“ GURU
PEMACU TRANFORMASI PENDIDIKAN ”
DEFINISI
1. GURU:
Guru merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang
mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid.
2. PEMACU:
Penggerak yang menggerakkan sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan
dalam memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran.
3. TRANSFORMASI:
Membawa maksud melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku,
pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan
sempurna.
4. PENDIDIKAN:
Bermaksud perihal mendidik yang merujuk kepada proses atau aktiviti untuk
membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.
HURAIAN
1. Tema
Hari Guru ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan transformasi
pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting dalam merealisasi
transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan. Pada peringkat
Gelombang 2 PPPM (2016-2020), guru perlu memainkan peranan sebagai pemacu
dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan
berkesan. Guru berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara
melalui pendidikan.
2. Guru
perlu menanamkan keinginan dan hasrat yang tinggi bagi memastikan setiap
murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti
yang dirangka dalam PPPM 2013-2025. Dalam usaha menuju matlamat
Transformasi Nasional 2050 (TN50), guru memainkan peranan yang penting
dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi
negara maju yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai
bidang di peringkat global.
3. Dalam
konteks Malaysia, transformasi pendidikan mestilah bertunjangkan kepada
hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan
berakal internasional. Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk
berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa,
berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta world class
thinking.
Unit Komunikasi Korporat, KPM
No comments:
Post a Comment