TAMPIN - Seorang
pelajar perempuan berusia 14 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku
Abd. Rahman, Gemas dekat sini maut akibat terkena bilah traktor mesin
rumput di padang sekolah itu pagi ini.
"Siasatan awal mendapati bilah mesin rumput itu tercabut dari traktor itu sewaktu sedang menjalankan kerja-kerja memesin rumput. Objek itu kemudian melantun ke arah kepala kedua-dua mangsa.
"Kita telah menahan pemandu traktor tersebut berusia 26 tahun bagi membantu siasatan dan pada masa ini kes disiasat dibawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Dalam pada itu, Hamazah meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut kerana polis percaya insiden itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah sebaliknya satu kemalangan. - K! ONLINE
sumber: Kosmo online (13.2.2018)
No comments:
Post a Comment