1.
INFLASI
Kenaikkan tingkat harga umum secara
berterusan dan tidak terbatas dalam ekonomi.
1.1 Indeks
harga pengguna (IHP)
- Satu angka atau indeks yang menunjukkan tingkat harga
barang dan perkhidmatan secara purata bagi suatu tempoh masa tertentu.
- IHP digunakan untuk mengukur kadar inflasi dan indeks
nilai wang
IHP tahun asas
- IHP yang dijadikan sebagai asas perbandingan kenaikan
harga yang berlaku dari semasa ke semasa
- IHP tahun asas ialah 100
IHP tahun semasa
- Dihitung untuk mengetahui sama ada tingkat harga umum
telah naik atau turun pada tahun semasa
- Sekiranya IHP tahun semasa melebihi 100 ( tingkat
harga umum telah meningkat)
- Sekiranya IHP tahun semasa ialah 100 ( tingkat harga
umum tidak berubah)
- Sekiranya IHP tahun semasa kurang 100 ( tingkat harga
umum telah jatuh)
1.2 Mengukur kadar inflasi
- Kadar inflasi ialah peratus kenaikkan tingkat harga
umum tahun semasa berbanding tahun sebelumnya
-
Kadar inflasi = IHP tahun semasa – IHP tahun sebelum x 100
Kadar inflasi = IHP tahun semasa – IHP tahun sebelum x 100
IHP
tahun sebelum
1.3 Nilai wang
-
Kuasa beli iaitu keupayaan sejumlah wang tertentu
untuk membeli barang dan perkhidmatan
-
Mengukur
nilai wang
-
INW = IHP tahun asas x 100
IHP tahun
semasa
-
Kadar perubahan nilai wang = INW thn sms – INW thn
asas x 100
INW
thn asas
1.4 Hubungan antara kadar inflasi dengan nilai wang
-
Berhubungan songsang.
-
Kadar inflasi meningkat maka nilai wang merosot.
Begitu juga sebaliknya.
Begitu juga sebaliknya.
1.5 Jenis- jenis inflasi
1.
Inflasi
tarikan permintaan
- Kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh
pertambahan dalam bekalan wang (MS), pertambangan perbelanjaan agregat (AE) dan
penurunan cukai (T)
- Cth : pertambahan AE
Keseimbangan keluaran negara asal
tercapai pd titik E apabila keluk AS = AD pada tingkat harga umum dan KN iaitu
P dan Y.
Pertambahan AE menyebabkan AE
meningkat. Maka keluk AD beralih ke kanan dr AD kpd AD1.
Pada P, AD > AS sebesar YY2.
Lebihan AD menyebabkan harga umum cenderung untuk naik. Peningkatan harga umum
menyebabkan AD berkurang manakala AS meningkat.
Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E1.
Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E1.
Keseimbangan baru tercapai pd titik
E1 apabila AS = AD1 pd tingkat harga umum dan KN iaitu P1 dan Y1.
Kesan, harga umum dan KN naik dr P
kpd P1 dan Y kpd Y1. Peningkatan harga umum dr P kpd P1 mengambarkan ekonomi
menghadapi masalah inflasi tarikan permintaan.
2.
Inflasi
tolakan kos
- Kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh
kenaikan upah buruh, kenaikan untung firma dan kenaikan kos faktor pengeluaran
lain.
- Cth: Kenaikan kos pengeluaran
Keseimbangan keluaran negara asal tercapai pd titik E apabila
keluk AS = AD pada tingkat harga umum dan KN iaitu P dan Y.
Kenaikan kos pengeluaran menyebabkan firma mengurangkan
keluaran. Maka keluk AS beralih ke kiri dr AS kpd AS1.
Pada P, AD > AS sebesar Y2Y. Lebihan AD menyebabkan harga
umum cenderung untuk naik.
Peningkatan harga umum menyebabkan AD berkurang manakala AS meningkat.
Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E1.
Peningkatan harga umum menyebabkan AD berkurang manakala AS meningkat.
Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E1.
Keseimbangan baru tercapai pd titik E1 apabila AS1 = AD pd
tingkat harga umum dan KN iaitu P1 dan Y1.
Kesan, harga umum naik dr P kpd P1 manakala KN turun dr Y kpd
Y1. Peningkatan harga umum dr P kpd P1 mengambarkan ekonomi menghadapi masalah
inflasi tolakan kos.
3.
Inflasi
diimport
Kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh kenaikan
harga barang import dan kenaikan nilai mata wang asing.
- rajah inflasi
diimport sama seperti inflasi tolakan kos
1.6 Kesan inflasi
A. Kesan positif
1. Mengalakkan
pelaburan dan pertumbuhan ekonomi
2. Kekayaan pemilik
harta tetap bertambah
3. Meningkatkan nilai eksport
B.
Kesan negatif
1. Menyebabkan
kejatuhan nilai wang
2. Kos hidup
masyarakat meningkat
3. Agihan pendapatan
menjadi semakin tidak setara
5. Tidak mengalakkan
pelaburan
6. Memburukkan
kedudukan imbangan pembayaran
1.7 Langkah mengurangkan inflasi tolakan kos
1. Kawalan upah
2. Kawalan harga
barang pengguna
3. Kawalan harga bahan
mentah
4. Pengurangan cukai
import (barang perantaraan dan barang akhir)
5. Meningkatkan
produktiviti
2. PENGANGGURAN
a. Tenaga buruh
- Tenaga buruh ialah jumlah penduduk yg berumur antara
15 hingga 64 tahun yang bekerja atau sedang mencari pekerjaan tetapi tidak
termasuk suri rumah, pelajar,pesara serta penganggur sukarela.
- Tenaga buruh = guna tenaga + pengangguran
b. Guna tenaga
- Jumlah tenaga buruh yg digunakan oleh pelbagai sektor
ekonomi utk menghasilkan barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara.
- Guna Tenaga = Tenaga buruh - pengangguran
c. Pengangguran
- Jumlah tenaga buruh yg tidak digunakan oleh pelbagai
sektor ekonomi utk menghasilkan barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara.
- Pengangguran = Tenaga buruh – guna tenaga
- Kadar pengangguran = Pengangguran x 100
Tenaga
buruh
2.1 Jenis – jenis pengangguran
1. Pengangguran
Geseran
- Berlaku disebabkan oleh individu yg tidak bekerja
kerana mencari atau menunggu pekerjaan baru yang lebih baik atau pelajar belum mendapat
pekerjaan kerana baru sahaja menamatkan pengajian.
2. Pengangguran
Kitaran
- Berlaku disebabkan oleh kemelesetan ekonomi (
kejatuhan AD)
3. Pengangguran
Struktur
-
Berlaku disebabkan oleh perubahan struktur ekonomi
-
Perubahan struktur ekonomi dr pertanian kepada
perindustrian
4. Pengangguran
Teknologi
- Berlaku disebabkan oleh penggantian teknik pengeluaran berintensif buruh dengan pengeluaran berintensif modal.
- Kemajuan teknologi telah mengurangkan bilangan pekerja yg diperlukan oleh firma.
5. Pengangguran
Bermusim
-
Berlaku disebabkan oleh perubahan musim
-
Cth nelayan tidak dapat ke laut kerana musim tengkujuh
6. Pengangguran
Tak Ketara
- Berlaku disebabkan oleh penggunaan buruh melebihi
penggunaan buruh yang sebenar dalam pengeluaran.
2.2 Kesan pengangguran
1. Pembaziran sumber pengeluaran
2. Taraf hidup rakyat menurun
3. Peningkatan kes jenayah
4. Ketidakstabilan sosial dan politik
1. Pembaziran sumber pengeluaran
2. Taraf hidup rakyat menurun
3. Peningkatan kes jenayah
4. Ketidakstabilan sosial dan politik
2.3 Langkah mengurangkan pengangguran
1. Meningkatkan
mobiliti buruh
2. Meningkatkan
latihan kemahiran dan latihan semula
3. Menyebarkan
maklumat pasaran buruh
4. Melengahkan
kemasukan tenaga kerja ke dalam pasaran buruh
5. Mengalakkan industri insentif buruh
6. Mengalakkan pelaburan asing
done
ReplyDelete👍
DeleteHelpful thanks
ReplyDeleteMantap Sir Terima Kasih..jelas and teliti.. :)
ReplyDeleteTerima kasih Sir. Mohon guna untuk kelas saya.
ReplyDeletethank your sir really helpfulll
ReplyDeletesangat membantu
ReplyDeletesekata dengan setara sama ke bang
ReplyDelete