Sunday 7 October 2018

PROGRAM RESET, GO AND EXCEL




TARIKH                              : 6 OKTOBER 2018 (SABTU)

TEMPAT                              : DEWAN KULIAH 2

MASA                                   : 8.30 PG – 11.00 PG

BILANGAN PESERTA    : 255 ORG



OBJEKTIF

1.      MEMBERI PENDEDAHAN TEKNIK-TEKNIK TERKINI MENJAWAB KERTAS AE015

2.      BERKONGSI CARA PENGURUSAN MASA BERKESAN SEBELUM DAN SEMASA MENJAWAB KERTAS AE015



FORMAT KERTAS SOALAN AE015





JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)





CONTOH SOALAN AEO15


I.                    BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF





II.                  BAHAGIAN B : SOALAN STRUKTUR





III.                BAHAGIAN C : SOALAN KUANTITATIF DAN ESEI





AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM


















JAWAPAN SOALAN SESI PEMBENGKELAN

1.      BAHAGIAN A

2.      BAHAGIAN B

3.      BAHAGIAN C





CONTOH SOALAN BAHAGIAN A: SOALAN OBJEKTIF



Soalan

Penerangan
1.
Masalah ekonomi berpunca dari     
Jawapan : C

A.      Tingkat teknologi adalah tidak tetap
teknologi canggih boleh menyebabkan keluaran dapat ditambah tanpa mengurangkan keluaran lain

B.      Sumber adalah tidak terhad
sumber ekonomi adalah terhad

C.      Kehendak manusia tidak dapat dipenuhi sepenuhnya
kehendak manusia adalah tidak terhad menyebabkan masalah ekonomi seperti kekurangan

D.     Faktor pengeluaran tidak digunakan dengan cekap
masih ada lagi faktor pengeluaran yg belum digunakan maka keluaran masih boleh ditambah tanpa mengurangkan barang lain


2.
Penyelesaian masalah apa dan berapa barang hendak dikeluarkan dalam sistem pasaran bebas adalah melalui
Jawapan: A


A. Mekanisme harga                                     
Menyelesaikan masalah apa dan berapa dikeluarkan

B. Corak agihan pendapatan
           
Menyelesaikan masalah untuk siapa dikeluarkan

C. Kaedah pengeluaran yang akan digunakan

Menyelesaikan masalah bagaimana dikeluarkan

D.     Campurtangan kerajaan yang memerintah
sistem ekonomi campuran

3.
Hukum permintaan menyatakan pengguna akan
Jawapan: D

A. meningkatkan permintaan apabila harga turun
Hukum permintaan menyatakan harga berhubungan songsang dengan kuantiti diminta dimana  P↑Qd↓, P↓Qd↑ dgn andaian ceteris peribus

B. mengurangkan permintaan apabila harga turun

C. meningkatkan kuantiti diminta apabila harga naik

D. mengurangkan kuantiti diminta apabila harga naik

4.
Manakah antara berikut menyebabkan keluk penawaran barang X beralih ke kanan?
Jawapan : D

A. Kenaikan harga barang tersebut
Kenaikan harga barag tersebut menyebabkan pengembangan kuantiti ditawarkan (pergerakan ke kanan di keluk SS)

B. Kenaikan harga input
Menyebabkan kos pengeluaran meningkat, keluk SS beralih ke kiri

C. Kenaikan harga barang penawaran bersaing
Menyebabkan keluk SS beralih ke kiri

D. Kenaikan harga barang penawaran bersama     
Menyebabkan keluk SS beralih ke kanan

5.
Pada tingkat keseimbangan pasaran sesuatu barang, peningkatan penawaran melebihi pengurangan permintaan menyebabkan
Jawapan : C

A. Harga dan kuantiti naik


B. Harga naik manakala kuantiti turun

C. Harga turun manakala kuantiti naik

D. Harga dan kauntiti turun

6.
Apakah jenis keanjalan yang dapat menentukan sama ada sesuatu barang itu barang mewah atau barang bawahan?
Jawapan : B

A.  Keanjalan penawaran
Menentukan darjah keanjalan penawaran

B.      Keanjalan permintaan harga
Menentukan darjah keanjalan permintaan

C.      Keanjalan permintaan pendapatan
Menentukan jenis barang

D.     Keanjalan permintaan silang
Menentukan hubungan antara sesuatu barang

7.
Andaikan keanjalan permintaan harga bagi sesuatu barang adalah tak anjal. Kenaikan harga sebanyak 15% menyebabkan kuantiti diminta
Jawapan : B

A.      berkurang lebih besar daripada 15%
Tak anjal merujuk kpd %perubahan Qd < %perubahan harga. Jika harga naik 15% menyebabkan Qd berkurang lebih kecil drp 15%

B.      berkurang lebih kecil daripada 15%

C.      bertambah lebih besar daripada 15%

D.     bertambah lebih besar daripada 15%

8.
Pada titik maksimum jumlah utiliti, utiliti sut adalah bernilai
Jawapan : B

A.      satu
-     TU meningkat, MU berkurang bernilai positif
-     TU maksimum, MU sifar
-     TU berkurang, MU berkurang bernilai negetif

B.      sifar

C.      lebih daripada Satu

D.     antara satu dan sifar




9.
Pengguna yang membeli hanya satu barang akan mencapai keseimbangan apabila
Jawapan : C

A.      jumlah utiliti per ringgit adalah maksimum
-     satu barang, MUx=Px
-     banyak barang harga sama, MUx=MUy
-     banyak barang harga berbeza, MUx=MUy
  Px      Py

B.      utiliti sut per ringgit adalah sama

C.      utiliti sut sama dengan harga

D.     utiliti sut adalah maksimum

10.
Perbezaan antara untung perakaunan dengan untung ekonomi disebabkan
Jawapan : A

A.     Kos implisit
Untung perakaunan
= TR – kos eksplisit

Untung ekonomi
= TR – kos eksplisit – kos implisit


B.      Kos eksplisit

C.      Kos tetap

D.     Jumlah hasil

11.
Berikut merupakan hubungan antara keluaran purata (AP) dengan keluaran sut (MP) kecuali
Jawapan : C

A.      MP melebihi AP semasa AP meningkat
Hubungan antara MP dan AP
-     AP meningkat, MP>AP
-     AP maksimum, MP=AP
-     AP menurun, MP<AP

B.      MP sama dengan AP semasa AP maksimum

C.      MP sama dengan AP semasa MP maksimum

D.     MP kurang daripada AP semasa AP menurun

12.
Keluk kos purata jangka pendek berbentuk ‘U’ disebabkan
Jawapan : A

A.     Hukum pulangan berkurangan
menyebabkan SAC berbentuk U

B.      Hukum utiliti sut berkurang
menyebabkan keluk DD mencerun ke bawah dr kiri ke kanan

C.      Ekonomi bidangan dan tak ekonomi bidangan
menyebabkan LAC berbentuk U

D.     Hukum permintaan
menyebabkan keluk DD mencerun ke bawah dr kiri ke kanan

13.
Untuk memaksimumkan keuntungan, firma PPS akan mengurangkan keluaran jika
Jawapan : A

A.     Kos sut melebihi hasil sut
Syarat keuntungan maksimum MR=MC
-     Jika MR>MC, firma akan menambahkan keluaran
-     Jika MR<MC, firma akan mengurangkan keluaran

B.      Hasil sut melebihi kos sut

C.      Hasil sut sama dengan kos sut

D.     Jumlah hasil melebihi jumlah kos

14.
Keluk permintaan firma monopoli berbentuk
Jawapan : B

A.      anjal Sempurna
Keluk DD bagi firma PPS
-     keluaran homogen

B.      tak anjal
Keluk DD bagi firma monopoli
-     keluaran tiada pengganti

C.      anjal
Keluk DD bagi firma bermonopoli
-     keluaran ada pengganti

D.     tak anjal sempurna


15.
Antara berikut yang manakah merupakan ciri pasaran bermonopoli?
Jawapan : C

A.      Tiada barang pengganti
Firma monopoli

B.      Keluk permintaan adalah anjal sempurna
Firma PPS

C.      Menikmati untung normal dalam jangka panjang
Kerana ada kebebasan keluar masuk pasaran

D.     Tidak melakukan persaingan bukan harga
amat bergantung kpd persaingan bukan harga

16.
Firma pasaran bermonopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana
Jawapan : B

A.      Harga yang ditetapkan melebihi kos sut
Kecekapan pengeluaran merujuk kpd P=AC minimum,
Firma bermonopoli beroperasi semasa P>AC minimum atau beroperasi semasa AC sedang menurun

B.      Beroperasi semasa kos purata sedang menurun

C.      Memperolehi untung normal dalam jangka panjang

D.     Hasil sut sama dengan kos sut