Monday 24 June 2019

Perubahan keseimbangan pasaran kesan perubahan penawaran



1. Pertambahan Penawaran




Keseimbangan pasaran tercapai pada titik E apabila keluk DD = SS pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P dan Q.

Pertambahan penawaran menyebabkan keluk SS beralih ke kanan dari SS ke S1S1.

Pada P, Qs ialah Q2 manakala Qd ialah Q. Berlaku lebihan penawaran sebesar QQ2.
Lebihan SS menyebabkan harga cenderung untuk turun.
Penurunan harga menyebabkan Qd meningkat manakala Qs berkurang.
Proses ini akan berterusan hingga mencapai keseimbangan pada titik E1.


Keseimbangan pasaran baru tercapai pada titik E1 apabila keluk DD = S1S1 pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P1 dan Q1

Kesan, harga turun dari P ke P1 manakala kuantiti meningkat dari Q ke Q1.




2. Pengurangan Penawaran




Keseimbangan pasaran tercapai pada titik E apabila keluk DD = SS pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P dan Q.

Pengurangan penawaran menyebabkan keluk SS beralih ke kiri dari SS ke S1S1.

Pada P, Qs ialah Q2 manakala Qd ialah Q. Berlaku lebihan permintaan sebesar Q2Q.
Lebihan DD menyebabkan harga cenderung untuk naik.
Kenaikan harga menyebabkan Qd berkurang manakala Qs meningkat.
Proses ini akan berterusan hingga mencapai keseimbangan pada titik E1.

Keseimbangan pasaran baru tercapai pada titik E1 apabila keluk DD = S1S1 pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P1 dan Q1

Kesan, harga meningkat dari P ke P1 manakala kuantiti turun dari Q ke Q1.




No comments:

Post a Comment