Saturday 19 January 2019

Proses Penciptaan Kredit


Proses penggandaan wang oleh bank perdagangan melalui pemberian pinjaman kepada orang ramai


Andaian Proses penciptaan kredit

  1. Nisbah rizab ditetapkan, cth 10%. (nisbah rizab tunai atau nisbah rizab berkanun)
  2. Semua lebihan rizab dipinjamkan oleh bank perdagangan.
  3. Deposit yang diterima ialah deposit semasa.
  4. Semua pembayaran dibuat melalui cek.
  5. Tiada bocoran wang tunai
  6. Bank perdagangan tidak mempunyai lebihan rizab tunai


Sistem banyak Bank

1.    Andaikan Adam membuka akaun semasa di Bank A dengan cek bernilai RM10000. Nisbah rizab yang ditetapkan ialah 20%. Lebihan rizab sebanyak RM8000, dipinjamkan oleh Bank B kepada Johnson. Catatan kunci kira-kira di bank A adalah seperti berikut;



2.  Johnson membuka akaun semasa di Bank B dengan cek bernilai RM8000. Bank menyimpan rizab sebanyak RM1600. Lebihan rizab sebanyak RM6400 dipinjamkan kepada Ravi. Catatan kunci kira-kira di bank B adalah seperti berikut:



3.    Ravi membuka akaun semasa di Bank C dengan cek bernilai RM6400. Catatan kunci kira-kira di bank C adalah seperti berikut:



4.    Proses penciptaan kredit akan berterusan sehingga tiada lagi lebihan rizab yang boleh dipinjamankan kepada orang ramai.


5.   Di akhir proses penciptaan kredit jumlah deposit semasa, jumlah rizab dan jumlah pinjaman adalah

Pengganda wang      = 1/ nisbah rizab
                                     = 1/20%
                                     = 5

i.         Jumlah deposit semasa = Deposit semasa awal x pengganda wang
                                             = RM10 000 x 5
                                             = RM50 000

ii.       Jumlah rizab      = Rizab awal x pengganda wang
                         = RM2 000 x 5
                         = RM10 000

iii.     Jumlah pinjaman   = Pinjaman awal x pengganda wang
                              = RM8 000 x 5
                              = RM40 000


6.     Jadual jumlah deposit semsa, jumlah rizab dan jumlah pinjaman daripada proses penciptaan kredit oleh bank A, Bank B, Bank C dan lain-lain.

Bank
Deposit semasa
(RM)
Rizab
(RM)
Pinjaman
(RM)
A
10 000
2 000
8 000
B
8 000
1 600
6 400
C
6 400
1 280
5 120
Lain-lain
25 600
5 120
20 480
Jumlah
50 000
10 000
40 000




4 comments:

  1. zulfan hensem

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kalau soalan tu tanya, jumlah pijaman yang boleh diciptakan oleh sisitem bank sebelum dan selepas semua lebihan rizab dipinjamkan. cara hitung dia guna formula jumlah pinjaman eh?pastu kene kira satu ii ke sebelum dan selepas ke tak?

    ReplyDelete