Sunday 18 November 2018

Konsep pendapatan Negara



1.      Pendapatan negara
-        Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dlm tempoh masa setahun.
-        Pendapatan Negara = Keluaran Negara


2.      KDNK
-        Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yg dikeluarkan dalam negara tanpa mengambil kira sama ada faktor pengeluaran milik warga negara atau bukan warganegara.

3.      KNK
-        Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik warga negara itu sahaja sama ada di dalam atau di luar negara.

-        Perbezaan antara KDNK dengan KNK ialah PFbLN


4.      KNK hp
-        Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh sesebuah negara yg dihitung berdasarkan harga pasaran.

5.      KNK kf
-        Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh sesebuah negara yg dihitung berdasarkan kos faktor.

-        Perbezaan antara KNKhp dengan KNKkf ialah cukai tak langsung dan Subsidi


6.      KNK benar
-        Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh sesebuah negara yang dihitung mengikut harga tetap pada tahun asas
-        Dipengaruhi oleh perubahan kuantiti

7.      KNK norminal
-        Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh sesebuah negara yang dihitung mengikut harga semasa pada tahun berkenaan/semasa.
-        Dipengaruhi oleh perubahan harga dan kuantiti

8.      KNB
-        Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh sesebuah negara setelah ditolak susut nilai

9.      PFbLN = Pendapatan faktor dari luar negara – pendapatan faktor ke luar negara

10.  KNK hp = KDNK hp + PFbLN

11.  KNK kf = KNK hp – CTL + Sb

12.  KNB kf = KNK kf – Sn

13.  KNK benar = IHP tahun asas  x KNK norminal
                       IHP tahun sms

14.  Pendapatan benar per kapita = Pendapatan negara benar
                                                      Jumlah penduduk

Kaedah pengiraan pendapatan negara
1.      Kaedah perbelanjaan
 KDNK hp = C + I + ∆I + G + (X – M)

2.      Kaedah keluaran
 KDNK hp = S1 + S2 + S3 – bayaran perkhidmatan bank + cukai import

3.      Kaedah pendapatan
KNB kf = Sewa + Upah + Bunga bersih + Keuntungan syarikat + Pendapatan perusahaan persendirian




1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete