KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar
Amerika hari ini, susulan aktiviti jualan oleh pelabur yang mula beralih
ke mata wang selamat.
Ini berikutan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS bakal menaikkan kadar faedahnya empat kali tahun ini.
Peningkatan kenaikan kadar faedah negara itu menandakan ekonominya
semakin kukuh, yang kemudiannya akan menarik naik kadar dagangan dolar
AS berbanding ringgit.
Matawang tempatan hari ini dibuka pada 3.9255/USD, dan turun kepada 3.9300/USD setakat jam 10.20 pagi. Ringgit turut diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang utama.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9593/9622 daripada
2.9583/9624 pada Rabu, bagaimanapun meningkat berbanding pound British
kepada 5.3968/4031 daripada 5.4383/4462 semalam.
Ia merosot
berbanding euro kepada 4.7840/7881 daripada 4.7837/7898 semalam dan
rendah berbanding yen kepada 3.6780/6818 daripada 3.6551/6606 pada Rabu.
Bursa Malaysia turut tidak terlepas daripada impak kekukuhan ekonomi AS.
Setakat 9.06 pagi, FBM KLCI dibuka pada 1,852.56 mata, susut 3.64 mata berbanding penutup Rabu.
Pasaran negatif dengan 314 kaunter rugi mengatasi 87 kaunter untung,
manakala 166 kaunter tidak berubah, 1,282 tidak diniagakan dan 22 yang
lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 245.84 juta saham bernilai RM88.04 juta.
Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjangka dagangan di Bursa Malaysia akan terus tidak menentu hari ini.
Maybank IB menambah, FBM KLCI juga akan menjejaki penurunan di Wall
Street, yang merosot kepada paras terendah dalam tempoh dua tahun.-Astroawani.
No comments:
Post a Comment