Thursday 13 December 2018

Proses keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor



1.     Pendekatan AS – AE




Keseimbangan Pendapatan Negara tercapai pada titik E apabila keluk AS = AE pada pendapatan negara iaitu Y.

Pada Y1, AE>AS sebesar ab.
Lebihan AE menunjukkan berlaku kekurangan inventori.
Hal ini menyebabkan firma meningkatkan Keluaran.
Peningkatan keluaran menyebabkan pendapatan negara meningkat
Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.

Pada Y2, AS>AE sebesar df.
Lebihan AS menunjukkan berlaku lebihan inventori.
Hal ini menyebabkan firma mengurangkan keluaran.
Pengurangan keluaran menyebabkan pendapatan negara turun
Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.





2.     Pendekatan J – W




Keseimbangan Pendapatan Negara tercapai pada titik E apabila keluk J=W pada pendapatan negara iaitu Y.

Pada Y1, J>W sebesar ab.
Lebihan suntikan menunjukkan berlaku kekurangan inventori.
Hal ini menyebabkan firma meningkatkan keluaran.
Peningkatan keluaran menyebabkan pendapatan negara meningkat
Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.

Pada Y2, W>J sebesar df.
Lebihan bocoran menunjukkan berlaku lebihan inventori.
Hal ini menyebabkan firma mengurangkan keluaran.
Pengurangan keluaran menyebabkan pendapatan negara turun
Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.


Thursday 6 December 2018

Aliran pusingan pendapatan negara Ekonomi Tiga Sektor



-        Aliran pusingan pendapatan negara ialah aliran pusingan perbelanjaan dan pendapatan negara yang melibatkan sektor isi rumah, sektor firma dan sektor kerajaan
-        Dikenali juga sebagai aliran pusingan Pendapatan Negara ekonomi tertutup dengan campur tangan kerajaan

 
Aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor


-         Sektor isi rumah menerima pendapatan faktor (Y) terdiri drp sewa, upah, bunga dan untung (SUBU) drp sektor firma.
-         Sebahagian daripada pendapatan (Y) digunakan utk membayar cukai (T) kepada kerajaan. Pendapatan selepas ditolak cukai dikenali sebagai pendapatan boleh guna (Yd).
-         Yd digunakan untuk melakukan perbelanjaan penggunaan (C) iaitu membeli barang dan perkhidmatan.
-         Sebahagian lagi ditabungkan (S) diinstitusi kewangan.
-         S dan T adalah merupakan bocoran (W) dalam aliran pusingan pendapatan negara.
-         Bocoran ialah aliran wang keluar dari aliran pusingan pendapatan Negara.
-         Firma juga perlu membayar cukai (T) kepada kerajaan
-         Hasil cukai yg diperolehi oleh kerajaan dikembalikan semula kpd isi rumah dan firma. Ia dikenali sebagai perbelanjaan kerajaan (G)
-        Firma melakukan pelaburan (I) seperti membina kilang melalui pinjaman yang diperolehi daripada institusi kewangan.
-         I dan G merupakan suntikan (J) dalam aliran pusingan pendapatan negara.
-         Suntikan ialah aliran wang masuk ke dalam pusingan pendapatan Negara.
-         Oleh itu,  Y = C + I + G atau  I + G = S + T