Wednesday, 30 January 2019

Inflasi dan Pengangguran



INFLASI

Kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dan tidak terbatas dalam ekonomi

1.      Indeks harga pengguna
-  Satu angka atau indeks yang menunjukkan tingkat harga barang dan perkhidmatan secara purata bagi suatu tempoh masa tertentu
-        mengukur kadar inflasi dan indeks nilai wang
-        IHP thn asas & IHP thn semasa


2.      Kadar inflasi
Mengukur peratus kenaikan tingkat harga umum sesuatu tahun berbanding tahun sebelumnya

Kadar inflasi  = IHP thn sms – IHP thn sblm   x 100
                                    IHP thn sblm


3.     Nilai wang
Kuasa beli iaitu keupayaan sejumlah wang tertentu untuk membeli barang dan perkhidmatan

Indeks nilai wang (INW)    =  IHP thn asas   x  100
                                                     IHP thn sms

Kadar perubahan nilai wang =   INW thn sms – INW thn asas   x  100
                                                                  INW thn asas

4.      Hubungan antara Kadar inflasi dengan nilai wang
-          Berhubungan songsang
-          Kadar inflasi ↑, nilai wang ↓.
-          Begitu sebaliknya


5.      Kesan positif inflasi
i)     Mengalakkan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi
ii)   Kekayaan pemilik harta tetap bertambah
iii) Meningkatkan nilai eksport 


6.      Kesan negatif inflasi
i)     Menyebabkan kejatuhan nilai wang
ii)   Kos hidup masyarakat meningkat
iii) Agihan pendapatan menjadi semakin tidak setara
iv) Tidak mengalakkan tabungan
v)   Tidak mengalakkan pelaburan
vi) Memburukkan kedudukan imbangan pembayaran


7.      Jenis inflasi
i)     Inflasi tarikan permintaan
ii)   Inflasi tolakan kos
iii) Inflasi diimport


8.      Langkah mengatasi inflasi tolakan kos
i)     Kawalan upah
ii)   Kawalan harga barang pengguna
iii) Kawalan harga bahan mentah
iv) Pengurangan cukai import
v)   Meningkatkan produktiviti




PENGANGGURAN


1.     Tenaga Buruh
Jum. penduduk berumur 15 hingga 64 thn yang bekerja atau sedang mencari pekerjaan tetapi tidak termasuk suri rumah, pelajar, pesara serta penganggur sukarela.

TB = GT + pengangguran



2.     Guna Tenaga
Jumlah tenaga buruh yg digunakan dalam pelbagai sektor ekonomi utk mengeluarkan brg dan perkhidmatan.

i)           GT = TB – Pengangguran

ii)     Kadar GT =  GT  x  100
                              TB

iii)    Kadar pertumbuhan GT  =  GT thn sms – GT thn sblm  x 100
                                                                   GT thn sblm



3.     Pengangguran
Jumlah tenaga buruh yg tidak digunakan dalam pelbagai sektor ekonomi utk mengeluarkan brg dan perkhidmatan

i)           Pengangguran = TB – GT

ii)     Kadar Pengangguran =  Pengangguran  x  100
                                                    Tenaga buruh


4.      Jenis pengangguran
i)     Pengangguran Geseran
ii)   Pengangguran Kitaran
iii) Pengangguran Struktur
iv) Pengangguran Teknologi
v)   Pengangguran Bermusim
vi) Pengangguran Tak ketara



5.      Kesan negatif pengangguran
i)     Pembaziran sumber pengeluaran
ii)   Taraf hidup rakyat menurun
iii) Peningkatan kes jenayah
iv) Ketidakstabilan sosial dan politik



6.      Langkah mengurangkan pengangguran
i)     Meningkatkan mobiliti buruh
ii)   Meningkatkan latihan kemahiran dan latihan semula
iii) Menyebarkan maklumat pasaran buruh
iv) Melengahkan kemasukan tenaga kerja ke dalam pasaran buruh
v)   Mengalakkan industri insentif buruh
vi) Mengalakkan pelaburan asing




No comments:

Post a Comment