Wednesday 28 March 2018

HURAIAN TEMA HARI GURU 2018

  
“ GURU PEMACU TRANFORMASI PENDIDIKAN ”

 DEFINISI
1. GURU: Guru merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid.
2. PEMACU: Penggerak yang menggerakkan sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan dalam memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran.
3. TRANSFORMASI: Membawa maksud melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku, pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna.
4. PENDIDIKAN: Bermaksud perihal mendidik yang merujuk kepada proses atau aktiviti untuk membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.

HURAIAN
1. Tema Hari Guru ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan transformasi pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting dalam merealisasi  transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan. Pada peringkat Gelombang 2 PPPM (2016-2020), guru perlu memainkan peranan sebagai pemacu dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan.
2. Guru perlu menanamkan keinginan dan hasrat yang tinggi bagi memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang dirangka dalam PPPM 2013-2025. Dalam usaha menuju matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50), guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi negara maju yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat global.
3. Dalam konteks Malaysia, transformasi pendidikan mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional. Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta world class thinking.


 Unit Komunikasi Korporat, KPM


Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam Tahun 2018


Makluman,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon – calon berkelayakan yang sedang mengikuti pengajian di peringkat

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan (Fakulti Pendidikan) ambilan September 2016 dan September 2017 dan bidang Kepakaran Pendidikan Khas ( Fakulti Sains Sosial/ Sains Kesihatan) ambilan September 2017

Untuk memohon Biasiswa Perguruan Persekutuan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di alamat:




Permohonan dibuka mulai 1 April 2018 dan ditutup pada 30 April 2018


- Bahagian Tajaan Pendidikan
  KPM

KALENDER AKADEMIK PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2018/2019



KALENDER AKADEMIK PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2018/2019
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST)
DAN PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



SEMESTER I / III

AKTIVITI
BIL. MINGGU / HARI
TARIKH
KUMPULAN
MINGGU PENDAFTARAN PELAJAR
2 HARI
23/5/18 – 24/5/18
A
3 HARI
23/5/18 – 25/5/18
B
KULIAH
9 MINGGU
27/5/18 – 26/7/18
A
28/5/18 – 27/7/18
B
CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
1 MINGGU
27/7/18 – 4/8/18
A
28/7/18 – 5/8/18
B
KULIAH
9 MINGGU
5/8/18 – 6/10/18
A
6/8/18 – 7/10/18
B
MINGGU ULANGKAJI
1 MINGGU
7/10/18 – 13/10/18
A
8/10/18 – 14/10/18
B
PEPERIKSAAN AKHIR
5 HARI
16,17,18,22 & 23/10/18
A
B
CUTI AKHIR SEMESTER
12 HARI
24/10/18 – 10/11/18
A
13 HARI
24/10/18 – 11/11/18
B

SEMESTER II / IV

AKTIVITI
BIL. MINGGU / HARI
TARIKH
KUMPULAN
KULIAH
6 MINGGU
11/11/18 – 22/12/18
A
12/11/18 – 23/12/18
B
CUTI ANTARA SEMESTER
1 MINGGU
23/12/18 – 29/12/18
A
24/12/18 – 30/12/18
B
KULIAH
5 MINGGU
30/12/18 – 2/2/19
A
31/12/18 – 3/2/19
B
CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
1 MINGGU
3/2/19 – 9/2/19
A
4/2/19 – 10/2/19
B
KULIAH
7 MINGGU
10/2/19 – 30/3/19
A
11/2/19 – 31/3/19
B
MINGGU ULANGKAJI
1 MINGGU
31/3/19 – 6/4/19
A
1/4/19 – 7/4/19
B
PEPERIKSAAN AKHIR
5 HARI
8/4/19 – 12/4/19
A
B
TAMAT PROGRAM

KUMPULAN A   : BAGI KOLEJ DI NEGERI KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU DAN JOHOR

KUMPULAN B    : BAGI DI SEMUA NEGERI KECUALI KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU DAN JOHOR.


HARI PELEPASAN AM DAN NEGERI PERLIS


BIL
HARI PELEPASAN
TARIKH
1
TAHUN BARU CINA
16 &17 FEB 2018
2
ISRAK & MIKRAJ
14 APR 2018
3
HARI PEKERJA
1 MEI 2018
4
HARI WESAK
29 MEI 2018
5
NUZUL AL-QURAN
2 JUN 2018
6
HARI RAYA AIDILFITRI
15 & 16 JUN 2018
7
HARI KEPUTERAAN DYMM TUANKU RAJA PERLIS
17 JUL 2018
8
HARI RAYA AIDILADHA
22 & 23 OGOS 2018
9
HARI KEBANGSAAN
31 OGOS 2018
10
HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
9 SEP 2018
11
AWAL MUHARRAM (MAAL HIJRAH)
11 SEP 2018
12
HARI MALAYSIA
16 SEP 2018
13
HARI DEEPAVALI
6 NOV 2018
14
MAULIDUR RASUL
20 NOV 2018
15
HARI KRISMAS
25 DIS 2018
16
TAHUN BARU
1 JAN 2019
17
HARI THAIPUSAM
21 JAN 2019
18
TAHUN BARU CINA
5 & 6 FEB 2019
19
ISRAK & MIKRAJ
3 APR 2019


Lihat juga :

KALENDAR AKADEMIK PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2019/2020



Tuesday 27 March 2018

PRU14 tidak beri impak ke atas asas ekonomi Malaysia - Alpari Research



KUALA LUMPUR: Alpari Research Analysis Ltd, anak syarikat penyelidikan Alpari, yang merupakan salah satu broker mata wang asing yang terkemuka di dunia, berasa amat positif ke atas ekonomi negara.

Ini kerana katanya, pilihan raya umum akan datang dilihat tidak akan mempunyai kesan ke atas asas-asas ekonomi Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Roberto d'Ambrosio, berkata ekonomi Malaysia akan kekal berdaya tahan kerana ia telah berjaya mengurangkan pergantungan kepada pendapatan minyak. 

"Malaysia adalah salah satu persekitaran yang terbaik bagi pelabur-pelabur asing," katanya dalam satu taklimat media di sini pada Isnin.

d'Ambrosio berkata, ringgit, yang dijangka lemah berbanding dolar US pada 3.90 menjelang akhir tahun disebabkan oleh jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat, juga akan meningkatkan daya saing Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport.

Katanya, Malaysia juga tidak perlu khuatir dengan tahap hutangnya kerana ia masih di bawah tahap siling sebanyak 55 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, yang secara relatifnya lebih rendah daripada negara-negara lain.

Beliau ketika mengulas mengenai kesan perang perdagangan AS-China, berkata ia diramalkan akan berkurangan kerana kedua-dua ekonomi itu adalah saling berkait dan bergantung antara satu sama lain.

"Bagaimanapun, mungkin terdapat kesan jika produk yang dikilangkan di China, sumber-sumbernya datang dari Malaysia," katanya.

Sementara itu, Ketua Analisis, Tomasz Wisniewski, berkata permintaan domestik yang semakin meningkat disebabkan oleh pertumbuhan dalam gaji, turut membantu mempertingkatkan ekonomi negara.

"Keadaan politik yang stabil dan polisi Bank Negara Malaysia yang menggalakkan pelaburan asing telah meningkatkan ekonomi Malaysia," kata Wisniewski.

Wisniewski menjangkakan penanda aras tahap sokongan FBM KLCI berada pada 1,795 dalam tempoh beberapa minggu akan datang.- Bernama.