Friday 22 March 2019

Jadual PSPM Semester 2 sesi 2018/2019






JADUAL PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEMESTER II, SESI 2018/2019 8 HINGGA 12 APRIL 2019










Kadar Pertukaran Tetap



Kadar pertukaran asing ditetapkan oleh kerajaan sama ada lebih tinggi atau lebih rendah daripada kadar pertukaran di pasaran.




1.      RM TERKURANG NILAI

Keseimbangan pasaran tercapai pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran USD1=RM4.00 dan kuantiti USD ialah Q.

Kerajaan menetapkan kadar pertukaran asing lebih tinggi daripada  kadar keseimbangan pasaran  iaitu pada USD1=RM4.10.

Hal ini menyebabkan berlaku lebihan penawaran USD sebesar Q1Q2.
Bagi mengekalkan kadar pertukaran tersebut, Bank pusat membeli lebihan penawaran USD.

Oleh itu, RM terkurang nilai berbanding USD.




2.      RM TERLEBIH NILAI

Keseimbangan pasaran tercapai pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran USD1=RM4.00 dan kuantiti USD ialah Q.

Kerajaan menetapkan kadar pertukaran asing lebih rendah daripada kadar keseimbangan pasaran iaitu pada USD1=RM3.90.

Hal ini menyebabkan berlaku lebihan permintaan USD sebesar Q1Q2.
Bagi mengekalkan kadar pertukaran tersebut, Bank pusat menjual lebihan permintaan USD tersebut.

Oleh itu,  RM terlebih nilai berbanding USD.




Kadar Pertukaran Boleh ubah (Pasaran bebas / Fleksibel)




Kadar pertukaran asing ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata wang asing di pasaran


PERMINTAAN MATA WANG ASING

1.      Import barang dari Negara asing
2.      Melancong ke Negara asing
3.      Membuat pelaburan langsung ke Negara asing
4.      Membeli aset kewangan seperti saham, bon dan sekuriti kerajaan Negara asing
5.      Jangkaan kejatuhan nilai mata wang tempatan


PENAWARAN MATA WANG ASING

1.      Penduduk asing membeli barang tempatan
2.      Kemasukan pelancong asing ke dalam Negara
3.      Kemasukan pelabur asing ke dalam Negara
4.      Pembelian aset kewangan seperti saham, bon dan sekuriti kerajaan oleh warga asing
5.      Jangkaan kenaikan nilai mata wang tempatan



PROSES KESEIMBANGAN KADAR PRTUKARAN ASING




Keseimbangan pasaran tercapai pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran USD1=RM4.00 dan kuantiti USD ialah Q.

Pada kadar pertukaran USD1=RM4.10, SS > DD sebesar Q1Q2.
Lebihan SS menyebabkan kadar pertukaran cenderung untuk turun.
Penurunan kadar pertukaran menyebabkan DD meningkat manakala SS berkurang.
Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pd titik E.

Pada kadar pertukaran USD1=RM3.90, DD > SS sebesar Q1Q2.
Lebihan DD menyebabkan kadar pertukaran cenderung untuk naik.
Kenaikan kadar pertukaran menyebabkan SS meningkat manakala DD berkurang.
Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pd titik E.



PROSES KESEIMBANGAN KADAR PERTUKARAN ASING – PERUBAHAN DD MATA WANG ASING


Keseimbangan asal tercapai pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran USD1=RM4.00 dan kuantiti USD ialah Q.

Peningkatan permintaan USD menyebabkan keluk DD beralih ke kanan dari DD kepada D1D1.

Pada kadar pertukaran USD1=RM4.00, DD >SS sebesar QQ2.
Lebihan DD menyebabkan kadar pertukaran cenderung utk naik.
Kenaikan kadar pertukaran menyebabkan SS meningkat manakala DD berkurang.

Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru pd titik E1.
Keseimbangan baru tercapai pada titik E1 apabila D1D1 = SS pada kadar pertukaran USD1=RM4.10 dan kuantiti USD ialah Q1.

Kesan, RM mengalami turun nilai berbanding USD iaitu dari USD1=RM4.00 kepada USD1=RM4.10



PROSES KESEIMBANGAN KADAR PERTUKARAN ASING – PERUBAHAN SS MATA WANG ASING


Keseimbangan asal tercapai pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran USD1=RM4.00 dan kuantiti USD ialah Q.

Peningkatan penawaran USD menyebabkan keluk SS beralih ke kanan dari SS kepada S1S1.

Pada kadar pertukaran USD1=RM4.00, SS >DD sebesar QQ2.                            
Lebihan SS menyebabkan kadar pertukaran cenderung untuk turun.
Penurunan kadar pertukaran menyebabkan DD meningkat manakala SS berkurang.

Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru pada titik E1.
Keseimbangan baru tercapai pd titk E1 apabila S1S1 = DD pada kadar pertukaran USD1=RM3.90 dan kuantiti USD ialah Q1.

Kesan, RM mengalami naik nilai berbanding USD iaitu dr USD1=RM4.00 kepada USD1=RM3.90




Thursday 14 March 2019

Imbangan Pembayaran











Faedah Berbanding
















Hasil pembelajaran Ekonomi Antarabangsa



Di akhir pembelajaran pelajar dapat:


1.     Mentakrifkan perdagangan antarabangsa
2.     Menerangkan sebab wujudnya perdagangan antarabangsa
3.     Menerangkan faedah perdagangan antarabangsa
4.     Menerangkan Teori Faedah Berbanding
5.     Menerangkan definisi dan rumus syarat perdagangan antarabangsa serta implikasi terhadap imbangan perdagangan
6.     Mentakrif dasar perlindungan
7.     Menerangkan sebab mengamalkan dasar perlindungan
8.     Menerangkan jenis perlindungan dan kesannya
9.     Menerangkan kesan negatif dasar perlindungan
10.Mentakrifkan imbangan pembayaran
11.Menerangkan jenis akaun imbangan pembayaran
12.Menjelaskan langkah membaiki imbangan barangan & perkhidmatan
13.Mentakrifkan kadar pertukaran asing
14.Menerangkan penentu permintaan dan penawaran mata wang asing
15.Menerangkan penentuan kadar pertukaran asing
16.Menerangkan kesan perubahan kadar pertukaran asing terhadap X, M dan imbangan perdagangan



Sunday 3 March 2019

Dasar Fiskal & Dasar Kewangan



Dasar Fiskal
-       Menggunakan dasar fiskal budi bicara


Dasar fiskal mengembang
      -          Mengatasi masalah deflasi/ pengangguran/ kemelesetan ekonomi


Dasar fiskal menguncup
       -          Mengatasi masalah inflasi

      1.    Meningkatkan perbelanjaan kerajaan (G)
           -          AE ↑
           -          AD ↑ 
           -          Pendapatan negara ↑
           -          Masalah pengangguran dapat diatasi


      1.    Mengurangkan perbelanjaan kerajaan (G)
          -          AE ↓
          -          AD ↓
          -          Harga umum ↓
          -          Masalah inflasi dapat diatasi


      2.    Mengurangkan cukai (T)
           -          Yd ↑
           -          C ↑
           -          AE ↑
           -          AD ↑
           -          Pendapatan negara ↑ 
           -          Masalah pengangguran dapat diatasi


      2.    Meningkatkan cukai (T)
         -          Yd ↓
         -          C ↓
         -          AE ↓
         -          AD ↓
         -          Harga umum ↓
         -          Masalah inflasi dapat diatasi


       3.    Meningkatkan G dan mengurangkan T secara serentak
          -          AE ↑
          -          AD ↑
          -          Pendapatan negara ↑
          -          Masalah pengangguran dapat diatasi


       3.    Mengurangkan G dan meningkatkan T secara serentak
         -          AE ↓
         -          AD ↓
         -          Harga umum ↓
         -          Masalah inflasi dapat diatasi





Dasar Kewangan
-          Menggunakan alat dasar kewangan kuantitatif


Dasar kewangan mengembang
       -          Mengatasi masalah deflasi/ pengangguran/ kemelesetan ekonomi


Dasar kewangan menguncup
       -          Mengatasi masalah inflasi

       1.    Membeli bon kerajaan dalam operasi pasaran terbuka
         -          MS ↑
         -          AD ↑
         -          Pendapatan negara ↑
         -          Masalah pengangguran dapat diatasi


       1.    Menjual bon kerajaan dalam operasi pasaran terbuka
         -          MS ↓
         -          AD ↓
         -          Harga umum ↓
         -          Masalah inflasi dapat diatasi


       2.    Mengurangkan nisbah rizab tunai
        -          MS ↑
        -          AD ↑
        -          Pendapatan negara ↑
        -          Masalah pengangguran dapat diatasi


       2.    Meningkatkan nisbah rizab tunai
        -          MS ↓
        -          AD ↓
        -          Harga umum ↓
        -          Masalah inflasi dapat diatasi


       3.    Mengurangkan nisbah rizab berkanun
        -          MS ↑
        -          AD ↑
        -          Pendapatan negara ↑
        -          Masalah pengangguran dapat diatasi


       3.    Meningkatkan nisbah rizab berkanun
        -          MS ↓
        -          AD ↓
        -          Harga umum ↓
        -          Masalah inflasi dapat diatasi


       4.    Mengurangkan kadar diskaun/ kadar bank
        -          MS ↑
        -          AD ↑
        -          Pendapatan negara ↑
        -          Masalah pengangguran dapat diatasi


       4.    Meningkatkan kadar diskaun/ kadar bank
        -          MS
        -          AD
        -          Harga umum
        -          Masalah inflasi dapat diatasi


       5.    Memendekkan tempoh matang bon kerajaan (pendanaan semula)
        -          MS ↑
        -          AD ↑
        -          Pendapatan negara ↑
        -          Masalah pengangguran dapat diatasi


       5.    Memanjangkan tempoh matang bon kerajaan
        -          MS
        -          AD
        -          Harga umum
        -          Masalah inflasi dapat diatasi