Tuesday 1 January 2019

Kesan perubahan perbelanjaan kerajaan & cukai ke atas keseimbangan pendapatan negara




1.     PENINGKATAN PERBELANJAAN KERAJAAN (G)

Pendekatan AS-AE: Peningkatan perbelanjaan kerajaan

Keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor asal tercapai pada titik E apabila keluk AS=AE pada pendapatan nengara iaitu Y.

Peningkatan perbelanjaan kerajaan menyebabkan perbelanjaan agegregat (AE) meningkat. Peningkatan AE menyebabkan keluk AE beralih ke atas dari AE kepada AE1.

Keseimbangan pendapatan negara baharu tercapai pada titik E1 apabila keluk AS=AE1 pada pendapatan negara iaitu Y1.

Melalui proses pengganda, peningkatan perbelanjaan kerajaan menyebabkan pendapatan negara meningkat dari Y kepada Y1.




2.     PENINGKATAN CUKAI (T)

Pendekatan AS-AE : Peningkatan cukai

Keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor asal tercapai pada titik E apabila keluk AS=AE pada pendapatan nengara iaitu Y.

Peningkatan cukai menyebabkan pendapatan boleh guna (Yd) menurun, penggunaan menurun dan seterusnya perbelanjaan agregat juga menurun. Pengurangan AE menyebabkan keluk AE beralih ke bawah dari AE kepada AE1.

Keseimbangan pendapatan negara baharu tercapai pada titik E1 apabila keluk AS=AE1 pada pendapatan negara iaitu Y1.

Melalui proses pengganda, peningkatan cukai menyebabkan pendapatan negara menurun dari Y kepada Y1.




No comments:

Post a Comment