KUALA
LUMPUR: Alpari Research Analysis Ltd, anak syarikat penyelidikan Alpari, yang
merupakan salah satu broker mata wang asing yang terkemuka di dunia, berasa
amat positif ke atas ekonomi negara.
Ini kerana
katanya, pilihan raya umum akan datang dilihat tidak akan mempunyai kesan ke atas
asas-asas ekonomi Malaysia.
Ketua
Pegawai Eksekutif, Roberto d'Ambrosio, berkata ekonomi Malaysia akan kekal
berdaya tahan kerana ia telah berjaya mengurangkan pergantungan kepada
pendapatan minyak.
"Malaysia
adalah salah satu persekitaran yang terbaik bagi pelabur-pelabur asing,"
katanya dalam satu taklimat media di sini pada Isnin.
d'Ambrosio
berkata, ringgit, yang dijangka lemah berbanding dolar US pada 3.90 menjelang
akhir tahun disebabkan oleh jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat,
juga akan meningkatkan daya saing Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport.
Katanya,
Malaysia juga tidak perlu khuatir dengan tahap hutangnya kerana ia masih di
bawah tahap siling sebanyak 55 peratus daripada keluaran dalam negara kasar,
yang secara relatifnya lebih rendah daripada negara-negara lain.
Beliau
ketika mengulas mengenai kesan perang perdagangan AS-China, berkata ia
diramalkan akan berkurangan kerana kedua-dua ekonomi itu adalah saling berkait
dan bergantung antara satu sama lain.
"Bagaimanapun,
mungkin terdapat kesan jika produk yang dikilangkan di China, sumber-sumbernya datang
dari Malaysia," katanya.
Sementara
itu, Ketua Analisis, Tomasz Wisniewski, berkata permintaan domestik yang
semakin meningkat disebabkan oleh pertumbuhan dalam gaji, turut membantu mempertingkatkan
ekonomi negara.
"Keadaan
politik yang stabil dan polisi Bank Negara Malaysia yang menggalakkan pelaburan
asing telah meningkatkan ekonomi Malaysia," kata Wisniewski.
Wisniewski
menjangkakan penanda aras tahap sokongan FBM KLCI berada pada 1,795 dalam
tempoh beberapa minggu akan datang.- Bernama.
No comments:
Post a Comment