Friday 22 March 2019

Kadar Pertukaran Tetap



Kadar pertukaran asing ditetapkan oleh kerajaan sama ada lebih tinggi atau lebih rendah daripada kadar pertukaran di pasaran.




1.      RM TERKURANG NILAI

Keseimbangan pasaran tercapai pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran USD1=RM4.00 dan kuantiti USD ialah Q.

Kerajaan menetapkan kadar pertukaran asing lebih tinggi daripada  kadar keseimbangan pasaran  iaitu pada USD1=RM4.10.

Hal ini menyebabkan berlaku lebihan penawaran USD sebesar Q1Q2.
Bagi mengekalkan kadar pertukaran tersebut, Bank pusat membeli lebihan penawaran USD.

Oleh itu, RM terkurang nilai berbanding USD.




2.      RM TERLEBIH NILAI

Keseimbangan pasaran tercapai pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran USD1=RM4.00 dan kuantiti USD ialah Q.

Kerajaan menetapkan kadar pertukaran asing lebih rendah daripada kadar keseimbangan pasaran iaitu pada USD1=RM3.90.

Hal ini menyebabkan berlaku lebihan permintaan USD sebesar Q1Q2.
Bagi mengekalkan kadar pertukaran tersebut, Bank pusat menjual lebihan permintaan USD tersebut.

Oleh itu,  RM terlebih nilai berbanding USD.




No comments:

Post a Comment