Wednesday, 2 January 2019

Hasil pembelajaran wang dan bank



Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

1.     Menerangkan fungsi wang
2.     Menghuraikan bekalan wang M1 dan M2
3.     Menerangkan motif permintaan wang (Md)
4.     Menerbitkan keluk permintaan wang
5.     Menjelaskan bentuk keluk penawaran wang
6.     Menjelaskan keseimbangan pasaran wang
7.     Menerangkan perubahan keseimbangan pasaran wang kesan daripada perubahan Md dan Ms
8.     Menerangkan keseimbangan pasaran wang semasa perangkap kecairan
9.     Menerangkan kesan perubahan MS terhadap r, I, AE dan Y
10.Menerangkan fungsi Bank Pusat
11.Menerangkan proses penciptaan kredit dengan menggunakan akaun ‘T’ dan jadual dalam sistem banyak bank
12.Menghitung pengganda wang, jumlah pinjaman, jumlah deposit semasa dan jumlah penawaran wang
13.Menerangkan faktor yang menghadkan penciptaan kredit







Tuesday, 1 January 2019

Lompang Deflasi & Lompang Inflasi




LOMPANG DEFLASI (LD)

Jurang KNK dan Lompang Deflasi

-         Kurangan perbelanjaan agregat (AE) pada tingkat pendapatan negara guna tenaga penuh
-         Di mana AEf > AEa
-         LD = Jurang KNK                
                Pengganda
            = Yf – Ya
                1/mps

-         Lompang deflasi menyebabkan berlaku masalah deflasi (Yf > Ya)

-         Mengatasi masalah deflasi/ mencapai Pendapatan negara GTP / mengatasi LD :
       1.     Meningkatkan perbelanjaan kerajaan (G) sebesar lompang deflasi
                        ∆ G    = Jurang KNK
                                       Pengganda
                                   =  Yf – Ya
                                        1/mps

      2.     Mengurangkan cukai (T)
                      ∆ T     = Jurang KNK
                                     Pengganda cukai
                                 =  Yf – Ya
                                     -mpc/mps






LOMPANG INFLASI (LI)

Jurang KNK dan Lompang Inflasi

-         Lebihan perbelanjaan agregat (AE) pada tingkat pendapatan negara guna tenaga penuh
-         Di mana AEf < AEa
-         LI  = Jurang KNK                
               Pengganda
            = Yf – Ya
               1/mps

-         Lompang inflasi menyebabkan berlaku masalah inflasi (Yf < Ya)

-         Mengatasi masalah inflasi/ mencapai Pendapatan negara  GTP / mengatasi LI:
      1.     Mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebesar lompang inflasi
                        ∆ G    = Jurang KNK
                                       Pengganda
                                   =  Yf – Ya
                                      1/mps

      2.     Meningkatkan cukai
                      ∆ cukai  = Jurang KNK
                                        Pengganda cukai
                                    =  Yf – Ya
                                       -mpc/mps




Kesan perubahan perbelanjaan kerajaan & cukai ke atas keseimbangan pendapatan negara




1.     PENINGKATAN PERBELANJAAN KERAJAAN (G)

Pendekatan AS-AE: Peningkatan perbelanjaan kerajaan

Keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor asal tercapai pada titik E apabila keluk AS=AE pada pendapatan nengara iaitu Y.

Peningkatan perbelanjaan kerajaan menyebabkan perbelanjaan agegregat (AE) meningkat. Peningkatan AE menyebabkan keluk AE beralih ke atas dari AE kepada AE1.

Keseimbangan pendapatan negara baharu tercapai pada titik E1 apabila keluk AS=AE1 pada pendapatan negara iaitu Y1.

Melalui proses pengganda, peningkatan perbelanjaan kerajaan menyebabkan pendapatan negara meningkat dari Y kepada Y1.




2.     PENINGKATAN CUKAI (T)

Pendekatan AS-AE : Peningkatan cukai

Keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor asal tercapai pada titik E apabila keluk AS=AE pada pendapatan nengara iaitu Y.

Peningkatan cukai menyebabkan pendapatan boleh guna (Yd) menurun, penggunaan menurun dan seterusnya perbelanjaan agregat juga menurun. Pengurangan AE menyebabkan keluk AE beralih ke bawah dari AE kepada AE1.

Keseimbangan pendapatan negara baharu tercapai pada titik E1 apabila keluk AS=AE1 pada pendapatan negara iaitu Y1.

Melalui proses pengganda, peningkatan cukai menyebabkan pendapatan negara menurun dari Y kepada Y1.




Thursday, 13 December 2018

Proses keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor



1.     Pendekatan AS – AE




Keseimbangan Pendapatan Negara tercapai pada titik E apabila keluk AS = AE pada pendapatan negara iaitu Y.

Pada Y1, AE>AS sebesar ab.
Lebihan AE menunjukkan berlaku kekurangan inventori.
Hal ini menyebabkan firma meningkatkan Keluaran.
Peningkatan keluaran menyebabkan pendapatan negara meningkat
Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.

Pada Y2, AS>AE sebesar df.
Lebihan AS menunjukkan berlaku lebihan inventori.
Hal ini menyebabkan firma mengurangkan keluaran.
Pengurangan keluaran menyebabkan pendapatan negara turun
Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.





2.     Pendekatan J – W




Keseimbangan Pendapatan Negara tercapai pada titik E apabila keluk J=W pada pendapatan negara iaitu Y.

Pada Y1, J>W sebesar ab.
Lebihan suntikan menunjukkan berlaku kekurangan inventori.
Hal ini menyebabkan firma meningkatkan keluaran.
Peningkatan keluaran menyebabkan pendapatan negara meningkat
Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.

Pada Y2, W>J sebesar df.
Lebihan bocoran menunjukkan berlaku lebihan inventori.
Hal ini menyebabkan firma mengurangkan keluaran.
Pengurangan keluaran menyebabkan pendapatan negara turun
Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.