Friday 22 March 2019

Kadar Pertukaran Boleh ubah (Pasaran bebas / Fleksibel)




Kadar pertukaran asing ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata wang asing di pasaran


PERMINTAAN MATA WANG ASING

1.      Import barang dari Negara asing
2.      Melancong ke Negara asing
3.      Membuat pelaburan langsung ke Negara asing
4.      Membeli aset kewangan seperti saham, bon dan sekuriti kerajaan Negara asing
5.      Jangkaan kejatuhan nilai mata wang tempatan


PENAWARAN MATA WANG ASING

1.      Penduduk asing membeli barang tempatan
2.      Kemasukan pelancong asing ke dalam Negara
3.      Kemasukan pelabur asing ke dalam Negara
4.      Pembelian aset kewangan seperti saham, bon dan sekuriti kerajaan oleh warga asing
5.      Jangkaan kenaikan nilai mata wang tempatan



PROSES KESEIMBANGAN KADAR PRTUKARAN ASING




Keseimbangan pasaran tercapai pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran USD1=RM4.00 dan kuantiti USD ialah Q.

Pada kadar pertukaran USD1=RM4.10, SS > DD sebesar Q1Q2.
Lebihan SS menyebabkan kadar pertukaran cenderung untuk turun.
Penurunan kadar pertukaran menyebabkan DD meningkat manakala SS berkurang.
Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pd titik E.

Pada kadar pertukaran USD1=RM3.90, DD > SS sebesar Q1Q2.
Lebihan DD menyebabkan kadar pertukaran cenderung untuk naik.
Kenaikan kadar pertukaran menyebabkan SS meningkat manakala DD berkurang.
Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pd titik E.



PROSES KESEIMBANGAN KADAR PERTUKARAN ASING – PERUBAHAN DD MATA WANG ASING


Keseimbangan asal tercapai pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran USD1=RM4.00 dan kuantiti USD ialah Q.

Peningkatan permintaan USD menyebabkan keluk DD beralih ke kanan dari DD kepada D1D1.

Pada kadar pertukaran USD1=RM4.00, DD >SS sebesar QQ2.
Lebihan DD menyebabkan kadar pertukaran cenderung utk naik.
Kenaikan kadar pertukaran menyebabkan SS meningkat manakala DD berkurang.

Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru pd titik E1.
Keseimbangan baru tercapai pada titik E1 apabila D1D1 = SS pada kadar pertukaran USD1=RM4.10 dan kuantiti USD ialah Q1.

Kesan, RM mengalami turun nilai berbanding USD iaitu dari USD1=RM4.00 kepada USD1=RM4.10



PROSES KESEIMBANGAN KADAR PERTUKARAN ASING – PERUBAHAN SS MATA WANG ASING


Keseimbangan asal tercapai pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran USD1=RM4.00 dan kuantiti USD ialah Q.

Peningkatan penawaran USD menyebabkan keluk SS beralih ke kanan dari SS kepada S1S1.

Pada kadar pertukaran USD1=RM4.00, SS >DD sebesar QQ2.                            
Lebihan SS menyebabkan kadar pertukaran cenderung untuk turun.
Penurunan kadar pertukaran menyebabkan DD meningkat manakala SS berkurang.

Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru pada titik E1.
Keseimbangan baru tercapai pd titk E1 apabila S1S1 = DD pada kadar pertukaran USD1=RM3.90 dan kuantiti USD ialah Q1.

Kesan, RM mengalami naik nilai berbanding USD iaitu dr USD1=RM4.00 kepada USD1=RM3.90




1 comment:

  1. This note doesn't help at all����

    ReplyDelete