- Pendapatan
negara dihitung dgn menjumlahkan semua nilai ditambah yang dikeluarkan pada setiap peringkat pengeluaran
- dikenali juga
sebagai kaedah nilai ditambah
- pendapatan Negara
yang diperolehi ialah KDNK hp
- KDNK hp =
S1 + S2 + S3 – bayaran perkhidmatan bank + cukai import
- Nilai
ditambah ialah peningkatan/pertambahan
nilai keluaran selepas melalui pelbagai proses pengeluaran.
Nilai ditambah = Nilai jualan barang (nilai
keluaran) – Nilai belian input (kos
input)
A. Pengiraan
nilai ditambah (Tiada barang import)
Bil
|
Aktiviti
|
Sektor
|
Nilai keluaran (RM juta)
|
Kos input (RM juta)
|
Nilai ditambah (RM juta)
|
1
|
Penanaman kapas
|
Utama
|
100
|
0
|
100
|
2
|
Pengeluaran benang
|
Kedua
|
150
|
100
|
50
|
3
|
Pengeluaran kain
|
Kedua
|
240
|
150
|
90
|
4
|
Jualan baju
|
Ketiga
|
350
|
240
|
110
|
|
Jumlah
|
350
|
·
Kapas, benang dan kain adalah merupakan barang
perantaraan
·
Baju adalah merupakan barang akhir.
·
Penanaman kapas merupakan sektor utama, nilai ditambah
menanam kapas ialah RM100 juta.
·
Pengeluaran benang dan kain merupakan sektor kedua.
·
Nilai ditambah Sektor kedua ialah RM 140 juta.
·
Dimana nilai ditambah pengeluaran benang ialah RM50
juta manakala pengeluaran kain ialah RM90 juta.
·
Jualan baju merupakan sektor ketiga.
·
Nilai ditambah jualan baju ialah RM110 juta.
·
Jumlah nilai ditambah keluaran baju ialah RM350
·
Disebabkan tiada barang import maka nilai ditambah
sama dengan nilai barang akhir iaitu RM350 juta.
B. Pengiraan nilai
ditambah (ada barang import)
Bil
|
Aktiviti
|
Sektor
|
Nilai
keluaran (RM
juta)
|
Kos input (RM juta)
|
Nilai
ditambah (RM
juta)
|
1
|
Kapas (brg import)
|
Utama
|
100
|
100
|
0
|
2
|
Pengeluaran benang
|
Kedua
|
150
|
100
|
50
|
3
|
Pengeluaran kain
|
Kedua
|
240
|
150
|
90
|
4
|
Jualan baju
|
Ketiga
|
350
|
240
|
110
|
|
Jumlah
|
250
|
·
Kapas, benang dan kain adalah merupakan barang
perantaraan
·
Baju adalah merupakan barang akhir.
·
Kapas merupakan barang import, nilai ditambah kapas
ialah 0
·
Pengeluaran benang dan kain merupakan sektor kedua.
·
Nilai ditambah Sektor kedua ialah RM 140 juta
·
Dimana nilai ditambah pengeluaran benang ialah RM50
juta manakala kain ialah RM90 juta
·
Jualan baju merupakan sektor ketiga.
·
Nilai ditambah jualan baju ialah RM110 juta
·
Jumlah nilai ditambah keluaran baju ialah RM250
·
Disebabkan wujud barang import maka nilai ditambah tidak
sama dengan nilai barang akhir
-
Mengikut kaedah keluaran, sektor ekonomi dibahagikan
kpd
Bil
|
Sektor
|
Butiran
|
1
|
Utama
|
Sektor
pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan dan kuari.
|
2
|
Kedua
|
Sektor
perkilangan, pembuatan dan pembinaan
|
3
|
ketiga
|
Sektor perkhidmatan
seperti eletrik, pengangkutan
Sektor
perdagangan,pemborongan dan peruncitan
|
Penghitungan pendapatan negara
Bil
|
Pendapatan negara
|
Butiran
|
1
|
KDNK hp
|
S1 + S2 + S3 – bayaran
perkhidmatan bank + cukai import
|
2
|
KNK hp
|
KDNK
hp + PFBLN
|
3
|
KNK kf
|
KNK
hp – CTL + Sb
|
4
|
KNB kf
|
KNK
kf – Sn
|
Contoh:
Jadual di
bawah menunjukkan nilai keluaran bagi mengikut sektor ekonomi bagi sebuah
negara pada tahun 2017.
Butiran
|
RM juta
|
Pertanian (S1)
Pembuatan (S2)
Pembinaan (S2)
Perlombongan (S1)
Perkhidmatan (S3)
Pendapatan faktor bersih luar negara
Bayaran perkhidmatan bank
Cukai import
Cukai tak langsung
Subsidi
Susut nilai
|
5 000
4 000
6 000
8 000
10 000
-2 000
6 000
1 000
7 000
5 000
5 000
|
Hitung:
1. Keluaran Dalam Negara Kasar pada
harga pasaran
KDNK hp = S1
+ S2 + S3 – bayaran perkhidmatan
bank + cukai import
= (5 000 + 8 000) + (4 000 + 6 000) +
10 000 – 6 000 +
1 000
= 13 000 + 10 000 + 10 000 – 6 000
+ 1 000
= RM 28 000 juta
2. Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran
KNK hp = KDNK hp + PFBLN
= 28 000 + (-2 000)
= RM 26 000 juta
3. Keluaran Negara Kasar pada kos faktor
KNK kf = KNK hp – CTL + Sb
= 26 000 – 7 000 + 5
000
= RM 24 000 juta
4. Keluaran Negara Bersih pada kos faktor
KNB kf = KNK kf – Sn
= 24 000 – 5 000
= RM 19 000 juta
No comments:
Post a Comment