Bab 6 : Struktur Pasaran

Bil
Topik /sub topik
Penerangan

6.0
Pengenalan Kepada Struktur Pasaran
1.    Pasaran Persaingan Sempurna (PPS)
-       Satu bentuk pasaran yang mempunyai ramai penjual dan pembeli serta menjalankan urus niaga keatas barang yang bersifat homogen

2.    Pasaran persaingan tak sempurna
i.    Pasaran Monopoli (PM)
-       Satu bentuk pasaran yang mengandungi satu firma sahaja yang mengeluarkan keluaran yang tidak mempunyai pengganti yang hampir

ii.  Pasaran Bermonopoli (PB)
-       Satu bentuk pasaran yang mengandungi banyak firma yang mengeluarkan barang yang berbeza corak tetapi merupakan pengganti antara satu sama lain


Konsep hasil dalam struktur pasaran
1.    Jumlah hasil (TR)
-       Jumlah hasil yang diperoleh dari kuantiti keluaran yang dijual.
-       TR = AR x Q
-       TR = P x Q

2.    Hasil purata (AR)
-       Hasil seunit bagi sesuatu keluaran yang dijual
-       AR = TR / Q

3.    Hasil sut (MR)
-       Perubahan jumlah hasil kesan daripada tambahan seunit keluaran yang dijual

6.1
Pasaran persaingan sempurna
Ciri- ciri PPS
1.    Bilangan penjual dan pembeli ramai (berbanding PB)
2.    Barang homogen ( mempunyai pengganti yang sempurna)
3.    Firma mempunyai kebebasan keluar masuk pasaran (tiada sekatan)
4.    Harga barang ditentukan oleh pasaran
5.    Tidak melakukan persaingan bukan harga
6.    Pembeli dan penjual mempunyai pengetahuan sempurna tentang pasaran




Keseimbangan firma PPS jangka pendek



-       Keseimbangan firma PPS tercapai pada titik E apabila MR=MC
-       Pada tingkat keseimbangan, firma PPS akan mengeluarkan barang sebanyak Q pada harga P.
-       Firma akan memperolehi keuntungan maksimum sama ada
i.                Untung lebih normal
ii.               Untung normal
iii.              Untung kurang normal




Keuntungan firma PPS jangka pendek

1.    Untung lebih normal (TR>TC) @ (P>AC)



-       Keseimbangan firma PPS tercapai pada titik E apabila MR=MC pada tingkat harga dan output iaitu P dan Q.
-       Jumlah hasil (TR) ialah PEQ0
-       Jumlah kos (TC) ialah CaQ0
-       Disebabkan TR>TC maka firma menikmati untung lebih normal sebesar PEaC






2.    Untung normal (TR=TC) @ (P=AC)





-       Keseimbangan firma PPS tercapai pada titik E apabila MR=MC pada tingkat harga dan output iaitu P dan Q.
-       Jumlah hasil (TR) ialah PEQ0
-       Jumlah kos (TC) ialah PEQ0
-       Disebabkan TR=TC maka firma menikmati untung normal





3.    Untung kurang normal (TR<TC) @ (P<AC)




-       Keseimbangan firma PPS tercapai pada titik E apabila MR=MC pada tingkat harga dan output iaitu P dan Q.
-       Jumlah hasil (TR) ialah PEQ0
-       Jumlah kos (TC) ialah CaQ0
-       Disebabkan TR<TC maka firma menanggung untung kurang normal sebesar CaEP




Menentukan titik penutupan operasi

Apabila firma PPS menanggung untung kurang normal iaitu TR<TC atau P<AC,

1.    Meneruskan operasi (TR>VC @ P>AVC)



-       Firma menanggung untung kurang normal sebesar CaEP kerana TR<TC
-       Disebabkan TR>VC, firma perlu meneruskan operasi kerana jumlah hasil dapat menampung semua kos berubah dan sebahagian kos tetap
-    Menangung kerugian lebih kecil iaitu sebesar CaEP (sebahagian kos tetap)
-       Jika firma menutup operasi firma akan menanggung kerugian lebih besar iaitu CabC1 (semua kos tetap)





2.    Titik penutupan operasi (TR=VC @ P=AVC)




-       Firma menanggung untung kurang normal sebesar CaEP kerana TR<TC
-       Disebabkan TR=VC, firma boleh membuat pilihan sama ada meneruskan atau menutup operasi kerana jumlah hasil hanya dapat menampung semua kos berubah sahaja.
-    Kerugian sebesar CaEP merujuk kpd kos tetap.
-       Walau bagaimanapun firma akan meneruskan operasi demi menjaga nama baik firma.

                                                                       



3.    Menutup operasi (TR<VC @ P<AVC)




-       Firma menanggung untung kurang normal sebesar CaEP kerana TR<TC
-       Disebabkan TR<VC, firma perlu menutup operasi kerana jumlah hasil hanya dapat menampung sebahagian kos berubah sahaja.
-    Kerugian sebesar CaEP merangkumi kos tetap (CabC1) dan sebahagian kos berubah (C1bEP).
-       Sekiranya firma menutup operasi firma akan menanggung kerugian yg lebih kecil iaitu menanggung kos tetap sahaja.




Menerbitkan keluk penawaran



-       Pada P, keseimbangan firma tercapai pada titik E apabila MR=MC, firma mengeluarkan output sebanyak Q dan menanggung untung kurang normal.(meneruskan operasi kerana (TR=VC)
-       Pada P1, keseimbangan firma tercapai pada titik E1 apabila MR1=MC, firma mengeluarkan output sebanyak Q1 dan menanggung untung kurang normal. (TR<TC)
-       Pada P2, keseimbangan firma tercapai pada titik E2 apabila MR2=MC, firma mengeluarkan output sebanyak Q2 dan menikmati untung normal.(TR=TC)
-       Pada P3, keseimbangan firma tercapai pada titik E3 apabila MR3=MC, firma mengeluarkan output sebanyak Q3 dan menikmati untung lebih normal.(TR>TC)
-       Oleh itu apabila titik E,E1,E2 dan E3 disambung maka terbitlah keluk penawaran yang mencerun keatas dr kiri ke kanan.
-       Dimana keluk SS merujuk kpd keluk MC yang bermula pada AVC minimum.



Keseimbangan firma PPS jangka panjang
Firma PPS dalam jangka panjang memperolehi untung normal (TR=TC)




-       Dalam jangka panjang, Keseimbangan firma PPS tercapai pada titik E apabila MR=LMC pada tingkat harga dan output iaitu P dan Q.
-       Jumlah hasil (TR) ialah PEQO
-       Jumlah kos (TC) ialah PEQO
-       Disebabkan TR=TC maka firma menikmati untung normal


6.2
Pasaran Monopoli (PM)   
Ciri- ciri PM
      1.    Hanya wujud satu firma sahaja (ia juga merupakan industri)
      2.    Barang tiada pengganti ( tidak mempunyai pengganti yang hampir)
      3.    tiada kebebasan keluar masuk pasaran (wujud sekatan)
      4.    mempunyai kuasa menentukan harga barang
      5.    tidak melakukan persaingan bukan harga




Faktor kewujudan monopoli
1.    perlindungan undang-undang
2.    keperluan saiz modal yang besar
3.    keupayaan teknologi
4.    pemilikan sumber
5.    penggabungan firma



Keseimbangan firma PM jangka pendek



-       Keseimbangan firma PM tercapai pada titik E apabila MR=MC
-       Pada tingkat keseimbangan, firma PM akan mengeluarkan output sebanyak Q pada harga P.
-       Firma akan memperolehi keuntungan maksimum sama ada
i.               Untung lebih normal
ii.               Untung normal
iii.              Untung kurang normal



Keuntungan firma PM jangka pendek

1.    Untung lebih normal (TR>TC)


-       Keseimbangan firma PM tercapai pada titik E apabila MR=MC pada tingkat harga dan output iaitu P dan Q.
-       Jumlah hasil (TR) ialah PaQ0
-       Jumlah kos (TC) ialah CbQ0
-       Disebabkan TR>TC maka firma menikmati untung lebih normal sebesar PabC





2.    Untung normal (TR=TC)


-       Keseimbangan firma PM tercapai pada titik E apabila MR=MC pada tingkat harga dan output iaitu P dan Q.
-       Jumlah hasil (TR) ialah PaQ0
-       Jumlah kos (TC) ialah PaQ0
-       Disebabkan TR=TC maka firma menikmati untung normal





3.    Untung kurang normal (TR<TC)


-       Keseimbangan firma PM tercapai pada titik E apabila MR=MC pada tingkat harga dan output iaitu P dan Q.
-       Jumlah hasil (TR) ialah PaQ0
-       Jumlah kos (TC) ialah CbQ0
-       Disebabkan TR<TC maka firma menikmati untung kurang normal sebesar CbaP




Keseimbangan firma PM jangka panjang

Firma PM dalam jangka panjang memperolehi untung lebih normal (TR>TC)


-       Dalam jangka panjang, Keseimbangan firma PM tercapai pada titik E apabila MR=LMC pada tingkat harga dan output iaitu P dan Q.
-       Jumlah hasil (TR) ialah PaQO
-       Jumlah kos (TC) ialah CbQO
-       Disebabkan TR>TC maka firma menikmati untung lebih normal sebesar PabC




Perbandingan PPS dengan PM jangka panjang


1.    Harga
-       Harga PPS ialah Ps manakala harga PM ialah Pm
-       Dimana Ps<Pm

2.    Output
-       Output PPS ialah Qs manakala output PM ialah Qm
-       Dimana Qs>Qm

3.    Keuntungan
-       PPS menikmati untung normal (TR=TC)
-       PM menikmati untung lebih normal (TR>TC) iaitu sebesar PmabC

4.    Kecekapan pengeluaran
-       PPS mencapai kecekapan pengeluaran kerana beroperasi pada AC minimum  iaitu pada titik Es.
-       PM tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana beroperasi pada AC sedang menurun iaitu pada titik b

5.    Kecekapan peruntukan sumber
-       PPS mencapai kecekapan peruntukan sumber kerana harga yang ditetapkan sama dengan kos sut (Ps=MC)
-       PM tidak mencapai kecekapan peruntukan sumber kerana harga yang ditetapkan lebih tinggi drp kos sut (Pm>MC)




Dasar Kawalan Monopoli

-       Bertujuan untuk meningkatkan kebajikan pengguna


-       Harga yang ditetapkan oleh firma monopoli ialah pada titik a iaitu P dan output yang dikeluarkan ialah Q.
-       Harga yg ditetapkan tinggi dan membebankan pengguna manakala output yg dikeluarkan sedikit.
-       Hal ini menjejaskan kebajikan pengguna.

-       Oleh itu, Kerajaan akan campur tangan dan menetapkan:
1.    Harga Optimum Sosial (P=MC)
-       Harga yang ditetapkan pada titik b iaitu P1, maka harga turun dr P kepada P1
-       Output meningkat dari Q kepada Q1
-       Disebabkan TR>TC, Firma menikmati untung lebih normal sebesar P1bfC

2.    Harga Pulangan Adil (P=AC)
-       Harga yang ditetapkan pada titik d iaitu P2, maka harga turun dr P kepada P2
-       Output meningkat dari Q kepada Q2
-       Disebabkan TR=TC, Firma menikmati untung normal


6.3
Pasaran Bermonopoli (PB)
Ciri- ciri PB
1.    Bilangan firma yang relatif banyak tetapi kurang drp PPS
2.    Barang boleh dibezakan (mempunyai pengganti hampir)
           3.    Wujud kebebasan keluar masuk pasaran
           4.    Mempunyai sedikit kuasa menentukan harga barang
           5.    Melakukan persaingan bukan harga




Keseimbangan firma PB jangka pendek



-       Keseimbangan firma PB tercapai pada titik E apabila MR=MC
-       Pada tingkat keseimbangan firma PB akan mengeluarkan output sebanyak Q pada harga P.
-       Firma akan memperolehi keuntungan maksimum sama ada
i.               Untung lebih normal
ii.               Untung normal
iii.              Untung kurang normal



Keuntungan firma PB jangka pendek

1.    Untung lebih normal (TR>TC)


-       Keseimbangan firma PB tercapai pada titik E apabila MR=MC pada tingkat harga dan output iaitu P dan Q.
-       Jumlah hasil (TR) ialah PaQ0
-       Jumlah kos (TC) ialah CbQ0
-       Disebabkan TR>TC maka firma menikmati untung lebih normal sebesar PabC





2.    Untung normal (TR=TC)


-       Keseimbangan firma PB tercapai pada titik E apabila MR=MC pada tingkat harga dan output iaitu P dan Q.
-       Jumlah hasil (TR) ialah PaQ0
-       Jumlah kos (TC) ialah PaQ0
-       Disebabkan TR=TC maka firma menikmati untung normal





3.    Untung kurang normal (TR<TC)


-       Keseimbangan firma PM tercapai pada titik E apabila MR=MC pada tingkat harga dan output iaitu P dan Q.
-       Jumlah hasil (TR) ialah PaQ0
-       Jumlah kos (TC) ialah CbQ0
-       Disebabkan TR<TC maka firma menanggung untung kurang normal sebesar CbaP



Keseimbangan firma jangka panjang

Firma PB dalam jangka panjang memperolehi untung normal (TR=TC)


-       Dalam jangka panjang, Keseimbangan firma PB tercapai pada titik E apabila MR= LMC pada tingkat harga dan output iaitu P dan Q.
-       Jumlah hasil (TR) ialah PaQO
-       Jumlah kos (TC) ialah PaQO
-       Disebabkan TR=TC maka firma menikmati untung normal




Perbandingan PPS dengan PB jangka panjang


1.    Harga
-       Harga PPS ialah Ps manakala harga PB ialah Pb
-       Dimana Ps<Pb

2.    Output
-       Output PPS ialah Qs manakala output PB ialah Qb
-       Dimana Qs>Qb

3.    Keuntungan
-       PPS menikmati untung normal (TR=TC)
-       PB menikmati untung normal (TR=TC)

4.    Kecekapan pengeluaran
-       PPS mencapai kecekapan pengeluaran kerana beroperasi pada AC minimum  iaitu pada titik Es.
-       PB tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana beroperasi pada AC sedang menurun iaitu pada titik a

5.    Kecekapan peruntukan sumber
-       PPS mencapai kecekapan peruntukan sumber kerana harga yang ditetapkan sama dengan kos sut (Ps=MC)
-       PB tidak mencapai kecekapan peruntukan sumber kerana harga yang ditetapkan lebih tinggi drp kos sut (Pb>MC)



Persaingan bukan harga

Persaingan dalam kalangan pengeluar untuk melariskan jualan dan meluaskan pasaran melalui:

1.   Pengiklanan
    - dalam media massa dan elektronik

2.   Galakan jualan
    - dalam bentuk tawaran istimewa, demonstrasi, pemberian sampel percuma

3.   Perkhidmatan selepas jualan
    - jaminan, penghantaran

4.   Penjenamaan
    - dengan meletakkan jenama pada suatu produk dikeluarkan dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pembeli 

5.   Pembungkusan
    - yang menarik dapat menarik perhatian pengguna


21 comments:

  1. sir, very goooodddddddd.......

    ReplyDelete
  2. terima kasih.. semoga dapat membantu

    ReplyDelete
  3. tq sir,sangat mudah di fahami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama fadzli, semoga dapat membantu.

      Delete
  4. terima kasih mohon saya kongsi dengan anak2 didik saya ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Dipersilakan, semoga dapat membantu👌

      Delete
  5. Nota ni bukan untuk Ekonomi Asas kan?

    ReplyDelete
  6. Assalam sir, lagi 5 hari pspm and alhamdulillah baru siap revise balik eko dgn nota blog ni, senang nak faham! Tqsm 😁
    Ps : sebenarnya saya budak kmp hahahah

    ReplyDelete
  7. THANKS A LOT SIR..NOTA NI SANGAT MEMBANTU

    ReplyDelete
  8. Sir, thank you, saya share dgn rakan2, harap dipermudahkan segala urusan sir

    ReplyDelete
  9. Thank you sir :)

    ReplyDelete
  10. Ty sir,last minute study pun sng nak fhm

    ReplyDelete
  11. a very good day sir,notes are very helpful,may god bless you sir.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih sir ... Sangat membantu utk menghadapi PSPM

    ReplyDelete
  13. maaf nak tanya, kalau oligopoli dlm jangka masa panjang, dpt untung lbh normal jgk ke ?

    ReplyDelete
  14. sir,macam mana nak brhubung dgn sir untuk mnanykn bbrpa soaln

    ReplyDelete
  15. Thanks sir 👍🏻

    ReplyDelete
  16. Terima kasih sir…saya selalu guna nota sir….mudah difahami…

    ReplyDelete
  17. thanks sir senang nak faham. doakan saya ye, pspm lagi 2 hari insyaAllah saya doakan jugak semua boleh buat
    budak kmp here🤌🏻

    ReplyDelete