Friday 21 September 2018

Sumber rujukan dalam talian Perpustakaan Negara Malaysia



EDARAN PROMOSI SUMBER DALAM TALIAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA




YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menyediakan Perkhidmatan Sumber Elektronik yang terdiri daripada rujukan bahan sumber media (CD/DVD/Blu-Ray) dan juga akses kepada sumber dalam talian (Perkhidmatan u-Pustaka) dalam pelbagai bidang perkara.

Bersama - sama ini dilampirkan poster promosi Pangkalan Data Ookbee Buffet yang boleh diakses secara dalam talian melalui portal u-Pustaka untuk dikongsi bersama. Poster ini juga boleh dirujuk di laman sosial rasmi facebook PNM di https://www.facebook.com/PerpustakaanNegaraMalaysia/

Kerjasama YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk membantu mempromosi serta menggalakkan penggunaan portal u-Pustaka dikalangan pengguna perpustakaan amat dihargai.

Sekian, terima kasih


"BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA''


Bahagian Sumber Elektronik
Perpustakaan Negara Malaysia
03-26871783 / 1891 / 1892


No comments:

Post a Comment