Monday 24 June 2019

Perubahan keseimbangan pasaran kesan perubahan permintaan



1. Pertambahan Permintaan





Keseimbangan pasaran tercapai pada titik E apabila keluk DD = SS pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P dan Q.

Pertambahan permintaan menyebabkan keluk DD beralih ke kanan dari DD ke D1D1.

Pada P, Qd ialah Q2 manakala Qs ialah Q. Berlaku lebihan permintaan sebesar QQ2.
Lebihan DD menyebabkan harga cenderung untuk naik.
Kenaikkan harga menyebabkan Qd berkurang manakala Qs meningkat.
Proses ini akan berterusan hingga mencapai keseimbangan pada titik E1.

Keseimbangan pasaran baru tercapai pada titik E1 apabila keluk D1D1 = SS pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P1 dan Q1.

Kesan, harga dan kuantiti meningkat dari P ke P1 dan Q ke Q1.






2. Pengurangan Permintaan




Keseimbangan pasaran tercapai pada titik E apabila keluk DD = SS pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P dan Q.

Pengurangan permintaan menyebabkan keluk DD beralih ke kiri dari DD ke D1D1.

Pada P, Qd ialah Q2 manakala Qs ialah Q. Berlaku lebihan penawaran sebesar Q2Q.
Lebihan SS menyebabkan harga cenderung untuk turun.
Penurunan harga menyebabkan Qd meningkat manakala Qs berkurang.
Proses ini akan berterusan hingga mencapai keseimbangan pada titik E1.

Keseimbangan pasaran baru tercapai pada titik E1 apabila keluk D1D1 = SS pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P1 dan Q1.

Kesan, harga dan kuantiti turun dari P ke P1 dan Q ke Q1.






1 comment: