Wednesday, 30 January 2019

Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi tahun 2019




SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM MATRIKULASI
DI BAWAH PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG KE LUAR NEGARA TAHUN 2019



Program ini menawarkan Biasiswa Perguruan Persekutuan
untuk pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di dalam bidang Science,
Technology, Engineering and Mathematics
 (STEM)
di United Kingdom, Australia dan New Zealand.

Pelajar yang berjaya menamatkan program ini akan ditempatkan sebagai
tenaga pengajar di kolej-kolej matrikulasi seluruh negara.




Syarat-Syarat Permohonan

1.     Permohonan hanya dibuka kepada pelajar matrikulasi yang sedang mengikuti pengajian di kolej-kolej matrikulasi KPM seluruh negara.

2.     Memperoleh keputusan PNGK 3.50 dan ke atas dalam PSPM.

3.     Lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred markah peperiksaan cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran (A-/A/A+).

4.     Memperoleh keputusan minimum gred B bagi Bahasa Inggeris 1119 dan gred 4B bagi English GCE-O Level di peringkat SPM.

5.     Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET).

6.     Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) cemerlang (A-/A) dalam bidang pengajian yang dipilih. 
 Contoh: Pilihan bidang pengajian Bachelor of Science (Physics), memperoleh purata gred A bagi mata pelajaran Fizik dalam PSPM.



Makluman Penting

1.    Permohonan dibuka dari 31 Januari hingga 17 Februari 2019 secara atas talian di pautan http://apps.matrik.edu.my

2.    Permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan.

3.    Calon boleh menyemak status panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) pada 20 Februari 2019 di laman ini.

4.    UKCG akan dijalankan di kolej matrikulasi KPM pada 24 hingga 27 Februari 2019. Keputusan UKCG boleh disemak di laman ini pada 12 Mac 2019

5.     Calon yang layak menduduki temuduga perlu menyediakan dokumen seperti lampiran 1.

6.     Calon yang menerima tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan perlu memenuhi syarat-syarat wajib seperti yang berikut:

                       I.       Memperoleh keputusan minima 6.5 dalam International English Language Testing System (IELTS);
                     II.      Diterima masuk ke universiti luar negara yang ditetapkan oleh KPM; dan
                  III.      Disahkan sihat melalui Laporan Pemeriksaan Kesihatan oleh hospital/klinik kerajaan atau swasta.

7.     Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam masa enam bulan dari tarikh tutup permohonan.




5 comments:

  1. assalamualaikum tuan, ukcg tu sama mcm nak masuk ipg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebarang pertanyaan aida boleh call en Ahmad Zul Fadhli, 0388844107

      Delete
  2. Dah ada yg ditawarkan ke oversea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://apps.matrik.edu.my/sltppm/pages/login.php?fbclid=IwAR0ZSF0DP53AhCsFgUvBycQxLikViUGLG_fplrKrhVX8mOKWkp8yZDYrsEc



      Boleh semak disini bg yang berjaya

      Delete
  3. Tawaran Skim Latihan Tenaga Pdengajar Program Matrikulasi hanya untuk pelajar sains sahaja je ke????

    ReplyDelete