Bab 6 : Belanjawan, Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan

1.      BELANJAWAN

Satu penyata rancangan tentang anggaran Hasil dan Perbelanjaan Kerajaan bagi suatu tahun tertentu.


1.1  Konsep Belanjawan

            1. Belanjawan lebihan
-  Jumlah Hasil lebih drp Jumlah Perbelanjaan bagi satu tahun fiskal ( T > G )

3.      Belanjawan kurangan (defisit)
-  Jumlah Hasil kurang drp Jumlah Perbelanjaan bagi satu tahun fiskal ( T < G )

3.      Belanjawan terimbang
                 - Jumlah Hasil sama dengan Jumlah Perbelanjaan bagi satu tahun fiskal ( T = G )



1.2  Sumber hasil kerajaan persekutuan Malaysia

1.      Hasil cukai
i.      Cukai langsung
-     Beban cukai tidak boleh dipindahkan kepada orang lain
-     Cukai pendapatan individu, cukai pendapatan syarikat, cukai tanah dll.

ii.     Cukai tak langsung
-      Beban cukai boleh dipindahkan kepada orang lain
-      Duti eksport, duti import, cukai jualan,  cukai barang dan perkhidmatan dll

2.      Hasil bukan cukai
-     Lesen dan permit, cukai jalan, denda dan rampasan, royalti gas dan petroleum



1.3  Perbelanjaan kerajaan persekutuan Malaysia

1.      Perbelanjaan mengurus
-     Perbelanjaan semasa kerajaan untuk membiayai kegiatan pentadbiran dan pengurusan.
-     Emolumen, bayaran khidmat hutang, pencen dan ganjaran (bayaran persaraan)

2.      Perbelanjaan pembangunan
- Perbelanjaan modal terhadap projek-projek pembangunan utk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
-      Perbelanjaan pembangunan sektor ekonomi, sosial, keselamatan dan pentadbiran am.



1.4  Sumber hutang Negara

-       Merujuk kpd pinjaman kerajaan persekutuan daripada sumber di dalam dan di luar Negara

1.      Hutang dalam Negara
-    Sekuriti kerajaan, sijil pelaburan, bil perbendaharaan, pinjaman lain

2.      Hutang luar negara
- Pinjaman pasaran, pinjaman projek, kredit pembekal, pinjaman sindiket, tabung kewangan antarabangsa (IMF)



1.5  Kebaikan dan keburukan hutang Negara


Kebaikan hutang dalam Negara

Keburukan hutang dalam negara
1.    Mudah diperolehi
2.  Tidak melibatkan bocoran wang keluar negara
3.   Tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing
1. Mengurangkan keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan.
2.   Memburukkan pengagihan pendapatan negara
3.      Sumber pinjaman adalah terhad.



Kebaikan hutang luar Negara

Keburukan hutang luar negara
1.    Sumber pinjaman lebih luas
2.    Pengaliran modal dari luar negara dapat membaiki imbangan pembayaran
3. Tidak menjejaskan penciptaan kredit bank perdagangan tempatan
1. Menyebabkan aliran wang keluar negara.
2. Hutang negara dipengaruhi oleh kadar pertukaran asing
3.   Kadar faedah yg dikenakan lebih tinggi














3.      DASAR FISKAL

-     Dasar yg dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengubah perbelanjaan kerajaan (G) dan mengubah cukai (T)


2.1  Dua jenis dasar fiscal

1.      Penstabil automatik
i.        Cukai progresif dan cukai berkadar
ii.      Skim insurans pengangguran
iii.    Dasar harga minimum

2.      Budi bicara
i.        Perubahan perbelanjaan kerajaan sahaja
ii.      Perubahan cukai lump-sum sahaja
iii.    Perubahan perbelanjaan kerajaan dan cukai lump-sum serentak



2.2  Dasar fiskal

1.      Mengurangkan Inflasi Tarikan Permintaan
-          dasar fiskal menguncup (G↓, T↑)
-      apabila kerajaan melaksanakan dasar fiskal menguncup menyebabkan AE↓ dan AD ↓.
-   Pengurangan AD menyebabkan tingkat harga umum ↓ dan akhirnya dpt mengatasi masalah inflasi tarikan permintaan.



Penerangan menggunakan rajah AD – AS



Keseimbangan Keluaran negara asal tercapai pada titik E apabila keluk AD = AS pada harga umum dan Keluaran negara iaitu P dan Y.

Apabila kerajaan melaksanakan dasar fiskal menguncup menyebabkan AE dan AD berkurang . Oleh itu keluk AD beralih ke kiri dr AD ke AD1.

Oleh itu, Keseimbangan Keluaran negara baru tercapai pada titik E1 apabila keluk AD1 = AS pada harga umum dan Keluaran Negara iaitu P1 dan Y1.

Kesan, Kejatuhan harga umum dr P kepada P1 menunjukkan masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.





2.      Mengurangkan Pengangguran Kitaran
-       dasar fiskal mengembang (G↑, T↓)
-     apabila kerajaan melaksanakan dasar fiskal mengembang menyebabkan AE↑ dan AD ↑.
-   Pertambahan AD menyebabkan keluaran Negara benar ↑ dan akhirnya dpt mengatasi masalah pengangguran kitaran.


Penerangan menggunakan rajah AD – AS




Keseimbangan Keluaran negara asal tercapai pada titik E apabila keluk AD = AS pada harga umum dan Keluaran negara iaitu P dan Y.

Apabila kerajaan melaksanakan dasar fiskal mengembang menyebabkan AE dan AD meningkat . Oleh itu keluk AD beralih ke kanan dr AD ke AD1.

Oleh itu, Keseimbangan Keluaran negara baru tercapai pada titik E1 apabila keluk AD1 = AS pada harga umum dan Keluaran Negara iaitu P1 dan Y1.

Kesan, peningkatan keluaran Negara dr Y kepada Y1 menunjukkan masalah pengangguran kitaran dapat diatasi.






4.      DASAR KEWANGAN

-     Dasar yg dilaksanakan oleh kerajaan melalui bank pusat untuk mengubah penawaran wang (MS) dan mengubah kadar bunga (r)




1.      Dasar kewangan kuantitatif
i.      Operasi pasaran terbuka
ii.    Kadar diskaun/ kadar bank
iii.  Nisbah rizab berkanun (wajib) dan nisbah rizab tunai minimum
iv.  Pendanaan semula (funding)

2.      Dasar kewangan kualitatif
i.      Kawalan kredit terpilih
ii.    Pujukan moral



3.2  Dasar kewangan

1.      Mengurangkan inflasi tarikan permintaan
-     dasar kewangan menguncup (Ms↓, r↑)
-     apabila kerajaan melaksanakan dasar kewangan menguncup menyebabkan AD ↓.
-    Pengurangan AD menyebabkan tingkat harga umum ↓ dan akhirnya dpt mengatasi masalah inflasi tarikan permintaan.



Penerangan menggunakan rajah AD – AS




Keseimbangan Keluaran negara asal tercapai pada titik E apabila keluk AD = AS pada harga umum dan Keluaran negara iaitu P dan Y.

Apabila kerajaan melaksanakan dasar kewangan menguncup menyebabkan AD berkurang . Oleh itu keluk AD beralih ke kiri dr AD ke AD1.

Oleh itu, Keseimbangan Keluaran negara baru tercapai pada titik E1 apabila keluk AD1 = AS pada harga umum dan Keluaran Negara iaitu P1 dan Y1.

Kesan, Kejatuhan harga umum dr P kepada P1 menunjukkan masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.




2.      Mengurangkan pengangguran kitaran
-      dasar kewangan mengembang (MS↑, r↓)
-       apabila kerajaan melaksanakan dasar kewangan mengembang menyebabkan AD↑.
-       Pertambahan AD menyebabkan keluaran Negara benar ↑ dan akhirnya dpt mengatasi masalah pengangguran kitaran.



Penerangan menggunakan rajah AD – AS




Keseimbangan Keluaran negara asal tercapai pada titik E apabila keluk AD = AS pada harga umum dan Keluaran negara iaitu P dan Y.

Apabila kerajaan melaksanakan dasar kewangan mengembang menyebabkan AD meningkat . Oleh itu keluk AD beralih ke kanan dr AD ke AD1.

Oleh itu, Keseimbangan Keluaran negara baru tercapai pada titik E1 apabila keluk AD1 = AS pada harga umum dan Keluaran Negara iaitu P1 dan Y1.

Kesan, peningkatan keluaran Negara dr Y kepada Y1 menunjukkan masalah pengangguran kitaran dapat diatasi.


23 comments:

  1. IZINKAN SAYA PINJAM NOTA DENGAN STUDENT SAYA CIKGU

    ReplyDelete
  2. Apa persamaan dasar fiskal dan dasar kewangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasar fiskal dan kewangan adalah dasar sebelah permintaan, ia akan mempengaruhi permintaan agregat. Matlamat yg ingin dicapai adalah sama iaitu memcapai kestabilan eko dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

      Delete
  3. Apa yang isi rumah perlu lakukan untuk mmbngunkan ngra kalau berlakunya belanjawan defisit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi rumah atau kerajaan?
      Semasa belanjawan defisit, kerajaan akan melakukan pinjaman bg membiayai perbelanjaan pembangunan.
      Sumber pinjaman dlm negara serta luar negara

      Delete
  4. Assalamualaikum cikgu,As meningkat meningkat sbb tu Ad naik?? Macam mana meningkatkan penambahan Wang boleh mengatasi masalah pengangguran??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peningkatan MS mybbkn kadar bunga turun, maka pelaburan meningkat seterusnya AEjuga meningkat maka keluaran negara benar meningkat.. Keluarn negara meningkat mengambarkan pengangguran dlm negara dpt dikurangkan.

      Delete
  5. Apa kesan negatif dasar belanjawan kurangan/defisit terhadap ekonomi negara?

    ReplyDelete
  6. apa contoh alat dasar kewangan
    sir

    ReplyDelete
  7. izinkan sy guna nota encik ya

    ReplyDelete
  8. Apa maksud dasar fiskal kurangan dan dasar fiskal lebihan sir?

    ReplyDelete
  9. Minta ilmu ini untuk saya guna

    ReplyDelete
  10. Kalau soalan suruh terangkan bagaimana belanjawan kurangan boleh mengatasi masalah pengangguram. So guna dasar kewangan ka?

    ReplyDelete
  11. cikgu , dasar monetari dengan dasar kewangan tu sama maksud ke ? saya confused sikit cg saya xbgi penerangan yang jelas

    ReplyDelete
  12. cikgu , bagaimana belanjawan lebihan boleh digunakan untuk menyelesaikan ketidakstabilan ekonomi ?

    ReplyDelete
  13. Cikgu,bagaimana belanjawan defisit dapat mengatasi masalah pengangguran?

    ReplyDelete
  14. Terima kasih di atas perkongsian cikgu.

    ReplyDelete