Wednesday, 26 June 2019

Hasil pembelajaran Bab 3 : Keanjalan Permintaan dan Penawaran



3.1 Keanjalan Permintaan

3.1.1 Keanjalan Permintaan Harga (Ed)


Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mentakrifkan keanjalan permintaan harga.
  2. Menghitung dan mentafsir nilai keanjalan menggunakan pendekatan keanjalan lengkuk dan keanjalan titik.
  3. Menerangkan darjah keanjalan permintaan harga.
  4. Menerangkan penentu keanjalan keanjalan permintaan harga.
  5. Menerangkan hubungan antara darjah keanjalan permintaan harga dengan jumlah hasil / jumlah perbelanjaan di sepanjang keluk permintaan yang sama


3.1.2 Keanjalan Permintaan Silang (Exy)

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Mentakrif keanjalan permintaan silang.
  2. Menghitung dan mentafsir nilai keanjalan permintaan silang.
  3. Menerangkan hubungan antara barang berdasarkan nilai keanjalan permintaan silang.


3.1.3 Keanjalan Permintaan Pendapatan (Ey)

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
  1. Mentakrif keanjalan permintaan pendapatan.
  2. Menghitung dan mentafsir nilai keanjalan permintaan pendapatan.
  3. Mengkelaskan jenis barang berdasarkan nilai keanjalan permintaan pendapatan.


3.2 Keanjalan Penawaran

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
  1. Mentakrif keanjalan penawaran.
  2. Menghitung dan mentafsir nilai keanjalan penawaran.
  3. Menerangkan darjah keanjalan penawaran.
  4. Menerangkan penentu keanjalan penawaran.


Kesan Cukai dan Subsidi ke atas Keseimbangan Pasaran



1. Cukai 
  1. Cukai yang dikenakan oleh kerajaan ialah cukai tak langsung. Cth: cukai jualan.
  2. Beban cukai akan ditangung oleh pengguna dan pengeluar.
  3. Cukai menyebabkan kos pengeluaran meningkat.
  4. Penawaran berkurang (pengeluaran berkurang)


Kesan cukai ke atas keseimbangan pasaran:

  1. Keluk SS beralih ke kiri dari SS ke S1S1
  2. Cukai seunit ialah P2P1
  3. Harga meningkat dari P ke P1
  4. Kuantiti turun dari Q ke Q1
  5. Pengguna menanggung beban cukai sebesar PP1E1a
  6. Penggeluar menanggung beban cukai sebesar P2Pab





2. Subsidi
  1. Bantuan kewangan oleh kerajaan untuk mengurangkan kos pengeluaran.
  2. Faedah subsidi akan ditangung oleh pengguna dan pengeluar.
  3. Subsidi mengurangkan kos pengeluaran.
  4. Penawaran bertambah (pengeluaran meningkat)


Kesan subsidi ke atas keseimbangan pasaran:

  1. Keluk SS beralih ke kanan dari SS ke S1S1
  2. Subsidi seunit ialah P1P2
  3. Harga turun dari P ke P1
  4. Kuantiti meningkat dari Q ke Q1
  5. Pengguna menikmati faedah subsidi sebesar P1PbE1
  6. Penggeluar menikmati faedah subsidi sebesar PP2ab




Kesan Dasar Harga Minimum dan Dasar Harga Maksimum ke atas pasaran



1. Dasar Harga Minimum

Harga yang ditetapkan oleh kerajaan lebih tinggi daripada harga pasaran. 

Tujuan:
Menjaga kebajikan pengeluar




Kesan dasar harga minimum : 
  1. Harga pasaran meningkat dr P ke P2
  2. Qs meningkat dr Q ke Q2
  3. Qd turun dr Q ke Q1
  4. Hasil pengeluar meningkat dr PEQ0 kpd P2bQ20
  5. Berlaku lebihan SS sebanyak Q1Q2
  6. Kerajaan membeli lebihan SS, untuk di eksport ke luar negara, disimpan sebagai stok penimbal.
  7. Lebihan pengeluar meningkat dr PES kpd P2bS
  8. Lebihan pengguna berkurang dr PDE kpd P2Da




2. Dasar Harga Maksimum

Harga yang ditetapkan oleh kerajaan lebih rendah daripada harga pasaran. 

Tujuan: 
Menjaga kebajikan pengguna




Kesan dasar harga maksimum : 
  1. Harga pasaran turun dr P ke P1
  2. Qd meningkat dr Q ke Q2
  3. Qs turun dr Q ke Q1
  4. Berlaku lebihan DD sebanyak Q1Q2
  5. Bagi menampung lebihan DD, kerajaan akan mengimport barang dari luar negara.
  6. Mengatasi masalah pasaran gelap, kerajaan menguatkuasa peraturan dan undang-undang.
  7. Lebihan pengguna meningkat dr PDE kpd P1Db
  8. Lebihan pengeluar berkurang dr PES kpd P1aS


Tuesday, 25 June 2019

Tahniah!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,






Unit ekonomi KMP menyatakan penghargaan kepada semua peserta yang menyertai Kijang Economics Competition yang telah diuruskan oleh unit ekonomi.

Tiga orang pelajar KMP telah terpilih ke peringkat Malaysian Economics Olympiad (MyEO) 2019 di Universiti Malaya pada 16 Jun 2019 bagi pemilihan untuk ke peringkat akhir di Saint Petersburg, Russia pada 23 Julai 2019.
1. Muhammad Irsyad Bin Johar
2. Goh Shu Wei
3. Ooi Shi Xin 

Semoga berjaya ke peringkat akhir dan dapat mewakili Malaysia ke Saint Petersburg, Russia.



Kredit:
  1. En Abd Rahman Bin Hj Romli (SME, KMP)
  2. En Rizal Bin Sobri ( Ketua Unit Ekonomi, KMP)
  3. Semua pensyarah unit ekonomi KMP