- Dalam jangka panjang semua input adalah input
berubah (kos berubah).
- Oleh itu, Firma boleh mengubahkan skil
pengeluarannya, menyebabkan wujudnya satu siri keluk kos purata jangka pendek yang
mana tiap-tiap satu keluk kos purata jangka pendek (SAC) melambangkan satu skil
pengeluaran.
- Satu prinsip yang penting bagi firma ialah,
cuba mengeluarkan output pada kos purata (SAC) yang paling rendah bagi setiap
tingkat keluaran
- Jangka panjang juga dikenali sebagai jangka
masa perancangan.
- Diandaikan firma memiliki tiga saiz loji iaitu
SAC, SAC1 dan SAC2
- Output Q, firma akan mengunakan loji SAC pada
kos purata iaitu aQ pada titik a.
- Qutput Q1, firma boleh memilih loji sama ada
SAC atau SAC1. Walau bagaimanapun, firma akan menggunakan SAC kerana kos purata
lebih rendah iaitu cQ1 pada titik c berbanding SAC1 iaitu bQ1.
- Output Q2, firma akan mengunakan loji SAC1
pada kos purata iaitu dQ2 pada titik d.
- Output Q3, firma boleh memilih loji sama ada
SAC1 atau SAC2 kerana kos purata adalah sama iaitu eQ3 pada titik e. Walau
bagaimanapun, firma akan menggunakan SAC2, sekiranya firma ingin menambahkan
keluaran, kos purata akan menurun berbanding menggunakan SAC1 yg menyebabkan
kos purata akan meningkat.
- Output Q4, firma akan mengunakan loji SAC2
pada kos purata iaitu fQ4 pada titik f.
- Firma akan memilih saiz loji pada kos
purata yang paling rendah
No comments:
Post a Comment