Thursday, 13 December 2018

Proses keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor



1.     Pendekatan AS – AE




Keseimbangan Pendapatan Negara tercapai pada titik E apabila keluk AS = AE pada pendapatan negara iaitu Y.

Pada Y1, AE>AS sebesar ab.
Lebihan AE menunjukkan berlaku kekurangan inventori.
Hal ini menyebabkan firma meningkatkan Keluaran.
Peningkatan keluaran menyebabkan pendapatan negara meningkat
Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.

Pada Y2, AS>AE sebesar df.
Lebihan AS menunjukkan berlaku lebihan inventori.
Hal ini menyebabkan firma mengurangkan keluaran.
Pengurangan keluaran menyebabkan pendapatan negara turun
Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.





2.     Pendekatan J – W




Keseimbangan Pendapatan Negara tercapai pada titik E apabila keluk J=W pada pendapatan negara iaitu Y.

Pada Y1, J>W sebesar ab.
Lebihan suntikan menunjukkan berlaku kekurangan inventori.
Hal ini menyebabkan firma meningkatkan keluaran.
Peningkatan keluaran menyebabkan pendapatan negara meningkat
Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.

Pada Y2, W>J sebesar df.
Lebihan bocoran menunjukkan berlaku lebihan inventori.
Hal ini menyebabkan firma mengurangkan keluaran.
Pengurangan keluaran menyebabkan pendapatan negara turun
Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.


Thursday, 6 December 2018

Aliran pusingan pendapatan negara Ekonomi Tiga Sektor



-        Aliran pusingan pendapatan negara ialah aliran pusingan perbelanjaan dan pendapatan negara yang melibatkan sektor isi rumah, sektor firma dan sektor kerajaan
-        Dikenali juga sebagai aliran pusingan Pendapatan Negara ekonomi tertutup dengan campur tangan kerajaan

 
Aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor


-         Sektor isi rumah menerima pendapatan faktor (Y) terdiri drp sewa, upah, bunga dan untung (SUBU) drp sektor firma.
-         Sebahagian daripada pendapatan (Y) digunakan utk membayar cukai (T) kepada kerajaan. Pendapatan selepas ditolak cukai dikenali sebagai pendapatan boleh guna (Yd).
-         Yd digunakan untuk melakukan perbelanjaan penggunaan (C) iaitu membeli barang dan perkhidmatan.
-         Sebahagian lagi ditabungkan (S) diinstitusi kewangan.
-         S dan T adalah merupakan bocoran (W) dalam aliran pusingan pendapatan negara.
-         Bocoran ialah aliran wang keluar dari aliran pusingan pendapatan Negara.
-         Firma juga perlu membayar cukai (T) kepada kerajaan
-         Hasil cukai yg diperolehi oleh kerajaan dikembalikan semula kpd isi rumah dan firma. Ia dikenali sebagai perbelanjaan kerajaan (G)
-        Firma melakukan pelaburan (I) seperti membina kilang melalui pinjaman yang diperolehi daripada institusi kewangan.
-         I dan G merupakan suntikan (J) dalam aliran pusingan pendapatan negara.
-         Suntikan ialah aliran wang masuk ke dalam pusingan pendapatan Negara.
-         Oleh itu,  Y = C + I + G atau  I + G = S + T





Aliran pusingan pendapatan negara Ekonomi Dua Sektor



-         Aliran pusingan pendapatan negara ialah aliran pusingan perbelanjaan dan pendapatan negara yang melibatkan sektor isi rumah dan sektor firma

 
Aliran pusingan pendapatan negara ekonomi dua sektor


-         Dikenali juga sebagai aliran pusingan Pendapatan Negara ekonomi tertutup tanpa campur tangan kerajaan
-         Sektor isi rumah menerima pendapatan faktor (Y) terdiri drp sewa, upah, bunga dan untung (SUBU) daripada sektor firma.
-         Pendapatan(Y) yang diperolehi digunakan untuk melakukan perbelanjaan penggunaan (C) iaitu membeli barang dan perkhidmatan drp firma.
-         Sebahagian drp Y, ditabungkan (S) di institusi kewangan.
-         S adalah merupakan bocoran (W) dalam aliran pusingan pendapatan negara.
-         Bocoran ialah aliran wang keluar dari pusingan pendapatan Negara.
-         Firma melakukan pelaburan (I) seperti membina kilang baru melalui pinjaman yang diperolehi daripada institusi kewangan.
-         I merupakan suntikan (J) dlm aliran pusingan pendapatan negara.
-         Suntikan ialah aliran wang masuk ke dalam pusingan pendapatan Negara.
-         Oleh itu,  Y = C + I atau  I = S




Saturday, 1 December 2018

Hasil pembelajaran penentuan keseimbangan pendapatan negara




Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA EKONOMI DUA SEKTOR

1.     Menerangkan maksud keseimbangan pendapatan negara
2.     Menerangkan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor
3.     Menerangkan komponen perbelanjaan agregat (AE), penawaran agregat (AS), suntikan (J) dan bocoran (W)
4.     Menerangkan syarat umum keseimbangan pendapatan negara berdasarkan pendekatan AE-AS dan J-W
5.     Menerangkan konsep pendapatan boleh guna(Yd), penggunaan (C) dan tabungan (S) dalam unit isi rumah
6.     Menerangkan konsep pelaburan (I) dalam unit firma
7.     Menerangkan proses keseimbangan pendapatan negara berdasarkan pendekatan AE-AS dan J-W
8.     Menerangkan kesan perubahan pelaburan autonomi terhadap AE dan keseimbangan pendapatan negara
9.     Menjelaskan konsep pengganda


PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA EKONOMI TIGA SEKTOR

1.     Menerangkan aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor
2.     Menerangkan komponen perbelanjaan agregat (AE), penawaran agregat (AS), suntikan (J) dan bocoran (W)
3.     Menerangkan syarat umum keseimbangan pendapatan negara berdasarkan pendekatan AE-AS dan J-W
4.     Menerangkan kesan perbelanjaan kerajaan (G) terhadap perbelanjaan agregat (AE)
5.     Menerangkan kesan cukai sekali gus (T) terhadap penggunaan (C), tabungan (S) dan perbelanjaan agregat (AE)
6.     Menerangkan proses keseimbangan pendapatan negara menggunakan pendekatan AE-AS dan J-W
7.     Menerangkan kesan perubahan perbelanjaan kerajaan dan cukai sekali gus terhadap keseimbangan pendapatan negara
8.     Menghitung dan menerangkan pengganda perbelanjaan kerajaan dan cukai sekali gus
9.     Menerangkan kesan pengganda perbelanjaan kerajaan dan cukai terhadap lompang inflasi dan lompang deflasi


PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA AD – AS

1.     Menjelaskan AD dari segi definisi, bentuk dan faktor yang menyebabkan peralihan keluk AD
2.     Menjelaskan AS dari segi definisi, bentuk dan faktor yang menyebabkan peralihan keluk AS
3.     Menerangkan keseimbangan pendapatan negara menggunakan pendekatan AD – AS
4.     Menerangkan kesan perubahan AD terhadap keseimbangan pendapatan negara
5.     Menerangkan kesan perubahan AS terhadap keseimbangan pendapatan negara




Peta pokok : Penentuan keseimbangan pendapatan negara


Penentuan keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor


Penentuan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor


Penentuan keseimbangan pendapatan negara AD-AS