah I = (Px.Qx) + (Py.Qy) +....








Tuesday 9 July 2019

Hasil pembelajaran Bab 4 : Teori Pelakuan Pengguna




4.1 Konsep Utiliti

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mentakrifkan utiliti

4.2 Utiliti Kardinal

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
  1. Menerang dan menghitung jumlah utiliti dan utiliti sut dengan menggunakan jadual dan rajah.
  2. Menerangkan hukum utiliti sut berkurangan.
  3. Menerangkan syarat dan menentukan keseimbangan pengguna bagi kes satu barang dan dua barang (harga berbeza).
  4. Menerangkan kesan perubahan harga barang dan pendapatan terhadap keseimbangan pengguna.
  5. Menerangkan terbitan keluk permintaan individu bagi barang normal sahaja.






Keanjalan Penawaran (Es)



Keanjalan penawaran (Es)


Ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti ditawar sesuatu barang kesan daripada perubahan harga barang itu sendiri.

Es = % ∆ Qsx
         % ∆ Px



Darjah keanjalan penawaran




Penentu keanjalan penawaran
  1. Tempoh masa pengeluaran
  2. Penambahan kos pengeluaran
  3. Faktor masa penyesuaian input
  4. Mobiliti faktor pengeluaran
  5. Bilangan firma
  6. Penggantian faktor pengeluaran


Monday 8 July 2019

Keanjalan Permintaan Pendapatan (Ey)



Keanjalan permintaan pendapatan (Ey)

Ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti diminta sesuatu barang kesan daripada perubahan pendapatan.

Ey = % ∆ Qd
         % ∆ Y




Jenis barang berdasarkan nilai Ey





Keanjalan Permintaan Silang (Exy)



Keanjalan permintaan silang (Exy)

Ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti diminta sesuatu barang kesan daripada perubahan harga barang lain.

Exy = % ∆ Qdx
           % ∆ Py





Hubungan antara sesuatu barang berdasarkan nilai Exy








Keanjalan Permintaan harga (Ed)



Keanjalan permintaan harga (Ed)

Ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti diminta sesuatu barang kesan daripada perubahan harga barang itu sendiri.


Ed = % ∆ Qdx
         % ∆ Px





Darjah keanjalan permintaan harga





Penentu keanjalan permintaan harga

  1. Kewujudan barang pengganti
  2. Peratus perbelanjaan daripada pendapatan
  3. Kepentingan sesuatu barang
  4. Kesetiaan kepada jenama
  5. Kepelbagaian kegunaan sesuatu barang


Hubungan antara Darjah Ed dengan Jumlah hasil(TR) 




Anjal (1<Ed<∞)
  1. Harga naik dari P2 ke P3 menyebabkan jumlah hasil turun dari TR1 ke TR
  2. Harga turun dr P3 ke P2 menyebabkan jumlah hasil meningkat dari TR ke TR1.

Anjal satu (Ed=1) 
  1. Pada harga P2, jumlah hasil adalah maksimum.


Tak Anjal (0<Ed<1)
  1. Harga naik dr P1 ke P2 menyebabkan jumlah hasil meningkat dr TR ke TR1
  2. Harga turun dr P2 ke P1 menyebabkan jumlah hasil turun dr TR1 ke TR.