Wednesday 19 June 2019

Proses Keseimbangan Pasaran



1. Jadual:





2. Persamaan/rumus:

Diberi persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X.



Berdasarkan persamaan di atas,


a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran bagi barang X
    
                                        Qs = Qd
                                        5P = 30 - 5P
                                      10P = 30
                                          P = RM 3.00

                                       Qs = 5(3)
                                             = 15 unit


b) Apakah yang terjadi di pasaran barang X pada tingkat harga

i) RM 1.00
- Qd adalah sebanyak 25 unit manakala Qs adalah sebanyak 5 unit
- berlaku lebihan permintaan sebanyak 20 unit
- harga cenderung untuk meningkat dari RM 1.00 kepada RM3.00


ii) RM 5.00
- Qs adalah sebanyak 25 unit manakala Qd adalah sebanyak 5 unit
- berlaku lebihan penawaran sebanyak 20 unit
- harga cenderung untuk turun dari RM 5.00 kepada RM3.00







3. Rajah:



Keseimbangan pasaran tercapai pada titik E apabila keluk DD = SS pada harga dan kuantiti keseimbangan iaitu RM3.00 dan 15 unit.

Pada RM 5.00, Qs ialah 25 unit manakala Qd ialah 5 unit. Oleh itu, berlaku lebihan penawaran sebanyak 20 unit.
Lebihan SS menyebabkan harga cenderung untuk turun.
Penurunan harga menyebabkan Qd meningkat manakala Qs berkurang.
Proses ini akan berterusan hingga mencapai keseimbangan pada titik E.

Pada RM 1.00, Qd ialah 25 unit manakala Qs ialah 5 unit. Oleh itu, berlaku lebihan permintaan sebanyak 20 unit.
Lebihan DD menyebabkan harga cenderung untuk naik.
Kenaikan harga menyebabkan Qd berberkurang manakala Qs meningkat.
Proses ini akan berterusan hingga mencapai keseimbangan pada titik E.

2 comments: