Thursday 29 November 2018

Penghitungan pendapatan Negara mengikut kaedah pendapatan



-        Pendapatan negara dihitung dgn menjumlahkan semua pendapatan faktor pengeluaran di sesebuah negara.

-     hanya mengambil kira pendapatan faktor yang produktif sahaja

-        Pendapatan negara yg diperolehi ialah KNB kf.

-        KNB kf = S + U + B + U + PPP


Bil
Pendapatan faktor
Penerangan
1
Sewa (S)
Pendapatan pemilik tanah dan aset tetap lain seperti kilang

2
Upah dan gaji (U)
Pendapatan buruh kerana menyumbang tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran

3
Bunga bersih (B)
Pendapatan yg diterima oleh pemilik modal.
Bunga bersih = bunga kasar – bunga atas pinjaman pengguna – bunga atas pinjaman kerajaan

4
Keuntungan syarikat (U)
Jum. keuntungan yg diperolehi oleh syarikat atau usahawan.
Keuntungan syarikat =  untung yg diagihkan (dividen) + untung tidak diagihkan (modal tertahan) + cukai keuntungan syarikat.

5
Pendapatan perusahaan persendirian (PPP)
Pendapatan yg diperoleh pemilik perusahaan persendirian seperti pemilik restoran, penjaja dan peruncit.



Contoh :


Bil
Butiran / Sektor Ekonomi
RM
RM
1.
Sewa 
1 000
2.
Upah dan gaji
2 000
3.
Bunga bersih
         Bunga kasar
    (-) Bunga atas pinjaman kerajaan
    (-) Bunga atas pinjaman pengguna

1 500
   600
   400
   500
4.
Keuntungan syarikat
  (+) Untung dibahagikan (Dividen)
  (+) Untung tidak dibahagikan (Modal tertahan)
  (+) Cukai keuntungan syarikat 
 
 600
   700
   200
1 500
5.
Pendapatan perusahaan persendirian
1 000
Pendapatan Negara (KNB kf)
6 000






Saturday 24 November 2018

Penghitungan pendapatan Negara mengikut kaedah keluaran



-        Pendapatan negara dihitung dgn menjumlahkan semua nilai ditambah yang dikeluarkan pada setiap peringkat pengeluaran
-        dikenali juga sebagai kaedah nilai ditambah
-        pendapatan Negara yang diperolehi ialah KDNK hp
-        KDNK hp = S1 + S2 + S3 – bayaran perkhidmatan bank + cukai import

-        Nilai ditambah ialah peningkatan/pertambahan nilai keluaran selepas melalui pelbagai proses pengeluaran.
         Nilai ditambah = Nilai jualan barang (nilai keluaran)  – Nilai belian input (kos input)


A.      Pengiraan nilai ditambah (Tiada barang import)


Bil
Aktiviti
Sektor
Nilai keluaran (RM juta)
Kos input (RM juta)
Nilai ditambah (RM juta)
1
Penanaman kapas
Utama
100
0
100
2
Pengeluaran benang
Kedua
150
100
50
3
Pengeluaran kain
Kedua
240
150
90
4
Jualan baju
Ketiga
350
240
110

Jumlah
350

·         Kapas, benang dan kain adalah merupakan barang perantaraan
·         Baju adalah merupakan barang akhir.
·         Penanaman kapas merupakan sektor utama, nilai ditambah menanam kapas ialah RM100 juta.
·         Pengeluaran benang dan kain merupakan sektor kedua.
·         Nilai ditambah Sektor kedua ialah RM 140 juta.
·         Dimana nilai ditambah pengeluaran benang ialah RM50 juta manakala pengeluaran kain ialah RM90 juta.
·         Jualan baju merupakan sektor ketiga.
·         Nilai ditambah jualan baju ialah RM110 juta.
·         Jumlah nilai ditambah keluaran baju ialah RM350
·         Disebabkan tiada barang import maka nilai ditambah sama dengan nilai barang akhir iaitu RM350 juta.



B.      Pengiraan nilai ditambah (ada barang import)


Bil
Aktiviti
Sektor
Nilai keluaran (RM juta)
Kos input (RM juta)
Nilai ditambah (RM juta)
1
Kapas             (brg import)
Utama
100
100
0
2
Pengeluaran benang
Kedua
150
100
50
3
Pengeluaran kain
Kedua
240
150
90
4
Jualan baju
Ketiga
350
240
110

Jumlah
250
            
   







·         Kapas, benang dan kain adalah merupakan barang perantaraan
·         Baju adalah merupakan barang akhir.
·         Kapas merupakan barang import, nilai ditambah kapas ialah 0
·         Pengeluaran benang dan kain merupakan sektor kedua.
·         Nilai ditambah Sektor kedua ialah RM 140 juta
·         Dimana nilai ditambah pengeluaran benang ialah RM50 juta  manakala kain ialah RM90 juta
·         Jualan baju merupakan sektor ketiga.
·         Nilai ditambah jualan baju ialah RM110 juta
·         Jumlah nilai ditambah keluaran baju ialah RM250
·         Disebabkan wujud barang import maka nilai ditambah tidak sama dengan nilai barang akhir


-          Mengikut kaedah keluaran, sektor ekonomi dibahagikan kpd

Bil
Sektor
Butiran
1
Utama
Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan dan kuari.

2
Kedua
Sektor perkilangan, pembuatan dan pembinaan

3
ketiga
Sektor perkhidmatan seperti eletrik, pengangkutan
Sektor perdagangan,pemborongan dan peruncitan



        Penghitungan pendapatan negara

Bil
Pendapatan negara
Butiran
1
KDNK hp
S1 + S2 + S3 – bayaran perkhidmatan bank + cukai import
2
KNK hp
KDNK hp + PFBLN
3
KNK kf
KNK hp – CTL + Sb
4
KNB kf
KNK kf – Sn



Contoh:

Jadual di bawah menunjukkan nilai keluaran bagi mengikut sektor ekonomi bagi sebuah negara pada tahun 2017.

Butiran
RM juta
Pertanian (S1)
Pembuatan  (S2)
Pembinaan (S2)
Perlombongan (S1)
Perkhidmatan (S3)
Pendapatan faktor bersih luar negara
Bayaran perkhidmatan bank
Cukai import
Cukai tak langsung
Subsidi
Susut nilai
5 000
4 000
6 000
8 000
10 000
-2 000
6 000
1 000
7 000
5 000
5 000

Hitung:

1.      Keluaran Dalam Negara Kasar pada harga pasaran

KDNK hp = S1 + S2 + S3 – bayaran perkhidmatan bank + cukai import
                 = (5 000 + 8 000) + (4 000 + 6 000) + 10 000 – 6 000 + 1 000
                 = 13 000 + 10 000 + 10 000 – 6 000 + 1 000
                 = RM 28 000 juta


2.      Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran

KNK hp = KDNK hp + PFBLN
              = 28 000 + (-2 000)
              = RM 26 000 juta


3.      Keluaran Negara Kasar pada kos faktor

KNK kf = KNK hp – CTL + Sb
             = 26 000 – 7 000 + 5 000
             = RM 24 000 juta


4.      Keluaran Negara Bersih pada kos faktor

KNB kf = KNK kf – Sn
             = 24 000 – 5 000
             = RM 19 000 juta