Bab 7 : Ekonomi Antarabangsa



7.1

Perdagangan Antarabangsa

Aktiviti urus niaga yang melibatkan eksport dan import barang dan perkhidmatan antara sebuah Negara dengan Negara lain.



1.      Sebab wujudnya PAB

1.      Perbezaan anugerah faktor
-          dr segi jenis, kuantiti dan kualiti seperti tanah, buruh dan modal
-          menentukan jenis keluaran

2.      Perbezaan teknologi
-          tingkat teknologi yg tinggi dpt mengeluarkan keluaran yg lebih banyak dan bermutu.
-          Tingkat teknologi rendah akan mengimport

3.      Perbezaan kemahiran buruh
-          mempengaruhi corak kegiatan ekonomi dan jenis keluaran

4.      Perbezaan iklim
-          mempengaruhi jenis keluaran yg dikeluarkan



2.      Faedah PAB

1.      Mendapat barang dari negara lain
-         dpt menikmati brg yg tidak dikeluarkan dlm negara
2.      Mempelbagaikan barangan dan meluaskan pasaran
-          Keluaran tempatan dpt dijual di pasaran luar negara
-          dpt meningkatkan keluaran dan mempelbagaikan keluaran yg berorentasikan eksport

3.      Perpindahan teknologi
-          Negara membangun dpt menggunakan teknologi moden

4.      Kebaikan pengkhususan
-         Pengeluaran dpt dilakukan secara besaran dan menikmati ekonomi bidangan.




Faedah yang diperoleh oleh sesebuah Negara yang mengkhususkan dalam pengeluaran sesuatu barang kerana mempunyai harga relatif lebih murah / kos lepas lebih rendah berbanding Negara lain.



i)      Andaian faedah berbanding

1.      Terdapat 2 negara sahaja yang berdagang
2.      Terdapat 2 barang sahaja
3.      Selepas pengkhususan, setiap negara hanya mengeluarkan satu barang sahaja
4.      Mencapai guna tenaga penuh
5.      Tiada sekatan dan kos pengangkutan



ii)   Penentuan faedah berbanding

1.      Sebelum perdagangan antarabangsa
2.      Menentukan pengkhususan
3.      Pengkhususan
4.      Selepas perdagangan antarabangsa
5.      Untung/ laba



4.      Kadar syarat perdagangan

Satu ukuran berapa jumlah nilai import yang diperolehi daripada jumlah nilai eksport.

   KSP = Nilai eksport   x  100
              Nilai import



5.      Dasar perlindungan PAB

Dasar untuk melindungi kepentingan ekonomi sesebuah negara.
Dasar untuk melindungi industri tempatan supaya keluaran industri tempatan dapat bersaing dengan keluaran dari negara asing.



i)    Sebab mengamalkan dasar perlindungan

1.      Melindungi industri strategik
-          Mengurangkan persaingan melalui sekatan import
-          Memastikan bekalan sentiasa mencukupi

2.      Melindungi industri muda
-          Belum setanding dari segi kualiti dan harga berbanding barang import

3.      Membaiki imbangan pembayaran
-          Imbangan pembayaran kurangan
-          melalui sekatan import dan galakan eksport.

4.      Mencegah lambakan
-          Keluaran negara asing dijual pada harga yg rendah di pasaran tempatan
-          melalui dasar perlindungan seperti tarif import

5.      Mengurangkan pergantungan kepada negara asing
-          menjamin kestabilan ekonomi tanpa dipengaruhi oleh keadaan ekonomi negara asing.



ii)  Jenis perlindungan

1.      Tarif
-          Spesifik
-          Ad – valorem

2.      Bukan Tarif
-          Kuota
-          Embargo
-          Kawalan pertukaran asing
-          Subsidi eksport





       1.      Kesan tarif
 




      Perdagangan antarabangsa sebelum cukai (SL)

-          Harga dan kuantiti diminta ialah P dan Q3
-          Jumlah perbelanjaan pengguna ialah PQ3
-          Kuantiti yang ditawarkan oleh firma tempatan ialah Q
-          Perbelanjaan terhadap barang tempatan ialah PQ
-          Kuantiti yang diimport ialah QQ3
-          Perbelanjaan terhadap barang import ialah P(QQ3)

      Perdagangan antarabangsa selepas cukai (ST)

-          Cukai import seunit ialah PP1
-          Harga meningkat dari P ke P1, Kuantiti diminta turun dari Q3 kepada Q2
-          Jumlah perbelanjaan pengguna turun dari PQ3 kepada P1Q2
-          Kuantiti yang ditawarkan oleh firma tempatan meningkat dari Q kepada Q1
-          Perbelanjaan terhadap barang tempatan meningkat dari PQ kepada P1Q1
-          Kuantiti yang diimport berkurang dari QQ3 kepada Q1Q2
-          Perbelanjaan terhadap barang import berkurang dari P(QQ3) kepada P1(Q1Q2)
-      Kerajaan memperolehi hasil cukai import sebanyak PP1(Q1Q2)





       2.      Kesan Kouta
 




      Perdagangan antarabangsa sebelum kouta (SL)

-          Harga dan kuantiti diminta ialah P dan Q3
-          Jumlah perbelanjaan pengguna ialah PQ3
-          Kuantiti yang ditawarkan oleh firma tempatan ialah Q
-          Perbelanjaan terhadap barang tempatan ialah PQ
-          Kuantiti yang diimport ialah QQ3
-          Perbelanjaan terhadap barang import ialah P(QQ3)

      Perdagangan antarabangsa selepas kouta (SK)

-          Kerajaan menetapkan kouta import sebanyak Q1Q2
-          Harga meningkat dari P ke P1, Kuantiti diminta turun dari Q3 kepada Q2
-          Jumlah perbelanjaan pengguna turun dari PQ3 kepada P1Q2
-          Kuantiti yang ditawarkan oleh firma tempatan meningkat dari Q kepada Q1
-          Perbelanjaan terhadap barang tempatan meningkat dari PQ kepada P1Q1
-          Kuantiti yang diimport berkurang dari QQ3 kepada Q1Q2
-          Perbelanjaan terhadap barang import berkurang dari P(QQ3) kepada P1(Q1Q2)






iii)  Kesan negatif perlindungan

1.      Ketakcekapan dalam jangka panjang
2.      Meningkatkan kos barangan
3.      Mengurangkan daya saing di peringkat antarabangsa


7.2


Satu penyata kewangan yg menunjukkan nilai urus niaga dan aliran wang yg dilakukan antara sebuah negara dgn negara lain dlm tempoh satu tahun.



1.    Jenis akaun imbangan pembayaran

1.      Akaun semasa
-          Akaun barangan dan perkhidmatan, akaun pendapatan dan akaun pindahan semasa

2.      Akaun modal dan kewangan
-          Pindahan modal dan aset bukan kewangan bukan pengeluaran
-          Pelaburan langsung, pelaburan portfolio, pelaburan lain dan derivatif kewangan

3.      Akaun imbangan keseluruhan
-          Akaun semasa
-          Akaun modal dan kewangan
-          Kesilapan dan ketinggalan



2.    Langkah membaiki imbangan barangan dan perkhidmatan

1.      Meningkatkan eksport barangan dan mengurangkan import melalui
-          Subsidi eksport
-          Cukai import
-          Devaluasi
-          Kawalan pertukaran asing

2.      Membaiki imbangan perkhidmatan melalui
-          Galakan perlancongan dalam negeri
-          Meluaskan perkhidmatan tambang dan insurans tempatan
-          Membaiki perkhidmatan – perkhidmatan lain seperti perubatan, pendidikan dan persidangan


7.3

Kadar Pertukaran Asing

Nilai atau harga mata wang sesebuah Negara di nilai dalam nilai mata wang Negara lain.
  Cth: USD1 = RM4.10



1.    Penentu permintaan mata wang asing

1.      Import barang dari negara asing
2.      Melancong ke negara asing
3.      Membuat pelaburan langsung ke negara asing
4.      Membeli aset kewangan seperti saham, bon dan sekuriti kerajaan asing
5.      Jangkaan kejatuhan nilai mata wang tempatan



2.    Penentu penawaran mata wang asing

1.      Penduduk asing membeli barang tempatan
2.      Kemasukan pelancong asing ke dalam negara
3.      Kemasukan pelaburan asing ke dalam negara
4.      Pembelian aset kewangan seperti saham, bon dan sekuriti kerajaan oleh warga asing
5.      Jangkaan kenaikan nilai mata wang tempatan



3.    Penentuan kadar pertukaran asing

1.      Sistem kadar pertukaran boleh ubah (fleksibel/pasaran bebas)
2.      Sistem kadar pertukaran tetap ( campur tangan kerajaan)






Kadar pertukaran asing ditentukan oleh perubahan permintaan dan penawaran mata wang asing di pasaran mata wang asing.

Sekiranya:

      1.      DD mata wang asing > SS mata wang asing maka RM mengalami susut nilai / turun nilai
      2.      SS mata wang asing > DD mata wang asing maka RM mengalami naik nilai




Kadar pertukaran asing ditetapkan oleh kerajaan sama ada lebih tinggi atau lebih rendah drp kadar pertukaran di pasaran mata wang asing.

Sekiranya:

      1.      Kerajaan menetapkan kadar pertukaran lebih tinggi daripada kadar pertukaran pasaran menyebabkan RM terkurang nilai

      2.      Kerajaan menetapkan kadar pertukaran lebih rendah daripada kadar pertukaran pasaran menyebabkan RM terlebih nilai




4.     Kesan perubahan kadar pertukaran

1.    RM terlebih nilai
-          Harga eksport naik, maka eksport berkurang
-          Harga import turun, maka import meningkat
-          Memburukkan imbangan dagangan
-          Memburukkan imbangan pembayaran

2.    RM terkurang nilai
-          Harga eksport turun, maka eksport meningkat
-          Harga import naik, maka import berkurang
-          Memperbaiki imbangan dagangan
-          Memperbaiki imbangan pembayaran




3 comments:

  1. minta izin share dengan rakan dan student

    ReplyDelete
  2. terima kasih,izinkan saya gunakan makumaat ini dalam kerja kursus ekonomo saya

    ReplyDelete