Thursday 15 March 2018

JOM MASUK KOLEJ MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Tahniah dan syabas kepada adik2 SPM 2017. Kepada yang cemerlang Tahniah dan teruskan perjuangan anda. Kepada yang kurang cemerlang, ingat, masih banyak peluang terbuka yang tersedia menunggu anda.

Jika tanya saya mengenai pemilihan pengajian peringkat lepasan SPM, sudah tentu saya cadangkan Program Matrikulasi KPM kerana visi kami

" Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang ”

📋 KENAPA?
👉 persediaan melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Pertama di IPT dalam dan IPT luar negara.
Cth:
Dalam Negara: UM, UKM, USM, UUM dsb
Luar Negara : University of Manchester, University of Birmingham, University of Sdyney, University of Auckland dsb
👉 Pembiayaan Yuran Pengajian dan Penginapan oleh kerajaan.
👉 Suasana pembelajaran ala Universiti
👉 Elaun wang saku
👉 Sijil Matrikulasi KPM yang diikhtiraf oleh JPA
👉 Aktiviti yang menarik : JPP, PRD, KAKOM, PAL, MePro, SRN, Sahabat YADIM, Perkhemahan.

📋 BIDANG ( Subjek Teras)
SAINS : Program Satu Tahun / Program Dua Tahun

👉 3 MODUL SAINS 

(Modul 1: Matematik, Fizik, Kimia. biologi)
( Modul 2 : Matematik, Fizik, Kimia, Sains Komputer)
( Modul 3 : Matematik, Kimia, Biologi, Sains Komputer)

👉 TEKNIKAL : Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam/ Mekanikal / Elektrik dan Eletronik

👉 PERAKAUNAN : Matematik, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi
Subjek wajib : English (Setiap Semester dan tanpa peperiksaan) Pendidikan Islam, Kemahiran Dinamika dan Kokurikulum ( Sekali sepanjang pengajian tanpa peperiksaan)

📋 PELUANG
👉 SAINS : Perubatan, Kejuruteraan Pergigian, Farmasi, Sains, Teknologi Maklumat, Seni Bina, Kejururawatan dsb
👉 TEKNIKAL : Kejuruteraan, Seni Bina dan Teknikal lain
👉 PERAKAUNAN : Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan / Awam, Teknologi Maklumat, Pengurusan Sumber Manusia, Undang-Undang dsb.

SYARAT KEMASUKKAN

👉 SAINS
Kepujian Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan
Kepujian Tinggi Matematik
Lulus Sejarah

👉 TEKNIKAL
Kepujian Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik
Kepujian Tinggi Matematik
Lulus Sejarah, Kimia

👉 PERAKAUNAN
Kepujian Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik
Lulus Sejarah

Anda dan dapat keputusan? Jadi jangan ragu ragu. Ramai bekas Program Matrikulasi sudah bekerjaya. Ramai yang memperolehi kejayaan PNGK yang cemerlang.
🔰jika ada suara suara luar mengatakan,
1. Habis matrik tp x dapat offer pengajian, LELONG???
2. Sijil matrik tak laku
3. Belajar di matrik susah, markah sikit saja,
4. Bosan, stress, padat....xdak masa rehat?

TANYA KAMI.... KAMI ADA JAWAPAN YANG TEPAT.
ILMU BUKAN DATANG TANPA USAHA, USAHA PENENTU KEJAYAAN, KEJAYAAN MENCIPTA MASA DEPAN. 


Kepada adik adik yang kurang cemerlang, peluang lain masih ada untuk kebidang pengajian di institut Peringkat Diploma dan Sijil antaranya : KHAS untuk di Perlis
👉 Unimap (Diploma) Uitm (MADB), IKBN, Kolej Komuniti, KATPM, KUIPs, IPTIP dsb.



kredit: En Jorasmin Isa,
            Kolej Matrikulasi Perlis 


Pemohonan masih dibuka sehingga 18 Mac 2018

Link Pemohonan ke Matrikulasi 

1 comment:

  1. Terima kasih kerana sudi berkongsi info dengan anak anak lepasan SPM....

    ReplyDelete