Monday 2 September 2019

Hasil pembelajaran bab 6 Struktur Pasaran



6.1 Konsep Hasil dan Untung

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
1. Mentakrifkan konsep hasil dan untung.
2. Menghitung dan membezakan untung ekonomi dan untung perakaunan.



6.2 Pengenalan kepada Struktur Pasaran

Di akhir pembelajaran pelajar dapat: 
1. Mentakrifkan struktur pasaran persaingan sempurna, pasaran monopoli dan pasaran persaingan bermonopoli.



6.3 Pasaran Persaingan Sempurna (PPS)

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
1. Menerangkan ciri-ciri pasaran persaingan sempurna.
2. Menerangkan pembentukan keluk permintaan firma.
3. Mentakrif dan menghitung jumlah hasil, hasil purata dan hasil sut firma.
4. Menerangkan keseimbangan firma jangka pendek dengan menggunakan pendekatan ‘jumlah hasil dan jumlah kos’, ‘hasil sut dan kos sut’.
5. Menghitung dan menerangkan keadaan keuntungan firma jangka pendek.
6. Menentukan titik penutupan firma.
7. Menerbitkan keluk penawaran firma dan pasaran jangka pendek.
8. Menerangkan proses keseimbangan firma jangka panjang.
9. Menerangkan keadaan keseimbangan firma jangka panjang.



6.4 Pasaran Monopoli

Di akhir pembelajaran pelajar dapat: 
1. Menerangkan ciri-ciri pasaran monopoli.
2. Menerangkan faktor kewujudan monopoli.
3. Menerangkan pembentukan keluk permintaan firma
4. Menghitung jumlah hasil, hasil purata dan hasil sut firma.
5. Menerangkan keseimbangan firma jangka pendek dengan menggunakan pendekatan ‘jumlah hasil dan jumlah kos’ , ‘hasil sut dan kos sut’.
6. Menghitung dan menerangkan keadaan keuntungan firma jangka pendek.
7. Menerangkan keseimbangan firma jangka panjang.
8. Membandingkan pasaran monopoli dengan pasaran persaingan sempurna jangka panjang.
9. Menerangkan kawalan harga oleh kerajaan terhadap monopoli.



6.4 Pasaran Persaingan Bermonopoli

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
1. Menerangkan ciri-ciri pasaran persaingan bermonopoli.
2. Menerangkan pembentukan keluk permintaan firma.
3. Menghitung jumlah hasil, hasil purata dan hasil sut firma.
4. Menerangkan keseimbangan firma jangka pendek dengan menggunakan pendekatan ‘jumlah hasil dan jumlah kos’, ‘hasil sut dan kos sut’.
5. Menghitung dan menerangkan keadaan keuntungan firma jangka pendek.
6. Menerangkan keseimbangan firma jangka panjang.
7. Mentakrif persaingan bukan harga.
8. Menerangkan bentuk persaingan bukan harga.





Friday 23 August 2019

Jumlah keluaran, Keluaran sut dan Keluaran purata



1. Jumlah keluaran (TP)
Jumlah keluaran yang dapat dihasilkan dengan menggunakan faktor pengeluaran/ input.
TP = AP x L

2. Keluaran sut (MP)
Perubahan jumlah keluaran apabila berlaku perubahan penggunaan satu input berubah
MP = Perubahan TP / Perubahan L
                
3. Keluaran purata (AP)
Keluaran bagi setiap unit input berubah.
AP = TP / L 


Hubungan antara TP, MP dan AP



  1. TP meningkat dengan kadar semakin bertambah, MP meningkat hingga mencapai maksimun manakala AP sedang meningkat.
  2. TP meningkat dengan kadar semakin berkurang hingga mencapai maksimun, MP berkurang hingga mencapai sifar manakala AP sedang meningkat kemudin berkurang.
  3. TP berkurang, MP berkurang tetapi bernilai negatif manakala AP berkurang tetapi bernilai poitif.



Hubungan antara MP dengan TP

  1. TP sedang meningkat, MP > 0
  2. TP mencapai maksimum, MP = 0
  3. TP sedang berkurang, MP < 0



Hubungan antara MP dengan AP



  1. AP sedang meningkat, AP < MP
  2. AP mencapai maksimum, AP = MP
  3. AP sedang berkurang, AP > MP


Sunday 28 July 2019

Hasil pembelajaran bab 5 Teori Pengeluaran dan Kos



5.1 Teori Pengeluaran


Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Menerangkan maksud loji, firma, industri dan jangka masa pengeluaran.
  2. Menjelaskan fungsi pengeluaran menggunakan satu input berubah.
  3. Menerangkan konsep input tetap dan input berubah menggunakan konsep jangka pendek dan jangka panjang.
  4. Mentakrif dan menghitung jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut.
  5. Melakar dan menerangkan hubung kait jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut.
  6. Menerangkan hukum pulangan sut berkurang dan kaitkan dengan jumlah keluaran dan keluaran sut.



5.2 Kos Pengeluaran 


Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mentakrif kos pengeluaran
  2. Menjelas dan membezakan kos implisit dan kos eksplisit.
  3. Mentakrif, menghitung, melakar dan menjelaskan kos pengeluaran jangka pendek.
  4. Menerangkan hubungan antara kos sut dengan kos purata dan kos sut dengan kos berubah purata.
  5. Menerangkan sebab keluk kos purata jangka pendek berbentuk U.
  6. Mentakrif, melakar dan menjelaskan kos pengeluaran jangka panjang.
  7. Menerangkan hubung kait kos purata jangka panjang dengan kos purata jangka pendek.



5.3 Ekonomi Bidangan 


Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mentakrif ekonomi bidangan dalaman dan tak ekonomi bidangan dalaman.
  2. Menerangkan penentu ekonomi bidangan dalaman.
  3. Menerangkan penentu tak ekonomi bidangan dalaman.
  4. Mentakrif ekonomi bidangan luaran dan tak ekonomi bidangan luaran.
  5. Menerangkan penentu ekonomi bidangan luaran.
  6. Menerangkan penentu tak ekonomi bidangan luaran.
  7. Menerangkan hubung kait ekonomi bidangan dengan keluk kos purata jangka panjang.





Teori Pelakuan Pengguna



Pendekatan Utiliti Kardinal
1. Diperkenalkan oleh Alfred Marsahll
2. Utiliti atau kepuasan yang diperolehi dari penggunaan sejumlah barangan dapat diukur secara kuantitatif.
3. Unit yang diguna untuk mengukur kepuasan atau utiliti dikenali sebagai util.



Jumlah Utiliti
Jumlah kepuasan yang dinikmati oleh pengguna daripada penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan.



Utiliti sut
Perubahan jumlah utiliti/kepuasan daripada tambahan penggunaan satu unit barang dan perkhidmatan.

MU = ∆TU
            ∆Q 

MU =
TU1 – TU0
             Q1 – Q0



Hukum utiliti sut berkurang
menyatakan pertambahan penggunaan sesuatu barang secara berterusan menyebabkan tambahan utiliti/kepuasan semakin berkurangan dan akhirnya menjadi negatif.


Hubungan antara TU dengan MU

  1. Sebelum Q, TU sedang meningkat, MU berkurang tetapi bernilai positif.
  2. Pada Q, TU mencapai maksimun, MU bernilai sifar.
  3. Selepas Q, TU sedang menurun, MU berkurang tetapi bernilai negatif.


Syarat Memaksimumkan Kepuasan

Bagi situasi:


1. Penggunaan 1 barang
  1. Syarat asas keseimbangan ialah MUx = Px

2. Penggunaan 2 barang harga sama
  1. Syarat asas keseimbangan ialah MUx = MUy
  2. Syarat pencukup/ pendapatan ialah I = (Px.Qx) + (Py.Qy) +....


3. Penggunaan 2 barang harga berbeza
  1. Syarat asas keseimbangan ialah MUx/Px = MUy/Py
  2. Syarat pencukup/ pendapatan ialah I = (Px.Qx) + (Py.Qy) +....








Tuesday 9 July 2019

Hasil pembelajaran Bab 4 : Teori Pelakuan Pengguna




4.1 Konsep Utiliti

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mentakrifkan utiliti

4.2 Utiliti Kardinal

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
  1. Menerang dan menghitung jumlah utiliti dan utiliti sut dengan menggunakan jadual dan rajah.
  2. Menerangkan hukum utiliti sut berkurangan.
  3. Menerangkan syarat dan menentukan keseimbangan pengguna bagi kes satu barang dan dua barang (harga berbeza).
  4. Menerangkan kesan perubahan harga barang dan pendapatan terhadap keseimbangan pengguna.
  5. Menerangkan terbitan keluk permintaan individu bagi barang normal sahaja.






Keanjalan Penawaran (Es)



Keanjalan penawaran (Es)


Ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti ditawar sesuatu barang kesan daripada perubahan harga barang itu sendiri.

Es = % ∆ Qsx
         % ∆ Px



Darjah keanjalan penawaran




Penentu keanjalan penawaran
  1. Tempoh masa pengeluaran
  2. Penambahan kos pengeluaran
  3. Faktor masa penyesuaian input
  4. Mobiliti faktor pengeluaran
  5. Bilangan firma
  6. Penggantian faktor pengeluaran


Monday 8 July 2019

Keanjalan Permintaan Pendapatan (Ey)



Keanjalan permintaan pendapatan (Ey)

Ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti diminta sesuatu barang kesan daripada perubahan pendapatan.

Ey = % ∆ Qd
         % ∆ Y




Jenis barang berdasarkan nilai Ey





Keanjalan Permintaan Silang (Exy)



Keanjalan permintaan silang (Exy)

Ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti diminta sesuatu barang kesan daripada perubahan harga barang lain.

Exy = % ∆ Qdx
           % ∆ Py





Hubungan antara sesuatu barang berdasarkan nilai Exy








Keanjalan Permintaan harga (Ed)



Keanjalan permintaan harga (Ed)

Ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti diminta sesuatu barang kesan daripada perubahan harga barang itu sendiri.


Ed = % ∆ Qdx
         % ∆ Px





Darjah keanjalan permintaan harga





Penentu keanjalan permintaan harga

  1. Kewujudan barang pengganti
  2. Peratus perbelanjaan daripada pendapatan
  3. Kepentingan sesuatu barang
  4. Kesetiaan kepada jenama
  5. Kepelbagaian kegunaan sesuatu barang


Hubungan antara Darjah Ed dengan Jumlah hasil(TR) 




Anjal (1<Ed<∞)
  1. Harga naik dari P2 ke P3 menyebabkan jumlah hasil turun dari TR1 ke TR
  2. Harga turun dr P3 ke P2 menyebabkan jumlah hasil meningkat dari TR ke TR1.

Anjal satu (Ed=1) 
  1. Pada harga P2, jumlah hasil adalah maksimum.


Tak Anjal (0<Ed<1)
  1. Harga naik dr P1 ke P2 menyebabkan jumlah hasil meningkat dr TR ke TR1
  2. Harga turun dr P2 ke P1 menyebabkan jumlah hasil turun dr TR1 ke TR.





Wednesday 26 June 2019

Hasil pembelajaran Bab 3 : Keanjalan Permintaan dan Penawaran



3.1 Keanjalan Permintaan

3.1.1 Keanjalan Permintaan Harga (Ed)


Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mentakrifkan keanjalan permintaan harga.
  2. Menghitung dan mentafsir nilai keanjalan menggunakan pendekatan keanjalan lengkuk dan keanjalan titik.
  3. Menerangkan darjah keanjalan permintaan harga.
  4. Menerangkan penentu keanjalan keanjalan permintaan harga.
  5. Menerangkan hubungan antara darjah keanjalan permintaan harga dengan jumlah hasil / jumlah perbelanjaan di sepanjang keluk permintaan yang sama


3.1.2 Keanjalan Permintaan Silang (Exy)

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mentakrif keanjalan permintaan silang.
  2. Menghitung dan mentafsir nilai keanjalan permintaan silang.
  3. Menerangkan hubungan antara barang berdasarkan nilai keanjalan permintaan silang.


3.1.3 Keanjalan Permintaan Pendapatan (Ey)

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
  1. Mentakrif keanjalan permintaan pendapatan.
  2. Menghitung dan mentafsir nilai keanjalan permintaan pendapatan.
  3. Mengkelaskan jenis barang berdasarkan nilai keanjalan permintaan pendapatan.


3.2 Keanjalan Penawaran

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
  1. Mentakrif keanjalan penawaran.
  2. Menghitung dan mentafsir nilai keanjalan penawaran.
  3. Menerangkan darjah keanjalan penawaran.
  4. Menerangkan penentu keanjalan penawaran.


Kesan Cukai dan Subsidi ke atas Keseimbangan Pasaran



1. Cukai 
  1. Cukai yang dikenakan oleh kerajaan ialah cukai tak langsung. Cth: cukai jualan.
  2. Beban cukai akan ditangung oleh pengguna dan pengeluar.
  3. Cukai menyebabkan kos pengeluaran meningkat.
  4. Penawaran berkurang (pengeluaran berkurang)


Kesan cukai ke atas keseimbangan pasaran:

  1. Keluk SS beralih ke kiri dari SS ke S1S1
  2. Cukai seunit ialah P2P1
  3. Harga meningkat dari P ke P1
  4. Kuantiti turun dari Q ke Q1
  5. Pengguna menanggung beban cukai sebesar PP1E1a
  6. Penggeluar menanggung beban cukai sebesar P2Pab





2. Subsidi
  1. Bantuan kewangan oleh kerajaan untuk mengurangkan kos pengeluaran.
  2. Faedah subsidi akan ditangung oleh pengguna dan pengeluar.
  3. Subsidi mengurangkan kos pengeluaran.
  4. Penawaran bertambah (pengeluaran meningkat)


Kesan subsidi ke atas keseimbangan pasaran:

  1. Keluk SS beralih ke kanan dari SS ke S1S1
  2. Subsidi seunit ialah P1P2
  3. Harga turun dari P ke P1
  4. Kuantiti meningkat dari Q ke Q1
  5. Pengguna menikmati faedah subsidi sebesar P1PbE1
  6. Penggeluar menikmati faedah subsidi sebesar PP2ab




Kesan Dasar Harga Minimum dan Dasar Harga Maksimum ke atas pasaran



1. Dasar Harga Minimum

Harga yang ditetapkan oleh kerajaan lebih tinggi daripada harga pasaran. 

Tujuan:
Menjaga kebajikan pengeluar




Kesan dasar harga minimum : 
  1. Harga pasaran meningkat dr P ke P2
  2. Qs meningkat dr Q ke Q2
  3. Qd turun dr Q ke Q1
  4. Hasil pengeluar meningkat dr PEQ0 kpd P2bQ20
  5. Berlaku lebihan SS sebanyak Q1Q2
  6. Kerajaan membeli lebihan SS, untuk di eksport ke luar negara, disimpan sebagai stok penimbal.
  7. Lebihan pengeluar meningkat dr PES kpd P2bS
  8. Lebihan pengguna berkurang dr PDE kpd P2Da




2. Dasar Harga Maksimum

Harga yang ditetapkan oleh kerajaan lebih rendah daripada harga pasaran. 

Tujuan: 
Menjaga kebajikan pengguna




Kesan dasar harga maksimum : 
  1. Harga pasaran turun dr P ke P1
  2. Qd meningkat dr Q ke Q2
  3. Qs turun dr Q ke Q1
  4. Berlaku lebihan DD sebanyak Q1Q2
  5. Bagi menampung lebihan DD, kerajaan akan mengimport barang dari luar negara.
  6. Mengatasi masalah pasaran gelap, kerajaan menguatkuasa peraturan dan undang-undang.
  7. Lebihan pengguna meningkat dr PDE kpd P1Db
  8. Lebihan pengeluar berkurang dr PES kpd P1aS


Tuesday 25 June 2019

Tahniah!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,






Unit ekonomi KMP menyatakan penghargaan kepada semua peserta yang menyertai Kijang Economics Competition yang telah diuruskan oleh unit ekonomi.

Tiga orang pelajar KMP telah terpilih ke peringkat Malaysian Economics Olympiad (MyEO) 2019 di Universiti Malaya pada 16 Jun 2019 bagi pemilihan untuk ke peringkat akhir di Saint Petersburg, Russia pada 23 Julai 2019.
1. Muhammad Irsyad Bin Johar
2. Goh Shu Wei
3. Ooi Shi Xin 

Semoga berjaya ke peringkat akhir dan dapat mewakili Malaysia ke Saint Petersburg, Russia.



Kredit:
  1. En Abd Rahman Bin Hj Romli (SME, KMP)
  2. En Rizal Bin Sobri ( Ketua Unit Ekonomi, KMP)
  3. Semua pensyarah unit ekonomi KMP




Monday 24 June 2019

Perubahan keseimbangan pasaran kesan perubahan penawaran



1. Pertambahan Penawaran




Keseimbangan pasaran tercapai pada titik E apabila keluk DD = SS pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P dan Q.

Pertambahan penawaran menyebabkan keluk SS beralih ke kanan dari SS ke S1S1.

Pada P, Qs ialah Q2 manakala Qd ialah Q. Berlaku lebihan penawaran sebesar QQ2.
Lebihan SS menyebabkan harga cenderung untuk turun.
Penurunan harga menyebabkan Qd meningkat manakala Qs berkurang.
Proses ini akan berterusan hingga mencapai keseimbangan pada titik E1.


Keseimbangan pasaran baru tercapai pada titik E1 apabila keluk DD = S1S1 pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P1 dan Q1

Kesan, harga turun dari P ke P1 manakala kuantiti meningkat dari Q ke Q1.




2. Pengurangan Penawaran




Keseimbangan pasaran tercapai pada titik E apabila keluk DD = SS pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P dan Q.

Pengurangan penawaran menyebabkan keluk SS beralih ke kiri dari SS ke S1S1.

Pada P, Qs ialah Q2 manakala Qd ialah Q. Berlaku lebihan permintaan sebesar Q2Q.
Lebihan DD menyebabkan harga cenderung untuk naik.
Kenaikan harga menyebabkan Qd berkurang manakala Qs meningkat.
Proses ini akan berterusan hingga mencapai keseimbangan pada titik E1.

Keseimbangan pasaran baru tercapai pada titik E1 apabila keluk DD = S1S1 pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P1 dan Q1

Kesan, harga meningkat dari P ke P1 manakala kuantiti turun dari Q ke Q1.




Perubahan keseimbangan pasaran kesan perubahan permintaan



1. Pertambahan Permintaan





Keseimbangan pasaran tercapai pada titik E apabila keluk DD = SS pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P dan Q.

Pertambahan permintaan menyebabkan keluk DD beralih ke kanan dari DD ke D1D1.

Pada P, Qd ialah Q2 manakala Qs ialah Q. Berlaku lebihan permintaan sebesar QQ2.
Lebihan DD menyebabkan harga cenderung untuk naik.
Kenaikkan harga menyebabkan Qd berkurang manakala Qs meningkat.
Proses ini akan berterusan hingga mencapai keseimbangan pada titik E1.

Keseimbangan pasaran baru tercapai pada titik E1 apabila keluk D1D1 = SS pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P1 dan Q1.

Kesan, harga dan kuantiti meningkat dari P ke P1 dan Q ke Q1.






2. Pengurangan Permintaan




Keseimbangan pasaran tercapai pada titik E apabila keluk DD = SS pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P dan Q.

Pengurangan permintaan menyebabkan keluk DD beralih ke kiri dari DD ke D1D1.

Pada P, Qd ialah Q2 manakala Qs ialah Q. Berlaku lebihan penawaran sebesar Q2Q.
Lebihan SS menyebabkan harga cenderung untuk turun.
Penurunan harga menyebabkan Qd meningkat manakala Qs berkurang.
Proses ini akan berterusan hingga mencapai keseimbangan pada titik E1.

Keseimbangan pasaran baru tercapai pada titik E1 apabila keluk D1D1 = SS pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P1 dan Q1.

Kesan, harga dan kuantiti turun dari P ke P1 dan Q ke Q1.






Wednesday 19 June 2019

Proses Keseimbangan Pasaran



1. Jadual:





2. Persamaan/rumus:

Diberi persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X.



Berdasarkan persamaan di atas,


a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran bagi barang X
    
                                        Qs = Qd
                                        5P = 30 - 5P
                                      10P = 30
                                          P = RM 3.00

                                       Qs = 5(3)
                                             = 15 unit


b) Apakah yang terjadi di pasaran barang X pada tingkat harga

i) RM 1.00
- Qd adalah sebanyak 25 unit manakala Qs adalah sebanyak 5 unit
- berlaku lebihan permintaan sebanyak 20 unit
- harga cenderung untuk meningkat dari RM 1.00 kepada RM3.00


ii) RM 5.00
- Qs adalah sebanyak 25 unit manakala Qd adalah sebanyak 5 unit
- berlaku lebihan penawaran sebanyak 20 unit
- harga cenderung untuk turun dari RM 5.00 kepada RM3.00







3. Rajah:



Keseimbangan pasaran tercapai pada titik E apabila keluk DD = SS pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu RM3.00 dan 15 unit.

Pada RM 5.00, Qs ialah 25 unit manakala Qd ialah 5 unit. Oleh itu, berlaku lebihan penawaran sebanyak 20 unit.
Lebihan SS menyebabkan harga cenderung untuk turun.
Penurunan harga menyebabkan Qd meningkat manakala Qs berkurang.
Proses ini akan berterusan hingga mencapai keseimbangan pada titik E.

Pada RM 1.00, Qd ialah 25 unit manakala Qs ialah 5 unit. Oleh itu, berlaku lebihan permintaan sebanyak 20 unit.
Lebihan DD menyebabkan harga cenderung untuk naik.
Kenaikan harga menyebabkan Qd berberkurang manakala Qs meningkat.
Proses ini akan berterusan hingga mencapai keseimbangan pada titik E.

Perubahan Qd & Perubahan DD, Perubahan Qs & Perubahan SS



1. Perubahan Kuantiti diminta (Qd) dan perubahan permintaan (DD)





2. Perubahan Kuantiti ditawar (Qs) dan perubahan penawaran (SS)






Monday 17 June 2019

Warna-warni Larian KAKOM KMP 2019



1. Sebelum bermula pertandingan larian KAKOM, semua peserta yang terlibat dan diketuai oleh barisan kepimpinan Kolej Matrikulasi Perlis melakukan latihan pemanasan bertempat di hadapan astaka KMP.


Tn Mohd Fuad B. Mohd Noor (Pengarah KMP), Pn Rozanis Bt Shekh Zain (Timbalan Pengarah KMP), Pn Fazli Izwan Bt Ibrahim (KJ matematik)


Pn Zuriah Bt Sulaiman (KJ Ihktisas), Pn Nornisohaila Bt Ibrahim (KJ Sains)

2. Antara ahli jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk bagi menjayakan Program Larian KAKOM KMP2019. 


Jawatankuasa Penjaga Masa
Jawatankuasa Chech Point
Jawatankuasa Senamrobik
Jawatankuasa Dokumentasi
Jawatankuasa Hakim Penamat

# Jawatankuasa lain maaf la ya tak sempat nak snap gambarnya..:)


3. Tuan Pengarah KMP bersiap sedia ingin melepaskan para peserta dengan dibantu oleh Tuan Timbalan Pengarah. Manakala, Para peserta dalam keadaan siap sedia untuk memulakan larian KAKOM.

Tuan Pengarah KMP dan Tuan Timbalan Pengarah KMP


Sokongan barisan kepimpinan KMP


Semuanya bersemangat yang tinggi

4. Acara larian KAKOM bermula, Peserta pelajar lelaki dilepaskan dahulu dan diikuti oleh peserta pelajar perempuan. 


ehhh, bang tak kan dah jalan...... :)



Laju lagi, masih ada 10 nombor lagi!


Bersemangat betul ni


5. Para peserta larian KAKOM tiba ke garisan penamat.


akhirnya.....sampai juga kita!




Para peserta yang berjaya mendapat nombor melengkapkan maklumat diri dalam borang yang disediakan





Thursday 13 June 2019

LARIAN KAKOM KMP 2019





Kredit : Pusat Informasi Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis


#kmpmyhome
#kmpdihatiku
#matrikulasiprihatin





Tuesday 11 June 2019

Hasil pembelajaran Bab 2 : Permintaan, Penawaran & Keseimbangan Pasaran




2.1 Permintaan
Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
1.     Mentakrifkan permintaan
2.     Menerangkan jadual dan bentuk keluk permintaan individu
3.     Menerangkan hukum permintaan
4.     Menerbitkan persamaan permintaan
5.     Membentuk keluk permintaan pasaran
6.     Menerangkan penentu permintaan
7.     Menerangkan perbezaan perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan


2.2 Penawaran
Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
1.     mentakrifkan penawaran
2.     Menerangkan jadual dan bentuk keluk penawaran firma
3.     Menerangkan hukum penawaran
4.     Menerbitkan persamaan penawaran
5.     Membentuk keluk penawaran pasaran
6.     Menerangkan penentu penawaran
7.     Menerangkan perbezaan perubahan kuantiti ditawar dan perubahan penawaran


2.3 Keseimbangan Pasaran
Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
1.     Mentakrif keseimbangan pasaran, lebihan permintaan dan lebihan penawaran
2.     Menerangkan proses penentuan keseimbangan pasaran dengan jadual, rajah dan rumus
3.     Menerangkan perubahan keseimbangan pasaran kesan perubahan
i.           DD menggunakan rajah & rumus
ii.         SS menggunakan rajah & rumus
iii.      DD & SS secara serentak menggunakan rajah & rumus


2.4 Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar
Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
1.     Mentakrif lebihan pengguna dan lebihan pengeluar
2.     Menghitung lebihan pengguna dan lebihan penggeluar


2.5 Dasar Kerajaan
Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
1.     Menjelaskan kesan dasar harga maksimum dan dasar harga minimum terhadap pasaran
2.     Menghitung dan menjelaskan kesan cukai sekaligus dan subsidi kepada firma terhadap keseimbangan pasaran