Wednesday 24 April 2019

KENYATAAN MEDIA : KEMASUKAN PELAJAR KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DITAMBAH



Dr Maslee Malik


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangkitkan isu berkaitan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi KPM di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 April 2019 (Rabu). Usaha ini dilaksanakan bagi memastikan pelajar-pelajar cemerlang terus mendapat peluang terbaik bagi melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Susulan daripada itu, Jemaah Menteri bersetuju untuk menambah bilangan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada 40 ribu tempat, berbanding 25 ribu sebelum ini.

Kerajaan Pakatan Harapan melihat wujud keperluan utama untuk menambah bilangan pelajar dalam bidang sains dan kapasiti yang ada pada Program Matrikulasi wajar dimaksimumkan untuk tujuan ini. Keputusan ini juga dilihat sebagai kaedah terbaik dalam memastikan Program Matrikulasi KPM dapat memberikan peluang pendidikan kepada semua kaum.

Selain itu, Jemaah Menteri juga memutuskan kuota 90 peratus untuk pelajar Bumiputera dan 10 peratus untuk pelajar bukan Bumiputera turut dikekalkan, selaras dengan visi asal Program Matrikulasi KPM bagi menggalakkan pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains.

Berkaitan dengan kos berikutan pertambahan jumlah pelajar ini, KPM akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dalam masa terdekat bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik. Jemaah Menteri juga telah meminta KPM untuk menilai pendekatan strategik yang bersesuaian termasuk menggunakan premis dan kepakaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi menampung pertambahan yang diputuskan ini.

DR MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
24 APRIL 2019

Tuesday 23 April 2019

TAHNIAH & SYABAS






KALENDAR AKADEMIK PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2019/2020




KALENDAR AKADEMIK SESI 2019/2020
PROGRAM MATRIKULASI SISTEM DUA SEMESTER & PROGRAM MATRIKULASI SISTEM EMPAT SEMESTER KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEMESTER I/ III
AKTIVITI
BILANGAN
MINGGU/ HARI
TARIKH
KUMPULAN
Pendaftaran Pelajar
2 hari
11/5/19 – 12/5/19
A
12/5/19 – 13/5/19
B
Minggu Asimilasi
4 hari
13/5/19 – 16/5/19
A
14/5/19 – 17/5/19
B
Kuliah
2 minggu
19/5/19 – 1/6/19
A
20/5/19 – 2/6/19
B
Cuti Pertengahan Semester 1
1 minggu
2/6/19 – 8/6/19
A
3/6/19 – 9/6/19
B
Kuliah
9 minggu
9/6/19 – 8/8/19
A
10/6/19 – 9/8/19
B
Cuti Pertengahan Semester 2
1 minggu
9/8/19 – 17/8/19
A
10/8/19 – 18/8/19
B
Kuliah
7 minggu
18/8/19 – 5/10/19
A
19/8/19 – 6/10/19
B
Minggu Ulangkaji
1 minggu
6/10/19 – 12/10/19
A
7/10/19 – 13/10/19
B
Peperiksaan Akhir
5 hari
14/10/19 – 17/10/19 &  21/10/19
A
B
Cuti Akhir Semester
12 hari
22/10/19 – 2/11/19
A
13 hari
22/10/19 – 3/11/19
B
SEMESTER II/ IV
AKTIVITI
BILANGAN
MINGGU/ HARI
TARIKH
KUMPULAN
Kuliah
7 minggu
3/11/19 – 21/12/19
A
4/11/19 – 22/12/19
B
Cuti Pertengahan Semester
2 minggu
22/12/19 – 4/1/20
A
23/12/19 – 5/1/20
B
Kuliah
11 minggu
5/1/20 – 21/3/20
A
6/1/20 – 22/3/20
B
Minggu Ulangkaji
1 minggu
22/3/20 – 28/3/20
A
23/3/20 – 29/3/20
B
Peperiksaan Akhir
5 hari
30/3/20 – 2/4/20 & 6/4/20
A
B
TAMAT PROGRAM


KUMPULAN A: Bagi kolej di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.
KUMPULAN B: Bagi kolej di semua negeri kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.
Kalendar ini adalah tertakluk kepada perubahan dan keputusan dari semasa ke semasa.

                                                                                                                   KPM.600-4/1/3 JLD2 (28)