Saturday 10 February 2018

Ringgit Malaysia dibuka rendah berbanding Dolar US




KUALA LUMPUR -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan pengukuhan mata wang Amerika Syarikat itu, dan penurunan harga minyak, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 3.9360/9400 berbanding dolar US daripada 3.9245/9275 semasa ditutup pada Khamis.

Peniaga berkata dolar US terus meningkat didorong oleh permintaan terhadap keselamatan.
Ia terus naik berbanding mata wang tempatan dengan petunjuk momentum yang positif terus meningkat, dan dijangka kepada 3.9554.

Beliau berkata mata wang tempatan turut menerima kesan daripada kejatuhan harga minyak yang merosot kepada paras terendah dalam tempoh tujuh minggu pada Khamis dengan kebimbangan terhadap peningkatan bekalan global selepas Iran mengumumkan pelan untuk meningkatkan pengeluaran dan pengeluaran minyak mentah AS yang mencecah paras tertinggi.

Sementara itu, Ketua Perdagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes, berkata petunjuk mata wang serantau negatif yang banyak, dan sambutan Tahun Baru Cina yang semakin hampir mengurangkan risiko.

"Penentuan semula harga yang tinggi dalam hasil bon AS telah mengejutkan pelabur. Selain itu, dengan hasil AS yang dijangka lebih tinggi, kita mungkin menerima kesannya sebelum pasaran mendapat kedudukan yang kukuh," katanya.

Beliau berkata hasil AS yang tinggi menyokong dolar US dan mempengaruhi sentimen ekuiti global, menjejaskan keseluruhan minat risiko serantau.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama. Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9547/9584 daripada 2.9496/9523 dan merosot berbanding euro kepada 4.8240/8297 daripada 4.7993/7041 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit turut susut berbanding pound British kepada 5.4852/4912 daripada 5.4394/4439 dan berkurangan berbanding yen kepada 3.6153/6200 daripada 3.5759/5789.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment